Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 18 April 2009

PESTA KAAMATAN KG.SALIMANDUT 2009


Salam hormat semua teman2 blogger.Kali ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog SV ini setelah beberapa hari ditinggalkan sepi.
Kali ini saya akan posting tentang sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kg.Salimandut 2009 ini.
Setelah JKKK dan semua penduduk Kg.Salimandut bermesyuarat,maka kami semua sepakat untuk mengadakan sambutan Pesta Kaamatan lebih awal dari Daerah seperti pada ketetapan berikut.

TARIKH : 2 & 3 MEI 2009
TEMPAT : ASTAKA KG.SALIMANDUT

Sebagai Setiusaha merangkap Bendahari JKKK Kg.Salimandut, saya betul2 tercabar dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Gala Night Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu membuatkan masa saya untuk melawat rumah sendiri dan rumah kawan2 di alam maya begitu terhad sekali buat masa ini. Namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana hasil kerjasama daripada semua ajk, segala persiapan setakat ini sangat membanggakan walaupun memang terasa sangat letih.

Untuk sambutan Pesta Kaamatan Kg.Salimandut, berikut adalah antara senarai aktiviti yang bakal dilaksanakan:

- Pertandingan Unduk Ngadau
- Pertandingan Sugandoi
- Pertandingan Mipulos
- Pertandingan Monopuk
- Pertandingan Mangabayinsi
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Sepak Takraw
- Pertandingan Menganyam Ketupat
- Pertandingan Ayam Jantan paling cantik
- Pertandingan membuat kraftangan
- Pertandingan Tarik tali
- Merentas Desa
- Sukaneka khas untuk kanak2

Selain daripada itu, pasukan bola sepak veteran Kg.Nolotan yang bergabung dengan Kg.Batition juga akan melawan pasukan bola sepak veteran Kg.Salimandut pada 26 APRIL 2009 bertempat di padang SK.Tumunda Salimandut.

Dan yang paling menarik perhatian saya pada kali ini ialah pada 2 MEI 2009, akan diadakan ceramah MONUSUR KETURUNAN PANGLIMA AKI TUMUNDA & MONUSUR SUKU GOBUKON yang akan disampaikan oleh En.Albert Adun dan En.Haji Omar Majun.

Secara peribadi, saya hampir2 'ALAMAS' dengan semua tanggungjawab ini tetapi berkat kerjasama dan kesepaduan dari semua penduduk Kg.Salimandut yang memang dari dulu sampai sekarang tidak pernah putus2 telah memberikan saya satu suntikan semangat untuk terus menaburkan kerjasama dan tanggungjawab walaupun 'tiada gaji' bilang sesetengah orang. Tapi bagi saya, tiada yang lebih berharga selain melihat hasil kerja dengan kesepakatan dan kerjasama semua pihak. Kita membawa nama kita sendiri, nama keluarga malah nama kampung. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan yang terbaik. Menghasilkan dan mempersembahkan satu hasil kerja yang memuaskan adalah 'gaji' paling berharga pada diri saya kerana saya yakin dan percaya "TUHAN JADIKAN SEMUANYA INDAH PADA WAKTUNYA" seperti dalam post Dr.Nellson dalam http://gerejamaya.blogspot.com

Selain itu, saya bagi pihak JKKK Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada Persatuan Belia Kg.Salimandut yang bergerak secara aktif mengiringi langkah JKKK untuk menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan kali ini.

Setinggi Penghargaan juga kepada semua penduduk Kg.Salimandut yang telah menyumbangkan wang ringgit untuk membantu menjayakan Kaamatan Kampung pada kali ini. Tuhan memberkati kita semua..

Oleh itu, sehingga bertemu lagi pada posting yang lain di hari yang lain.

Salam Sayang dan Salam Setiakawan Berpanjangan..

6 comments:

SURINIT on 19 April 2009 12:45 PG berkata...

sugandoi tu apa aa? inda pernah dengar perkataan ni. siou...
talib...

NONG on 19 April 2009 1:44 PG berkata...

Sugandoi nopo dino manyanyi.. heheheee..

AragangTandik on 19 April 2009 6:46 PG berkata...

Hi Nong, Tahniah atas kerjakeras anda. Perjuangan ikhls dari hati itulah pemimpin masyarakat sebenar.
Akak pun faham perasaan Nong. Akak sudah berkecimpung dalam dunia kerja sukarela ni (tiada gaji) sejak akak umur 21 tahun hinggalah sekarang. Memang adakalahnya urang meragukan akan ketulusan kita tetapi yang penting kita ikhlas dan kita tahu apa yang kita lakukan. Tahniah & Selamat Tadau Kaamatan.

-m.i.r.a.c.l.e- on 19 April 2009 10:10 PG berkata...

Nong! janji sama sy snap gambar banyak2. post dlm blog. kasihanilah diriku yang malang ini kerana last dan super last sy merasa tingu pesta kaamatan di kampung adalah tahun 1993!beginilah hidup di rantauan... hujan emas di negeri orang,walau buruk mana kampungku di mata orang bandar tapi itulah tempat teristemewa di hatiku, walau hakikatnya
wujudku tidak diketahui! kie nong...
nong! satu lagi suruh si abu nawas ko tu ikut pertandingan mangabainsi kie...

lalala~ berkata...

sepa menang unduk ngadau ni thn?

Blog admin on 7 Mei 2009 1:56 PTG berkata...

salam

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009