Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 1 Julai 2009

ISTIMEWA BUAT MARIKO SAKAMOTO..



(Mariko Sakamoto)

Mariko Sakamoto adalah ahli JOCV yang tidak pernah berhenti mengingati Kg.Salimandut dan penduduknya dari dulu sampai sekarang walaupun sudah puluhan tahun telah berlalu.

Selepas berakhirnya perkhidmatan beliau sebagai ahli JOCV di Kg.Salimandut pada tahun 1989, beliau sudah 3 kali datang berkunjung ke Kg.Salimandut dan kali ketiga adalah pada Ogos tahun lalu.

Sekarang Mariko merupakan seorang Proffesor di salah sebuah Universiti Perubatan Aichi, Jepun dan ketika ini beliau berada di Kepulauan Mindanao, Filipina selama 3 bulan untuk membuat reseach.

Saya dan Mariko sering berbalas email sehingga kini dan ketika ini saya menantikan email gambar daripada beliau..Katanya dia sangat rindukan Kg.Salimandut dan penduduknya.
Beliau juga sudah akses ke blog ini dan merasa sangat gembira.

Apa yang mengkagumkan saya ialah sampai sekarang Mariko masih fasih bertutur Bahasa Melayu.

JAPANESE OVERSEA CORPORATION VOLUNTEER (JOCV) .. SENTIASA DALAM INGATAN


( Mariko Sakamoto )
Insan yang paling ku rindu.Insan yang paling disayangi.


Mariko Sakamoto dan Warga Wanita Kg.Salimandut ketika lawatan ke Kg.Bangau


Mariko sedang memberikan ceramah kesihatan


Saat perpisahan yang sukar dilupakan sehingga kini walaupun ketika ini aku masih kanak2 lagi.


Hibino (JOCV) pertama berkhidmat di Kg.Salimandut.


Penanaman sayur di Unit Pertanian Kg.Salimandut.


Hiroshi Namura & Jumil Awod
(Membina reban ayam daging & ayam telur)


Saat perpisahan Naoto Nishimura, juga antara yang begitu disayangi.


Demonstrasi alat merumput yang dicipta.
(Di sawah kami ni)



Saat perpisahan Ikuko




antara wajah2 keluarga angkat dari Jepun

KAMPUNGKU DARI ANGKASA


PENCAPAIAN BELIA


  • PENCAPAIAN BELIA DALAM SUKAN.
  • 1. NORNANI BOIDIL ( MSSM (MALAYSIA) PULAU PINANG)
  • 2. JUANI BIN TUYUNDO (LIGA SIMPANAN SABAH(SAFA), MASUM)
  • 3. FAHMI DANIL (LIGA SIMPANAN SABAH (SAFA))
  • 4. NELBANDLY KU KUET NAI (PIALA BELIA MALAYSIA(BAWAH 19 TAHUN)
  • 5. JUKRI BOTONG ( PIALA MILO, MALAYSIA)
  • 6. ELLRON BAINGKON (PIALA MILO, MALAYSIA)
  • 7. SHARULZAN JESIL (SAGA GAMES, SABAH)
  • 8. JEMROL TUYUNDO (LIGA SIMPANAN SABAH,SAFA)

  • PENCAPAIAN SUKAN DALAM BOLA SEPAK.
  • 1. JUARA PIALA DATUK SAIDI HJ. SUARI (9 SEBELAH)-2002
  • 2. JUARA PIALA PEMUDA UPKO (9 SEBELAH)-2003
  • 3. JUARA PIALA KEDAI-KEDAI (TERBUKA N.5 TANDEK)-2004
  • 4. JUARA PIALA DATUK DR. MAXIMUS J.ONGKILI
  • (9 SEBELAH)-2005
  • 5. JUARA PIALA PEMUDA UMNO (TERBUKA N.5 TANDEK)-2006
  • 6. JUARA PIALA PENERANGAN (TERBUKA N.5 TANDEK)-2007
  • 7. JUARA PIALA DATUK DR. MAXIMUS J.ONGKILI (TERBUKA P.168 KOTA MARUDU)-2007
  • 8. JUARA PIALA DATUK DR. MAXIMUS J.ONGKILI (TERBUKA P.168 KOTA MARUDU)-2008


(Maklumat ini tidak termasuk tahun ini.Ada banyak pencapaian lagi tetapi akan dikemas kini kemudian)

SUMBER: PROPOSAL PERSATUAN BELIA TAHUN 2008

PERSATUAN BELIA


Persatuan Belia Kg.Salimandut sentiasa bergerak aktif seiring dengan badan lain dalam kampung malah merupakan badan yang paling aktif.

