Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 17 Januari 2009

SILAP SITE


Tempat : Simpang masuk Gudang Tong Guan, berdepan dengan Tokong.

Sebuah trailerl panjang yang sarat dengan barangan minuman tin dari pelbagai jenis terbabas masuk ke dalam parit apabila pemandu trailer tersebut tersilap jangkaan ketika membuat site masuk menuju ke Gudang Tong Guan untuk menghantar stok.

Ngam2 masa ini saya limpas sebab ada barang mau beli sana More Chance.Panjang jua tu trailer. Nasib barang2 yang dibawa tu kalis air.Kalau...lah, percuma o.

Barang2 dari dalam trailer tersebut terpaksa dikeluarkan untuk memudahkan trailer tersebut ditarik naik.Masa saya limpas sekali lagi..ada hitachi di situ.Ingatkan ada kerja membersihkan parit, rupa2nya mengaut itu minuman yang jatuh dalam parit.Banyak juga saya nampak tu..

Inilah..time2 hujan begini ada saja kemungkinan-kemungkinan yang tak dapat kita duga, tak dapat kita hidu, tak dapat kita jangka.

Khamis, 15 Januari 2009

..SMK KOTA MARUDU,PUSAT PEMINDAHAN BANJIR..





Sebahagian gambar yang sempat saya ambil ketika melawat pusat pemindahan mangsa banjir di bangunan Projek Kilat SMK.Kota Marudu pada jam 10.15pm setelah menerima panggilan daripada anak buah saya yang tinggal di Kg.Kuranji mengatakan seluruh penduduk Kg.Kuranji terpaksa dipindahkan di SMKKM ekoran keadaan banjir yang semakin teruk melanda Kg tersebut..


Sekali saya pergi tengok dorang sana,bukan orang lain juga..'TOKOU E TOKOU' bilang Sanguru.

Kelihatan kanak2 enjoy bermain.Gembira dapat berkumpul dengan kawan2 dan bermain. Mereka tidak mengerti apa yang berlaku.Itulah zaman kanak2 yang penuh dengan keriangan.



NOTA: Sayang dunia ini fana..















Selasa, 13 Januari 2009

..BANJIR LAGI..






Banjir lagi o di kawasan Tandek..Hujan turun tak henti2 sejak kelmarin menyebabkan paras air naik.Ini gambar di jalan simpang Kg.Damai ni saya ambil tadi.Saya bergegas pergi ke tempat tersebut setelah mama menelefon dari kampung yang dorang tidak dapat limpas mau pergi Pekan KM kerana banjir...Hmmm,kalau sudah mula banjir,dari kampung saya paling tidak dapat keluar mana2.Sebelah menyebelah ada sungai besar.Memang terperangkap dalam kampung saja sampai banjir surut...
Jadi kepada saudara2 yang mau balik kampung dan melalui jalan Damai,harap janganlah dulu jalan ah...sia2 saja.Sayang minyak walaupun minyak sudah turun harga.. Loging saja ni yang buleh limpas..



 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009