Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 25 April 2009

AKTIVITI PESTA KAAMATAN


Salam hormat kawan2 semua..
Hari ini bersamaan 25 MEI 2009 adalah hari pertama perlaksanaan aktiviti sukan sempena sambutan Pesta Kaamatan Kg.Salimandut '09.

Acara sukan hari ini ialah Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Kg.Salimandut dan saya difahamkan penyertaan untuk pertandingan ini sangat memberangsangkan.


Hari esok pula akan diadakan Pertandingan Futsal Terbuka Kg.Salimandut dan sambutannya juga amat memberangsangkan berdasarkan kepada penghantaran borang2 penyertaan.

Harapan saya, semoga semua aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun kewangan kami sangat sedikit.Apa yang penting bagi saya ialah penyatu paduan kita semua rakyat Sabah, Malaysia..:)

SALIMANDUT..SEGAH NAMANYA


SALIMANDUT..kampung ku segah namanya dalam lipatan zaman. Kalau Amerika ada HOLLYWOOD, Kota Marudu ada SALIMANDUT.




Mercu tanda nama SALIMANDUT yang dipasang di atas bukit adalah atas usaha murni JKKK dan Persatuan Belia Kg.Salimandut.Dari jalan raya besar akan kelihatan nama SALIMANDUT walaupun jauh.

Jambatan sempadan Salimandut - Longob sudah dinaik taraf dan gambar di atas adalah gambar terbaru.

Rabu, 22 April 2009

KAMI MAHUKAN JALAN LURUS


Salam Hormat,Salam Setiakawan dan Salam Lurus...
Bahang matahari yang memanah terik begitu terasa kepanasannya namun bahang itu masih belum mampu menandingi bahang lahar yang bersarang di dalam hati.Rasanya bahang ini mampu mencairkan salji di kutub utara (Demikian gaya bahasa hiperbola yang saya mampu gunakan dalam entry saya kali ini).

Dalam blog SAM ada dipostingkan artikel berhubung perkara yang saya ingin ketengahkan kali ini. Silalah baca artikel ini yang dicatat oleh Sanguru.
Saya begitu terkejut bila mengetahui kebenaran disebalik semua spekulasi yang saya dengar mengenai masalah penyiapan jalan Tandek - Longob. Saya pada mulanya dalam hati juga memang menyalahkan tuan2 tanah yang begitu BENGKOK untuk diminta bekerjasama berhubung perkara ini tetapi rupa2nya saya begitu BODOH kerana mempercayai khabar2 angin ini.

Untuk pengetahuan semua, En.Dinson Gansau adalah anak buah saya dan saya kenal beliau bukanlah seorang yang begitu BENGKOK untuk diluruskan sekiranya segala urusan itu berdasarkan pada landasan yang betul. Itu sebab saya sendiri sangat terkejut bila mendengar namanya tersenarai di antara yang bengkok sedangkan selama ini beliau seorang yang lurus dan mudah bekerjasama.Begitu juga dengan En.Kadir Samsuddin.
Rupa2nya ada DALANG disebalik semua cerita ini dan saya mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada CIKGU ANDROD SADIAN(SANGURU) atas keberanian beliau berjuang untuk menegakkan kebenaran dalam kemelut ini.(Inilah contoh pemimpin yang kita mahu tonjolkan.Berjuang untuk masyarakat dan bukan untuk diri sendiri).

Berdasarkan cerita yang saya dengar dari pihak2 yang boleh dipercayai, peruntukan untuk menaik taraf jalan Tandek - Longob ini mencecah lebih RM30 Juta. Dan rasanya jumlah ini sudah lebih dari cukup untuk MELURUSKAN mana2 jalan yang bengkok. Bukannya banyak pun jalan yang bengkok ba.Hanya ada 3 tempat sahaja iaitu di Kg.Tingkalanon, Nolotan dan Salimandut. Janganlah kerana terlalu tamak + tabarus + orusuk dalam mengaut keuntungan, spek sebenar diabaikan dengan mencipta alasan bahawa tuan tanah tidak mahu bekerjasama dan di cop sebagai penghalang pembangunan.

