Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Khamis, 3 September 2009

TAKLIMAT CARA PENGISIAN BORANG PROFAIL KAMPUNG






Hari ini 3 SEPT 2009 (Khamis), saya telah menghadiri Taklimat Cara Pengisian Borang Profail Kampung bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM).
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) iaitu En.Sukimi Soyoh.
Saya selaku Setiausaha JKKK Kg.Salimandut bersama-sama dengan Pengerusi JKKK seluruh kampung kawasan N.5 Tandek hadir dalam teklimat tersebut.
Mujurlah sebelum ni kami telah pun membuat profail Kg.salimandut.Jadi senanglah kerja.
Tempoh masa sebulan telah diberikan untuk menyiapkan profail kampung ini.
Saya ada mengambil gambar cuma tidak sempat edit untuk post di sini.
Nanti bila sudah edit baru saya post.
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009