Followers
Sabtu, 7 Mac 2009
KHAIRY JAMALUDDIN DI KAMPUNG SALIMANDUT
Hari ini memang kami warga Kg.Salimandut sama sekali tidak menduga akan dikunjungi oleh YB. Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Kesempatan menjelajah Bahagian Pemuda dipergunakan sebaiknya oleh Khairy. Sebelum tiba di Kg.Salimandut pada jam 12.30 tengahari tadi, beliau terlebih dahulu dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu, En.Jemso melawat tempat2 yang dilanda banjir baru2 ini seperti Kg.Talantang. Round Talantang KJ hari ini. Merasa juga beliau berjalan kaki menyeberang sungai..tabik KJ..:)
Turut hadir mengiringi beliau pada hari ini adalah Ketua2 Pemuda dari beberapa bahagian termasuklah dari beberapa orang dari Semenanjung, Pulau Labuan, KK, Penampang, Sepanggar dan lain2.
Pada majlis serba ringkas hari ini, sempat juga kami bergotong royong menyediakan jamuan ringan setakat yang terdaya. Terkejut juga beliau dan rombongan kerana disajikan dengan jamuan ringan sedangkan lawatan beliau bukannya rasmi dan tidak dirancang. Macam2 kuih kami hidangkan termasuklah kuih golong, karipap, kuih bulan, kiuh pisang, dan kuih jumput.
KJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Jemso kerana membawa beliau mengelilingi kampung pada hari ini..Kesempatan ini juga KJ tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Sabah kerana telah menjadi penyelamat besar pada PRU baru2 ini. Dan yang paling penting ialah KJ mohon sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu untuk Pemilihan Pemuda UMNO Pusat pada 26 Mac ini dimana beliau bertanding untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau menyatakan bahawa semoga nilai setiakawan akan terus kekal dalam Pemuda dan khidmat beliau untuk Pemuda UMNO akan terus tercurah...
Harapan kita semoga semua yang bertanding pada pemilihan kali ini akan mendapat manfaat terbaik.
Untuk KJ, all the best to you. God Bless you and your family.
Khamis, 5 Mac 2009
WAJAH2 PEKAN TANDEK
Hari ini 5 MAC 2009 (Khamis), saya jalan2 pergi tamu Pekan Tandek setelah sekian lama tidak datang kemari. Bercampur baur perasaan saya bila menjejakkan kaki ke Pekan Tandek. Ternyata apa yang diperkatakan teman2 adalah benar dan tepat. Sebenarnya ada banyak gambar yang saya ambil tapi susah untuk saya memilih mana satu yang saya mau upload. Gambar2 yang jaraknya hanya 200 meter pun susah mau upload sebab nampak belukar saja. Kalau diperhatikan gambar yang ada ayam kampung tu, sebenarnya rumput latar belakang gambar itu tersangatlah panjang. Kalau main sembunyi2 kan memang tidak nampak tapi jangan sesekali main sembunyi2 di tempat seperti ini. Silap2 ada ular berbisa, matai kena patuk.
Yang hairannya, pihak berwajib datang kutip cukai kepada semua penjual tetapi kenapa harus dibiar wajah tamu ini tidak berubah. Susah ba mau cakap ni. Penat jari jemari 'monujok' (menekan) keyboard ini untuk meluahkan rasa. Paling bagus, datang sendiri di tamu Pekan Tandek dan lihat sendiri keadaannya kemudian buat kesimpulan sendiri.
Sempat juga saya berbual dengan beberapa orang peniaga di Pekan Tandek. Mereka kata kalau hari2 biasa, memang sunyi sangat ini Pekan Tandek. Kadang2 hari tamu pun sikit saja orang yang datang dan tidak sampai tengahari tamu pun habis. Berapa dekad telah berlalu, wajah Pekan Tandek tidak berubah. Saya tidak tahu di mana silapnya. Kemana perginya dana khas untuk Pekan Tandek.Mustahil juga kalau langsung tiada.
Satu lagi kekecewaan yang diluahkan oleh beberapa orang peniaga ialah pembinaan bangunan permis perniagaan yang betul2 dekat dengan pintu masuk SMK.Tandek. Kenapa pula bangunan itu diletakkan di sana sedangkan masih besar lagi tanah yang berhampiran dengan bangunan lama. Mana lagi para pelajar dapat tebus menziarahi kedai kami bila kedai baru itu bakal dibuka. Pertanyaan paling sadis mereka ialah "Kenapa kerajaan buat begitu?" Demikian luahan rasa mereka. Saya hanya membisu tanpa memberikan komen. Kawan2 semua tolong saya jawab untuk soalan mereka itu.
Dari segi kehijauan semulajadi, saya tabik dua tangan ini Pekan Tandek sebab betul2 hidup di tengah2 kehijauan belukar yang menakutkan.
Justeru, saya mewakili anak watan Tandek sesungguhnya melahirkan kekecewaan atas semua ni pun begitu kami juga sentiasa mengharapkan agar pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk Pekan ini N.5 Tandek...SEKIAN TERIMA KASIH kerana mendengar rintihan kami..:)
NOTA: Gambar2 lain tak payahlah upload sini ah..sukuplah.Kalau mu tengok realiti..datanglah ke Pekan Tandek.
