Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Jumaat, 20 Mac 2009

PROGRAM PUTERI UMNO


Dari kiri; Pakcik Ondu berucap selaku Ketua Cawangan UMNO Kg.Salimandut, Berbaju pink (Puan Redonah, Ketua Puteri) & Bertudung ( Puan Norhamidah Jarimal, Naib)

Berikan tumpuan pada gadis yang berdepan dengan laptop k..hehee

Persembahan Tarian Pinakang (Tarian Suku Kaum Dusun Kimaragang)

Kita makan dulu..!!!

Hari ini bersamaan 20 MAC 2009, Puteri UMNO Cawangan Salimandut & Cawangan Singgahmata telah menganjurkan Program Titian Integrasi Puteri UMNO. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu Puan Redonah Bahanda.
Turut hadir pada majlis ini ialah Naib Ketua Puteri Bahagian Puan Norhamidah Jarimal dan beberapa orang AJK Puteri UMNO Bahagian.
Semoga Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu akan terus unggul dan mantap gitu..
Tidak lupa saya rakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini khasnya untuk En.Jamadil Edaron, Pengerusi Rukun Tetangga Kg.Salimandut kerana telah meminjamkan kami bangunan KRT untuk mengadakan program hari ini.





AIR MUKA



TAFSIRAN WAJAH..:)

Rabu, 18 Mac 2009

AYAM BOGEL



Masa ulang alik pulang kampung beberapa hari ni, tidak pula saya perasan akan kewujudan ayam 'spesil' ini..hehee.
Dalam perjalanan pulang kampung bersama 3 hero saya, ngam2 sampai dekat rumah Pakcik Majiun saya bawa kereta gear 2 ja sebab ada batu2 kasar dekat jambatan yang baru siap dibina. tiba2 hero sulung bersuara " ibu..ibu..ada ayam bogel" bilangnya. Saya tidak menoleh pun apa yang dia cakap.Ingatkan ayam togel biasa jak yang bulunya agak jarang. Berabis hero tengah dan bongsu ketawa. Saya biarkan saja.
Sekali kemarin, saya nampak itu ayam betul2 tiada bulu. Rupanya ini yang anak2 saya katakan ayam bogel..bukan lagi ayam togel. Sempat juga saya ambil gambar. Punya lucu itu ayam jalan2 indada bulu. Sampai di kampung, ayam bogel itu jadi perbualan hangat kami di gerai
Pakcik Ondu.
Awasi dot mongolutu mantad waag talasu.Tad potolopon i ka di maman.. aelaan disai dot mapalui minomuwul dat manuk dilo. Amu kawasa ka di mama bo wuwulan ot manuk dot miyau.
Tengok gambar paling bawah, ada seekor anjing berhampiran itu ayam. Itu anjing pun tiada 'nafsu' mau tangkap itu ayam o. amu tiakan at tasu dot manuk aso wulu... hahahaaa.
Tad tikobunsut beti..

SETIA GIGIH JAYA, KEJAYAAN PASTI TERCAPAI


Salam semua rakan2 blogger..
Baru mau update blog hari ni. Bukannya tiada idea atau bahan untuk dikongsikan bersama tetapi masa sebenarnya yang terlalu sukar untuk dibahagi-bahagi. Justeru, saya dahulukan perkara2 penting dahulu.

Hari ini posting saya mungkin agak unik sedikit bila melihat kepada tajuk posting saya iaitu 'SETIA GIGIH JAYA, KEJAYAAN PASTI TERCAPAI".

Sebenarnya, saya mendapat ilham ini bila membaca entry Dr.Nellson (MENGAPA KANDAS DI TENGAH JALAN?) dalam http://marudubloggers.blogspot.com. Terus terang saya cakap, saya menangis bila membaca entry tersebut. Semangat saya seakan TERBAKAR dengan motivasi itu untuk memotivasikan anak2 saya juga mana2 ahli keluarga juga masyarakat kita.

SETIA GIGIH JAYA merupakan motto SMK.Tandek, manakala KEJAYAAN PASTI TERCAPAI merupakan motto SMK.Kota Marudu. Saya gabungkan kedua-duanya sekali kerana saya pernah bergelar pelajar di kedua-dua sekolah ini suatu ketika dulu. Seakan kedua2 motto ini punya kesinambungan dan membawa makna bahawa jika kita gigih dalam mengejar impian dan cita2, sudah pasti kejayaan akan tercapai.

Berbalik kepada tujuan utama posting saya kali ini, saya ingin mengajak rakan2 semua berkongsi cerita kerana hanya mereka yang pernah susah dan mengalami kesukaran hidup yang mampu mencanang kisah kejayaan mereka dengan lebih berkesan dan mendalam.
Saya tidak tahu dari mana harus saya mulakan bicara ini kerana terlalu banyak cabang yang cuba mencantas emosi saya. Bagaimana saya harus kongsikan kisah saya sendiri disamping mengongsikan sebahagian lagi kisah rakan2 kita yang telah berjaya melakar kejayaan hasil kepayahan suatu ketika dulu..