Oleh kerana terdapat kesilapan teknikal dalam pendaftaran Persatuan Belia yang lalu, kini Persatuan Belia Kg.Salimandut distrukturkan semula atas nasihat Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu, YBHG.En.Jameso Majalin yang juga merupakan Penaung Persatuan Belia.


Mengimbau tentang aktiviti Persatuan Belia Kg.Salimandut, berikut adalah antara yang pernah dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam perancangan, setelah penstrukturan semula Persatuan Belia ini, YB.Khairy Jamaludin akan dijemput untuk merasmi.

Mudah-mudahan semua perancangan ini akan terlaksana dengan jayanya.


  • PELANCARAN BERJASA
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 10Hb Ogos 2002
  • Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Salimandut
  • 2. KAAMATAN 2002 TAMU BESAR
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 20-21Hb Julai 2002
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 3. SAMBUTAN LUAHAN ANAK MERDEKA 2002
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 31Hb Ogos 2002(SETIAP TAHUN)
  • Tempat : Gelanggang Bola Tampar
  • 4. BULAN MEMBACA KAMPUNG SALIMANDUT
  • Pengarah : Exco Pendidikan dan Intelektual
  • Tarikh : Sepanjang Bulan Mei 2003
  • Tempat : Perpustakaan Kampung Salimandut
  • 5. PERKAMPUNGAN MAHASISWA UIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 2003
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 8-11Hb Mei 2003
  • Tempat : Kampung Salimandut
  • 6. KEMBARA BERBASIKAL SEMPENA PESTA KAAMATAN 2003
  • Pengarah : Exco Sosial dan Sukan
  • Tarikh : 5Hb Julai 2003
  • Tempat : Mengelilingi kawasan N.5 Tandek
  • 7. SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2003
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 6-7Hb Julai 2003
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 8. PROGRAM PENGHAYATAN MALAM KEMERDEKAAN 2003
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 30Hb Ogos 2003
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 9. PROJEK PEMBERSIHAN KAWASAN KAMPUNG
  • Pengarah : Setiausaha Persatuan
  • Tarikh : Sekali dalam setahun
  • Tempat : Sekitar kawasan Kampung Salimandut
  • 10. PROGRAM BERJASA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG
  • Pengarah : Exco Perhubungan Awam
  • Tarikh : 27Hb Julai 2003
  • Tempat : Pusat Peranginan Sagabon
  • 11. MULTI SUKAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
  • Pengarah : Exco Sosial dan Sukan
  • Tarikh : Setiap musim cuti sekolah
  • Tempat : Padang SK. Tumunda Salimandut, Gelanggang Bola Tampar
  • 12. SAMBUTAN PERTUKARAN TAHUN
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : Setiap hujung tahun
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 13. SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2006
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 2-4Hb Jun 2006
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 14. SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2007
  • Pengarah : Presiden BERJASA
  • Tarikh : 6-7Hb Jun 2007
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • 15. SAMBUTAN ULANGTAHUN BELIA 2008
  • Pengarah : Badan JKKK dan Persatuan Belia
  • Tempat : Astaka Kampung Salimandut
  • Tarikh : 5-7Hb Jun 2008
  • 16. SAMBUTAN PESTA KAAMATAN 2009
  • ( Dengan kerjasama Badan JKKK Kg.Salimandut )


Selasa, 30 Jun 2009

MESYUARAT AJK RUKUN TETANGGA..



Pada 29 JUN 2009 (Ahad) yang lalu, AJK Rukun Tetangga Singgahmata Kg.Salimandut telah mengadakan mesyuarat menubuhan biro, pembentangan akaun RT dan perancangan aktiviti.