Rabu, 4 Mac 2009
BANGLO SI MISKIN DAN BANGLO SI KAYA

(yang mana satu...pilihan kalbu..)
Saya ingin mengajak kita semua meneliti dan menghitung akan PERBEZAAN dua banglo di atas.
Kemelut politik negara yang tidak menentu membuatkan ramai para pemimpin politik kita seakan melupakan perkembangan di tempat sendiri.
Mereka lebih teruja dan tertarik dengan isu2 global daripada melihat benda2 yang memang mereka nampak cuma pura2 tidak nampak yang mungkin bertujuan untuk mengelak atau akan cuba menafikan benda itu dengan alasan 'tidak tahu' jika diajukan pada mereka.
Sayang mata yang celik tetapi buta.
Macam kata pepatah 'Kuman di mata orang nampak, gajah di mata sendiri tidak nampak'.
Bagi saya, tidak salah jika warga Tandek sudah mula mengaum kerana sudah terlalu lama bersabar dan diambil kesempatan. Tandek yang dari dulu memang sudah jadi KUBU pada kemenangan tapi sudahnya Tandek masih belum merdeka dalam aspek pembangunan walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Lalu kita harus tunding jari pada siapa?
Yang paling menyedihkan kenapa masih wujud golongan kita yang terpinggir seperti ini? Pun begitu, saya tabik dua2 tangan pada pemilik banglo paling atas kerana berjaya membina banglo setanding dengan banglo mewah lain atas usaha dan keringat sendiri. Banglo mewah bukan itu pemilik yang buat ba tu. Dorang upah orang lain juga mau buat. Yang diupah itu pun nasib2 kalau orang tempatan. Ini silap2 pendatang juga ini. Mitaan tokou poji'in pogi.
Terlalu banyak contoh sebenarnya yang kita boleh ekspos bagi mewakili masyarakat kita yang terpinggir, tersisih dari memiliki kemudahan dan bantuan yang sepatutnya mereka perolehi.
Saya mahu berkongsi satu cerita di sini..tapi sebelum itu saya minta maaf seribu ampun jika individu yang saya maksudkan ini terasa. Saya tidak juga sebut nama ko di sini ba AMAN.. 'siapa makan cili dia terasa pedas la bo...
Begini soritanya...lepas PRU ke-12 baru2 ni, datanglah ini aman mesyuarat dan memberitahu bahawa beliau merupakan penyelia kawasan P.168 Kota Marudu yang bertanggungjawab menyenaraikan dan memBANTU kearah meluluskan sesiapa yang layak menerima bantuan perumahan atau duit dari badan kebajikan. Dia cakap depan orang ramai tidak kira yang mengundi kerajaan atau pembangkang pada PRU ke-12 baru2 ini TETAP akan dapat bantuan jika benar2 layak. Tahu apa jadi?...Dalam diam dia hanya beri sokongan pada mereka2 yang dia rasa2 telah mengundi kerajaan. Patutkah dia buat begitu? LOWONG ba ini urang saya cakap. SELFISH bilang urang putih. Kalau PBS kalah baru2 ni di Kota Marudu ah..bagus kalau dia dapat duduk di kerusi dia sekarang o..
Ini di tempat kita..mungkin di tempat lain pun ada keadaan yang sama juga. Tapi saya tak peduli sangatlah di tempat lain. Ambil peduli tempat sendiri dulu sebab tanggungjawab sebagai anak watan. Macam posting c ARANAM pula ini 'PEDULI ATAU TIDAK' sana blog dia menelusuri ilham. heheee
Kesimpulannya, walau siapa pun individu sama ada dia telah mengundi kerajaan atau pembangkang kita sebagai individu yang telah diberi mandat harus menjalankan tanggungjawab sebaik, seadil dan seikhlas mungkin tanpa mengambil kira semua ini. Tulun om bansa daton owelo. Subai ko kiakal manarik dot rasa. okonko podurunan nogi. Aso pensalah dat tongo koruang tu minongundi dot pembangkang. Titik tolaknya bermula dari pemimpin sendiri dan kroni mereka.
Iti no pemimpin nga jangan terlalu mengharap dengan orang bawahan. Sekali sekala 'jalan kaki' ba masuk keluar kampung rakyat. Lihat dengan mata sendiri. Kalau mengharap laporan saja, naahhh...indah khabar dari rupa dati. Tengok saja rupa Pekan Tandek sekarang yang macam kena 'shout down' bilang c LMike dan niyonon dot tongo segala rogon bilang c Surinit. Terlalu sadis dan hiba bila melihat semua ini. Ko'upu dot tutok ong kasagayan..heee.
Apa pun...kita sebagai rakyat yang BAIK HATI akan sentiasa mengharapkan perubahan positif para pemimpin kita...AMIN!.
Ahad, 1 Mac 2009
MESYUARAT JKKK
Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada penduduk kampung yang hadir mesyuarat pada hari ini. Wartawan SAM, Nazri Botong juga kelihatan dalam gambar sewaktu menajukan cadangan dan pandangan beliau berkenaan agenda mesyuarat.
NOTA : Terima kasih kepada semua yang hadir memberikan komitmen. Semoga persefahaman ini akan terus berkekalan untuk selamanya.
Langgan:
Catatan (Atom)