Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Selasa, 21 Julai 2009

YES! MARIMBA ELIT MENANG..


MARIMBA ELIT

Pada petang hari ini bertempat di Padang Hospital Kota Marudu, Pasukan Marimba Elit turun padang menentang Pasukan Sebayan sekali lagi dalam pertandingan Piala ADR P.168 Kota Marudu 2009.

Pada pertemuan pertama minggu lepas, keputusan berkesudahan seri iaitu 1-1 dan pada hari ini walaupun pada masa pertama Pasukan Marimba Elit ketinggalan dengan 1 gol tetapi kelemahan itu telah diatasi pada masa ke-2 dan melakar kemenangan 2-1 ke atas Pasukan Sebayan dengan jaringan daripada Bommy Jamadil.

Pada hari dan waktu yang sama juga Pasukan Marimba Junior juga sepatutnya menentang Pasukan Radu bertempat di Padang Pekan Kota Marudu tetapi pihak penganjur membatalkan perlawanan kerana hujan turun denga lebat.

Nasib baik Marimba Junior kena tunda dan semua penyokong terus tertumpu ke arah satu perlawanan saja iaitu Marimba Elit VS Sebayan.

TAHNIAH kepada Pasukan Marimba atas kemenangan ini. Semoga tahun ini pasukan kita muncul johan sekali lagi.
Dan kepada semua penyokong setia yang tidak pernah miss tengok perlawanan ini, SYABAS dan TAHNIAH atas komitmen dan kerjasama menyokong pasukan kampung kita.Inilah semangat warga kampung kita yang unik dan sentiasa berstatu hati.

Semoga Pasukan Marimba Junior juga akan melakar kemenangan menentang Radu.

MAJULAH SUKAN UNTUK BANGSA DAN NEGARA

Isnin, 20 Julai 2009

MARIMBA ELIT & MARIMBA JUNIOR


Pasukan Marimba Elit

Marimba Junior


Pada hari esok bersamaan 20 JULAI 2009, kedua-dua Pasukan Marimba dari Kg.Salimandut ini akan turun padang untuk beraksi dalam Perlawanan Bola Sepak Piala ADR P.168 Kota Marudu 2009.

Bila kedua-dua pasukan ini turun padang serentak, pastinya penyokong2 akan terbelah dua dan saya harap keadaan ini tidak akan menjadi gangguan psikologi kepada kedua2 pasukan ini.

Marimba Elit akan bertemu dengan Pasukan hasil perlawanan Sebayan VS Tagaroh yang berlangsung hari ini.Jika Pasukan Sebayan menang, maka dengan itu sekali lagi Pasukan Sebayan dan Marimba Elit akan bertemu kembali esok. Manakala Marimba Junior sekali lagi akan menentang Radu di mana kedua2 pasukan ini sudah bertemu pertama kali pada perlawanan pusingan pertama dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Radu.
Kita nantikan sekali lagi pada hari esok akan perlawanan pasukan ini untuk kali ke-2.

Banyak feedback yang kami terima dengan sistem perlawanan ini namun semuanya terletak ditangan pihak penganjur.

Harapan saya, semoga kedua-dua Pasukan Marimba ini akan melakar kejayaan.
Kalau boleh, saya mahu lihat Pasukan Marimba ini beraksi di pusingan akhir..
SEMOGA BERJAYA PASUKAN KAMPUNGKU..

GOTONG-ROYONG JKKK & SELURUH KAMPUNG



Pada hari Ahad minggu lalu, JKKK & seluruh penduduk Kg.Salimandut telah mengadakan gotong-royong bulanan untuk membersihkan seluruh kampung.Tidak ketinggalan juga di kawasan Singgahmata.Penduduk kampung turun memberikan kerjasama dan menunjukkan komitmen yang begitu memberangsangkan.

( Barisan Belia sempat berposing bersama2 dengan Pengerusi JKKK yang pakai seluar jeans)

(Singgahmata)



(Rumah panjang yang semakin uzur.Semoga penghuni rumah panjang ini akan mendapat bantuan rumah PPRT dalam kadar segera)


(Para belia sempat meminum air kelapa muda untuk menghilangkan dahaga)



(Akhirnya astaka kampung ku akan bertukar wajah setelah bertahan selama 20 tahun)

Harap kerja tidak CINCAI aah.Kalau cincai, sedialah kena bantai.
Tapi saya percaya para pekerja akan melakukan tugas dengan baik.



 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009