
Followers
Jumaat, 15 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU

JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA,
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PELUKIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SIAPA SAJA MENJADI DEWASA,
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA.
'GURU OH GURU'
USMAN AWANG
Ucapan ini dedikasi saya tujukan kepada semua insan yang bergelar guru juga insan yang pernah bergelar guru .
Istimewa khas untuk;
Cikgu Jesvi Taising (My Husband)
Cikgu Androd Sadian @ Sanguru
Cikgu Jemrol Tuyundo (My Abang)
Cikgu Jaipen @ Mohd.Fadzil Tuyundo (My Abang)
Cikgu Joulan Tuyundo (My Abang)
Cikgu Juani Tuyundo (My Adik)
Juga kepada semua guru di SK.Tumunda Salimandut.
Khamis, 14 Mei 2009
SELAMAT HARI IBU
IBU KAMI
(OKONDONG MALAYU & MAILIN SALION)
Restu kasihnya bertali arus.
Dialah mentari menerangi,
Dialah purnama peneman alam sunyi.
Belai dan manjanya sentiasa dirasa
Dalam dakapannya aku tenteram bahagia.
Untukmu ibu, tiada khalimah terindah selain ungkapan
"AKU CINTA PADAMU..."
HAPPY MOTHERS DAY.
Kalian adalah ibu TERHEBAT pada kami.
Selasa, 12 Mei 2009
PULANGNYA SEORANG KOMANDO
Pada 2 MEI yang lalu, adik saya Komando Jihnawi telah berkesempatan bercuti selama seminggu sahaja.Itu pun katanya nasib2 saja dapat cuti sebab dia akan bertugas di Melaka.
Walaupun hanya seminggu berada di kampung, kami gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa setelah hampir 3 tahun terpisah.
Bercerita tentang pengalamannya ketika dalam tempoh latihan memang ada yang lucu tapi lebih banyak menyeksakan.
Ada banyak gambar semasa dalam latihan yang dibawanya pulang. Ada satu gambar itu di mana mereka berada dalam keadaan bogel.Hanya alat sulit yang ditutup dengan daun..mulau. Ditambat macam tawanan perang dengan kurungan lebih rendah dari ketinggian kita ketika duduk. Jadi terpaksa membongkok dalam duduk.Siangnya di darat, malamnya dalam air.
Ada lagi gambar ketika ekspedisi berjalan kaki, sampai ada yang kena gantung air tapi masih juga berjalan bo..ambulans eskot dari belakang. Sampai ada yang sawan. Latihan terjun dari helikopter,mengesan periuk api, meredah sungai yang dalam,lebar,deras malah berbuaya, mengangkat perahu besi dengan pelatihnya duduk di atas perahu,kena simbah air panas dan banyak lagi bilang adik. Makanan yang pelatih2 bakar dan hidang seperti monyet,biawak,ular hanya dipamer tetapi tidak boleh dimakan.Sesiapa yang makan akan dibelasah. Semua makanan itu hanya dijadikan sebagai penguji kelaparan mereka..
Kepulangannya itu kami ambil kesempatan membuat kenduri doa selamat.
TAHNIAH kepada adik JIHNAWI TUYUNDO kerana berjaya mengharungi semua kesukaran itu dengan kental sehingga berjaya...
NAMA2 PADI
Nama padi dulu2:
1. Tadong
2. Pauluk
3. Rombiadon
4. Bogia
Nama padi sekarang:
1. Padi Wangi
2. Padi Sarawak
3. Padi PQ
4. Padi Pandasan
5. MR7
6. TR7
Sebenarnya ada banyak lagi nama padi tapi saya lupa sudah..nantilah bila saya ingat,saya akan masukkan lagi nama2 itu di sini.
1. Tadong
2. Pauluk
3. Rombiadon
4. Bogia
Nama padi sekarang:
1. Padi Wangi
2. Padi Sarawak
3. Padi PQ
4. Padi Pandasan
5. MR7
6. TR7
Sebenarnya ada banyak lagi nama padi tapi saya lupa sudah..nantilah bila saya ingat,saya akan masukkan lagi nama2 itu di sini.
Isnin, 11 Mei 2009
Langgan:
Catatan (Atom)