Hari ini siapakah yang tidak mensyukuri melihat desa sendiri menikmati pembangunan yang sudah berabad2 dinanti2? Jalan teruk Tandek - Longob selama ini akhirnya dinaik taraf dan saya di antara masyarakat Tandek sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kami jalan yang baik.. rasanya inilah hadiah ulang tahun saya yang paling mahal dan berharga setelah selama 29 tahun saya hidup di dunia ini bertemankan jalan yang teruk. Dan akhirnya ketiaka usia meniti ambang 30-an, jalan raya kami sudah beraspal dan saya mampu bersorak dan berlari di atas jalan raya walaupun hanya berkaki ayam.

Namun, keriangan ini seakan dihalang dengan kemelut jalan bengkok yang sepatutnya lurus! kenapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti ini? Bagilah ba kami peluang untuk menikmati pembangunan ini.

Saya bagi pihak warga Kg.Salimandut MERAYU supaya jalan kami diLURUSKAN dan jangan biarkan BENGKOK seumur2..
KAMI MAHU JALAN YANG LURUS!!!!!!!!!!!!............
KAMI MAHU JALAN YANG LURUS!!!!!!!!!!!!............

TOLONGLAH dengar luahan kami.Orang Tandek adalah orang yang paling tinggi nilai kemanusiaan dan toleransinya. Jangan sampai WAJAH ke-2 kami muncul kerana selama ini kami sudah cukup bersabar dan memberi peluang tapi BUKAN UNTUK KALI INI!...
Kami bukan mengugut, cuma mahukan penyelesaian dengan hasil terbaik yang telah dispekkan.

SALAM LURUS untuk semua..

Sabtu, 18 April 2009

PESTA KAAMATAN KG.SALIMANDUT 2009


Salam hormat semua teman2 blogger.Kali ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog SV ini setelah beberapa hari ditinggalkan sepi.
Kali ini saya akan posting tentang sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kg.Salimandut 2009 ini.
Setelah JKKK dan semua penduduk Kg.Salimandut bermesyuarat,maka kami semua sepakat untuk mengadakan sambutan Pesta Kaamatan lebih awal dari Daerah seperti pada ketetapan berikut.

TARIKH : 2 & 3 MEI 2009
TEMPAT : ASTAKA KG.SALIMANDUT

Sebagai Setiusaha merangkap Bendahari JKKK Kg.Salimandut, saya betul2 tercabar dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Gala Night Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu membuatkan masa saya untuk melawat rumah sendiri dan rumah kawan2 di alam maya begitu terhad sekali buat masa ini. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana hasil kerjasama daripada semua ajk, segala persiapan setakat ini sangat membanggakan walaupun memang terasa sangat letih.

Untuk sambutan Pesta Kaamatan Kg.Salimandut, berikut adalah antara senarai aktiviti yang bakal dilaksanakan:

- Pertandingan Unduk Ngadau
- Pertandingan Sugandoi
- Pertandingan Mipulos
- Pertandingan Monopuk
- Pertandingan Mangabayinsi
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Sepak Takraw
- Pertandingan Menganyam Ketupat
- Pertandingan Ayam Jantan paling cantik
- Pertandingan membuat kraftangan
- Pertandingan Tarik tali
- Merentas Desa
- Sukaneka khas untuk kanak2

Selain daripada itu, pasukan bola sepak veteran Kg.Nolotan yang bergabung dengan Kg.Batition juga akan melawan pasukan bola sepak veteran Kg.Salimandut pada 26 APRIL 2009 bertempat di padang SK.Tumunda Salimandut.

