Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 18 April 2009

PESTA KAAMATAN KG.SALIMANDUT 2009


Salam hormat semua teman2 blogger.Kali ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog SV ini setelah beberapa hari ditinggalkan sepi.
Kali ini saya akan posting tentang sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kg.Salimandut 2009 ini.
Setelah JKKK dan semua penduduk Kg.Salimandut bermesyuarat,maka kami semua sepakat untuk mengadakan sambutan Pesta Kaamatan lebih awal dari Daerah seperti pada ketetapan berikut.

TARIKH : 2 & 3 MEI 2009
TEMPAT : ASTAKA KG.SALIMANDUT

Sebagai Setiusaha merangkap Bendahari JKKK Kg.Salimandut, saya betul2 tercabar dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Gala Night Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu membuatkan masa saya untuk melawat rumah sendiri dan rumah kawan2 di alam maya begitu terhad sekali buat masa ini. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana hasil kerjasama daripada semua ajk, segala persiapan setakat ini sangat membanggakan walaupun memang terasa sangat letih.

Untuk sambutan Pesta Kaamatan Kg.Salimandut, berikut adalah antara senarai aktiviti yang bakal dilaksanakan:

- Pertandingan Unduk Ngadau
- Pertandingan Sugandoi
- Pertandingan Mipulos
- Pertandingan Monopuk
- Pertandingan Mangabayinsi
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Sepak Takraw
- Pertandingan Menganyam Ketupat
- Pertandingan Ayam Jantan paling cantik
- Pertandingan membuat kraftangan
- Pertandingan Tarik tali
- Merentas Desa
- Sukaneka khas untuk kanak2

Selain daripada itu, pasukan bola sepak veteran Kg.Nolotan yang bergabung dengan Kg.Batition juga akan melawan pasukan bola sepak veteran Kg.Salimandut pada 26 APRIL 2009 bertempat di padang SK.Tumunda Salimandut.

Dan yang paling menarik perhatian saya pada kali ini ialah pada 2 MEI 2009, akan diadakan ceramah MONUSUR KETURUNAN PANGLIMA AKI TUMUNDA & MONUSUR SUKU GOBUKON yang akan disampaikan oleh En.Albert Adun dan En.Haji Omar Majun.

Secara peribadi, saya hampir2 'ALAMAS' dengan semua tanggungjawab ini tetapi berkat kerjasama dan kesepaduan dari semua penduduk Kg.Salimandut yang memang dari dulu sampai sekarang tidak pernah putus2 telah memberikan saya satu suntikan semangat untuk terus menaburkan kerjasama dan tanggungjawab walaupun 'tiada gaji' bilang sesetengah orang. Tapi bagi saya, tiada yang lebih berharga selain melihat hasil kerja dengan kesepakatan dan kerjasama semua pihak. Kita membawa nama kita sendiri, nama keluarga malah nama kampung. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan yang terbaik. Menghasilkan dan mempersembahkan satu hasil kerja yang memuaskan adalah 'gaji' paling berharga pada diri saya kerana saya yakin dan percaya "TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA" seperti dalam post Dr.Nellson dalam http://gerejamaya.blogspot.com

Selain itu, saya bagi pihak JKKK Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada Persatuan Belia Kg.Salimandut yang bergerak secara aktif mengiringi langkah JKKK untuk menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan kali ini.

Setinggi Penghargaan juga kepada semua penduduk Kg.Salimandut yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk membantu menjayakan Kaamatan Kampung pada kali ini. Tuhan memberkati kita semua..

Oleh itu, sehingga bertemu lagi pada posting yang lain di hari yang lain.

Salam Sayang dan Salam Setiakawan Berpanjangan..

Ahad, 12 April 2009

PERKUMPULAN PEREMPUAN SABAH BERSAMA WARGA WANITA KG.SALIMANDUT


Menu makanan seimbang yang dimasak melalui demo masakan.









Sabtu bersamaan 11 APRIL 2009, Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) telah melakukan aktiviti lawatan luar bandar ke Kg.Salimandut.Perjumpaan tersebut diadakan di bangunan KRT Kg.Salimandut.Seramai lebih 30 orang ahli-ahli PPS dari Kota Kinabalu yang turun padang bersama2 menyertai program tersebut.
Saya selaku wakil wanita Kg.Salimandut berasa sangat bersyukur dan gembira dengan peluang keemasan seperti ini.Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman hidup yang dapat diperolehi khusus untuk membangunkan golongan wanita.
Turut berucap pada program ini selaku wakil PPS ialah Setiausaha Agung PPS iaitu Puan Hajah Kee Norliah Haji Kee Abdul Jalil. Beliau melahirkan rasa syukur dengan terlaksananya program ini yang beliau lebih sifatkan kepada jejak kasih kerana setelah sekian lama,akhirnya beliau dapat bertemu dengan sebahagian ahli keluarga beliau.
Melalui program itu juga,PPS telah menyumbangkan pakaian terpakai untuk penduduk Kg.Salimandut juga beberapa cenderahati untuk diserahkan kepada Surau Kg.Salimandut khusus untuk jemaah mualaf.
Semoga usaha2 murni seperti ini akan berterusan dan akan menjadi contoh kepada mana2 pertubuhan lain selepas ini.
Akhir sekali, saya selaku wakil warga Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada PPS atas kesudian mengadakan program ini dan memilih Kg.Salimandut sebagai lokasi pertama.
Untuk warga Kg.Salimandut, tahniah di atas komitmen dan kerjasama yang tidak pernah putus2 sejak dulu lagi.Semoga kesepaduan kita ini akan berkekalan demi kesejahteraan kampung kita juga akan menjai contoh kepada kampung2 lain di daerah kita.
"AKAR KELADI MELILIT SELASIH
SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
KEKAL KENANGAN SEPANJANG ZAMAN"









 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009