Kehadiran :
1. En.Abil Masidul (Pengerusi KRT)
2. En.Majinor Masial (Tim.Pengrusi KRT)
3. Pn.Maslinah Jenalin (Setiausaha)
4. En.Joslly Matubin (Bendahari)
5. Pn.Justina Tuyundo (Pengerusi Jiran Wanita)
6. Pn.Mariana Sudan (Pengerusi Tunas Jiran)
7. En.Jepal Awai ( Pengerusi SRS & Pengerusi Biro Ekonomi)
8. En.Julison Jalibat (Pengerusi Jiran Muda)
9. En.Jaiwat Malangka (Pengerusi Usia Emas)

BILA AGAKNYA KOTA MARUDU AKAN MEMILIKI KOMPLEKS SUKAN SENDIRI???......




(Gambar di atas adalah Kompleks Sukan Ranau yang dalam pembinaan sekarang)
Sumber: Pemuda UMNO Ranau

Sehingga sekarang sekarang saya masih tertanya-tanya bila agaknya Daerah Kota Marudu ini akan mempunyai Kompleks Sukan sendiri.

Saya melihat kepada keperluan masa kini, Kota Marudu wajar memiliki Kompleks Sukan sendiri kerana kita memiliki begitu ramai atlit bertaraf kebangsaan, untuk memudahkan para pelajar, pasukan sukan dan golongan belia untuk menaikkan mutu pencapaian dalam sukan, untuk membolehkan Kota Marudu menjadi penganjur kejohanan sukan pelbagai peringkat yang secara langsung mempromosikan nama Kota Marudu dipersada negara dan banyak lagi sebab lain yang semua pihak boleh fikirkan kenapa logiknya kita perlu memiliki Kompleks Sukan sendiri.

Saya ingin mengimbau dan berkongsi cerita ketika saya di zaman persekolahan dulu. Saya memang atlit ketika di zaman persekolahan.Ketika itu Padang Pekan Kota Marudu bukan dengan rupa seperti mana sekarang ini.
Apa yang mengkagumkan saya ialah, walaupun tiada kemudahan berupa astaka pun di Padang ketika itu, Kota Marudu selalu menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) dimana daerah-daerah yang bertanding adalah Ranau, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Kota Marudu sendiri.Ketika itu ukuran padang masih lagi trek 400meter tetapi setelah diubah rupa kepada yang sekarang ini, Kota Marudu langsung tidak mempunyai peluang untuk menjadi penganjur bagi apa pun kejohanan balapan walau peringkat gabungan pun sebelum ini sehingga sekarang ini. Semuanya tertumpu di Kudat kerana memiliki Kompleks Sukan sendiri atas alasan Kota Marudu tiada trek sendiri. Bayangkan betapa kecewanya para atlit kita bila setiap kali beraksi dan merangkul kejayaan, hanya orang lain yang melihat aksi dan bagaimana kejayaan itu diperolehi. Ada juga ibu bapa yang mengeluh kenapa Kota Marudu tidak pernah jadi tuan rumah sukan lagi.Ini untuk memudahkan mereka menyaksikan bagaimana anak mereka bertarung di arena balapan walupun untuk sekali sekala. Kalau disenaraikan bilangan atlit kebangsaan Kota Marudu, memang tidak boleh dihitung dengan jari dan kejayaan mereka dalam membawa nama Kota Marudu wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan yang abadi.

Justeru, pihak berwajib perlu mengambil inisiatif supaya Kota Marudu akan memiliki Kompleks Sukan sendiri.Kita merayu kepada Ahli Parlimen kita, Ketua UMNO Bahagian dan semua yang berkenaan supaya meneliti perkara ini.
Adalah satu kerugian besar kepada Kota Marudu jika tidak memiliki Kompleks Sukan sendiri.

Pembangunan Sukan WAJAR dipandang serius oleh semua pihak!.

NOTA: Senarai atlit Kota Marudu bertaraf Kebangsaan akan menyusul selepas ini.

Ahad, 28 Jun 2009

1MALAYSIA



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kanan) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan); Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran logo dan lagunya di Dataran Merdeka, di sini, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail ( Berita harian )





 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009