Dan yang paling menarik perhatian saya pada kali ini ialah pada 2 MEI 2009, akan diadakan ceramah MONUSUR KETURUNAN PANGLIMA AKI TUMUNDA & MONUSUR SUKU GOBUKON yang akan disampaikan oleh En.Albert Adun dan En.Haji Omar Majun.

Secara peribadi, saya hampir2 'ALAMAS' dengan semua tanggungjawab ini tetapi berkat kerjasama dan kesepaduan dari semua penduduk Kg.Salimandut yang memang dari dulu sampai sekarang tidak pernah putus2 telah memberikan saya satu suntikan semangat untuk terus menaburkan kerjasama dan tanggungjawab walaupun 'tiada gaji' bilang sesetengah orang. Tapi bagi saya, tiada yang lebih berharga selain melihat hasil kerja dengan kesepakatan dan kerjasama semua pihak. Kita membawa nama kita sendiri, nama keluarga malah nama kampung. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan yang terbaik. Menghasilkan dan mempersembahkan satu hasil kerja yang memuaskan adalah 'gaji' paling berharga pada diri saya kerana saya yakin dan percaya "TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA" seperti dalam post Dr.Nellson dalam http://gerejamaya.blogspot.com

Selain itu, saya bagi pihak JKKK Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada Persatuan Belia Kg.Salimandut yang bergerak secara aktif mengiringi langkah JKKK untuk menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan kali ini.

Setinggi Penghargaan juga kepada semua penduduk Kg.Salimandut yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk membantu menjayakan Kaamatan Kampung pada kali ini. Tuhan memberkati kita semua..

Oleh itu, sehingga bertemu lagi pada posting yang lain di hari yang lain.

Salam Sayang dan Salam Setiakawan Berpanjangan..

Ahad, 12 April 2009

PERKUMPULAN PEREMPUAN SABAH BERSAMA WARGA WANITA KG.SALIMANDUT


Menu makanan seimbang yang dimasak melalui demo masakan.









Sabtu bersamaan 11 APRIL 2009, Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) telah melakukan aktiviti lawatan luar bandar ke Kg.Salimandut.Perjumpaan tersebut diadakan di bangunan KRT Kg.Salimandut.Seramai lebih 30 orang ahli-ahli PPS dari Kota Kinabalu yang turun padang bersama2 menyertai program tersebut.
Saya selaku wakil wanita Kg.Salimandut berasa sangat bersyukur dan gembira dengan peluang keemasan seperti ini.Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman hidup yang dapat diperolehi khusus untuk membangunkan golongan wanita.
Turut berucap pada program ini selaku wakil PPS ialah Setiausaha Agung PPS iaitu Puan Hajah Kee Norliah Haji Kee Abdul Jalil. Beliau melahirkan rasa syukur dengan terlaksananya program ini yang beliau lebih sifatkan kepada jejak kasih kerana setelah sekian lama,akhirnya beliau dapat bertemu dengan sebahagian ahli keluarga beliau.
Melalui program itu juga,PPS telah menyumbangkan pakaian terpakai untuk penduduk Kg.Salimandut juga beberapa cenderahati untuk diserahkan kepada Surau Kg.Salimandut khusus untuk jemaah mualaf.
Semoga usaha2 murni seperti ini akan berterusan dan akan menjadi contoh kepada mana2 pertubuhan lain selepas ini.
Akhir sekali, saya selaku wakil warga Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada PPS atas kesudian mengadakan program ini dan memilih Kg.Salimandut sebagai lokasi pertama.
Untuk warga Kg.Salimandut, tahniah di atas komitmen dan kerjasama yang tidak pernah putus2 sejak dulu lagi.Semoga kesepaduan kita ini akan berkekalan demi kesejahteraan kampung kita juga akan menjai contoh kepada kampung2 lain di daerah kita.
"AKAR KELADI MELILIT SELASIH
SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
KEKAL KENANGAN SEPANJANG ZAMAN"









 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009