Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 7 Januari 2009

APAKAH NASIB KITA KELAK?


Begitu hangat berita keganasan rejim zionis kepada Palestin..
Sendu hati saya melihat gambar kanak2 dari blog c mike..manik2 jernih mula bertakung dipelupuk mata...mujur dapat tahan dari gugur.Kalau tidak...emmm,mesti my 3 hero kecoh dan tanya kenapa?Nasib saja mereka tak nampak gambar kanak2 yang mati itu.Kalau dorang nampak..pasti saya dihujani dengan pelbagai soalan yang hanya boleh dijawab oleh rejim zionis!!!!..kejam betul durang ni...

Apa sebenarnya yang dorang mau ah?!!!!

6 comments:

Yu$ on 7 Januari 2009 4:05 PG berkata...

sy baru habis bc ini buku tajuk dia world end 2009. hehhe... saja bah baca. sia inda la extreme. hm... ada 3 agama langit i.e., judaism, kristen dan islam. ketiga2 agama ini banyak persamaan, termasuklah berkongsi banyak nabi2. err... bukan sa pro mana2 ajaran, cuma sa kongsi apa simpulan saya dpt dari buku itu. judaism ini anutan bangsa yahudi itu. kalau rujuk deuteronomy 18:18 dalam old testament (kira book of moses baini), ada disampaikan bahawa satu nabi akan turun lagi. mcm ni ayatnya..."I will raise them up a Prophet, from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth, and he shall speak unto them all that I shall command him". Setahu saya (thru my readings, bukan sia buat2 ni ki), Prophet yang diberitahu oleh tuhan kepada Musa (moses) ini berbeza pendapat oleh ketiga2 agama ini. Kristen percaya itu ialah Yesus, Islam percaya itu ialah Muhammad, dan JUDAISM cakap bukan Yesus dan bukan Muhammad!!! Mereka masih menunggu sampai hari ini Prophet itu. Dan mereka percaya ada dua syarat mesti dipenuhi supaya Prophet ini turun. Syarat pertama setelah mereka menang perang selama 6 hari pada tahun 1967 kali tu dimana negara Israel akhirnya terbentuk. Syarat kedua belum lagi terpenuhi. haaa... untuk memenuhi syarat kedua, mereka terpaksa buat apa yg kita nampak sekarang ini. Apa laitu? Nah kamu rajin2 la membaca oboh. :-).

p/s: saya liberal, kita semua sepatutnya menghormati satu sama lain bah kan, tak kira apa agama. memang kin kasian. ameerika ketara juga bias, tapi logik sebab 50% negara itu dikuasai org jews hehehe. pandai2 ba org jews ni.

Dr. Nellson Maisin on 7 Januari 2009 8:20 PG berkata...

'Keganasan' Israel terhadap Palestine seperti yang kita nampak ini hanyalah sebahagian kecil daripada cerita yang sebenar. Orang2 Yahudi memang bangsa yang keras kepala, tetapi melalui bangsa ini juga dunia menerima 'berkat' dari Tuhan.

Mereka mula dipanggil bangsa Israel apabila Tuhan sendiri menamakan Yakub sebagai Israel, dan 12 suku Israel berasal dari 12 anak lelaki Yakub/Israel. Selepas itu bolehlah dikatakan semua nabi adalah berbangsa Israel/Yahudi kecuali Muhammad bagi orang Islam.

Itulah sebabnya sejahat mana pun ini orang Yahudi, mata Tuhan tetap memandang bangsa ini dan suatu ketika nanti mereka akan sedar bahawa 'Prophet' yang mereka maksudkan itu sebenarnya sudah ada.

Panjang lagi cerita ni... Nanti sambung. ;)

DrSam on 7 Januari 2009 4:04 PTG berkata...

tiada ungkapan untuk menggambarkan perasaan apabila melihat anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa menjadi korban keganasan dan kezaliman pihak zionis. isteri saya terus menangis pabila menatap foto seorang ayah dan tiga anak yang terkorban. naluri seorang ibu. laknatullah, tunggu pembalasan tuhan.

saya percaya ini hanya permulaan sahaja. mastermind dan bapak zionis iaitu Amerika mempunyai agenda yang lebih besar. sejarah berulang. kejatuhan ekonomi di US akan mencetus banyak lagi peperangan. peperangan akan menjana semula ekonomi disana.

kita cuma berdoa dan lakukan apa yang terdaya, boikot salah satu dari pada usaha kecil kita.

Sang Kancil on 8 Januari 2009 12:24 PG berkata...

Apa durang mau????.. rasanya mereka ini hanya cuba untuk menonjolkan diri...tunjuk temberanglah konon.. dan secara seriusnyalah,kejadian ini hanyalah salah satu daripada propaganda AS bersama Israel...untuk memenuhi apa yang telah diramalkan dan juga melepaskan pemimpin AS daripada sumpahan....

Little Mike on 8 Januari 2009 1:01 PTG berkata...

Kekejaman mereka adalah satu tanda bumi kita sudah nazak dengan ideologi yang haru biru. Semoga dunia dapat mencari jalan penyelesaian terbaik khasnya daripada PBB untuk mengatasi kerakusan yang berlaku di bumi Palestin.

Menyedihkan bila kematian melibatkan ratusan kanak-kanak dan mereka yang lebih mencintai kehidupan bermasyarakat...

Aspirasi Tandek on 9 Januari 2009 12:56 PTG berkata...

selamat berkenalan
myblog http://n5tandek.blogspot.com

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009