Pertama sekali saya ingin mengulas sedikit berhubung masalah yang sering diungkapkan oleh sesetengah pelajar ekoran pelajaran yang kandas separuh jalan. Antara alasan yang diberi ialah 1. Tiada duit belanja, 2. Jauh ke sekolah dan 3. Tiada motivasi dan saya sangat2 bersetuju dengan Dr.Nellson bahawa faktor paling dominan yang mencantas perjuangan para pelajar kita pada hari ini adalah kerana TIADA MOTIVASI.
Kita papa sekali pun, biar jauh beribu batu untuk ke sekolah kalau ada motivasi, semua itu akan jadi mudah kerana kita sudah nampak visi kita. Seakan2 visi itu melambai2 memanggil kita dan disitulah bermulanya langkah perjuangan sehingga kita meraih kajayaan.

Saya tidak akan pernah lupa kisah kami adik beradik..dan saya ingin kongsikan di sini sedikit. Semoga ia dapat menambahkan lagi motivasi dalam diri kita semua untuk dikongsikan pada orang lain pula..
Kami adik beradik kandung ada 5 orang semuanya.Saya seorang ja anak perempuan. Perceraian kedua orang tua pada usia kami masih kanak2 memang benar2 mencabar wibawa ibu kami dalam mendidik dan membesarkan kami.Bayangkan saja perceraian itu berlaku ketika saya masih belum bersekolah.Adik saya yang dua orang lagi tidak mengerti. Masa usia kecil,mereka berdua langsung tak kenal wajah ayah..pun begitu,kami tidak pernah membenci ayah malah kami sentiasa mengasihinya. Ayah yang tinggal sekampung dengan kami pun sentiasa juga mengambil tahu.

Saya dulu bukan juga tergolong dalam pelajar genius, bukan juga yang inda pandai dan bukan juga yang sedang2. Maksudnya, kalau betul2 mau tumpuhkan perhatian terhadap pembelajaran, mampu menjadi yang genius.Tapi untuk jatuh ranking inda juga bo.;)
Masa sekolah rendah, kami pergi sekolah tanpa duit belanja. Makan nasi di rumah sebagai sarapan supaya itu perut tidak cepat lapar. Kadang2 mama bagi kami duit 20 sen saja untuk belanja.Pun begitu saya dan adik2 simpan dalam tabung masing2. Masa itu, saya paling takut kalau tertinggal pelajaran.Walau demam panas pun saya jalan juga pergi sekolah. Keadaan rumah kami masa itu tak usah cakap kerana tiada kata2 yang mampu mengungkapkan keadaan dan kepayahan itu. Dalam usia seawal 8 tahun, saya sudah tumabang (gotong-royong) di sawah orang ganti tempat mama sebab dia tidak dapat datang. Bawa bekalan saja kerana seharian di sawah orang. Memang perit dan sangat payah. Paling sandi kalau burungan (Main sukat) itu kawasan yang perlu disiapkan. Tidak kira panas dan hujan, saya pernah rasa semua itu dalam usia paling muda. Dalam masa yang sama, saya dan adik beradik meneruskan juga persekolahan. Pagi pergi sekolah, petang turun sawah. Itulah rutin kami dulu2.
Satu sikap yang saya betul2 tabik sama mama dulu, dia GARANG dan DISIPLIN habis pasal pendidikan. Tiada alasan tidak pergi sekolah kecuali ampai2 demam. Kalau ada niat mau ponteng sekolah kerana malas, sedialah kena kena rotan. Pulang dari sekolah pun tidak boleh lewat kecuali ada gerko..Balik rumah, makan lepas itu siapkan kerja sekolah kalau ada. Diberi masa tidur tengahari kerana jam 2.30 petang turun di sawah. Masa itu rumah kami di sawah. turun saja sawah padi..jiran dekat pun tiada.Jauh2 semua itu jiran. Di sekolah sajalah dapat ramai kawan..hehee.

Di pendekkan cerita, abang saya yang sulung Abang Juanon terpaksa berkorban dari sekolah untuk membantu mama kami kerja sawah. Sekarang bekerja sebagai Polis Bantuan di Sunway Lagoon, Abang Jemrol masuk UPM dan jadi cikgu kini mengajar di SMK.Talaga Pitas. Adik saya Juani masuk UMS dan dapat KPLI juga jadi cikgu kini bertugas di SK.Padang, Banggi. Adik bongsu kami Jihnawi, tidak berminat untuk meneruskan persekolahan selepas menduduki SPM dan masuk tentera, kini merupakan seorang KOMANDO dan saya?...

TO BE CONTINUE......
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009