Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 22 April 2009

KAMI MAHUKAN JALAN LURUS


Salam Hormat,Salam Setiakawan dan Salam Lurus...
Bahang matahari yang memanah terik begitu terasa kepanasannya namun bahang itu masih belum mampu menandingi bahang lahar yang bersarang di dalam hati.Rasanya bahang ini mampu mencairkan salji di kutub utara (Demikian gaya bahasa hiperbola yang saya mampu gunakan dalam entry saya kali ini).

Dalam blog SAM ada dipostingkan artikel berhubung perkara yang saya ingin ketengahkan kali ini. Silalah baca artikel ini yang dicatat oleh Sanguru.
Saya begitu terkejut bila mengetahui kebenaran disebalik semua spekulasi yang saya dengar mengenai masalah penyiapan jalan Tandek - Longob. Saya pada mulanya dalam hati juga memang menyalahkan tuan2 tanah yang begitu BENGKOK untuk diminta bekerjasama berhubung perkara ini tetapi rupa2nya saya begitu BODOH kerana mempercayai khabar2 angin ini.

Untuk pengetahuan semua, En.Dinson Gansau adalah anak buah saya dan saya kenal beliau bukanlah seorang yang begitu BENGKOK untuk diluruskan sekiranya segala urusan itu berdasarkan pada landasan yang betul. Itu sebab saya sendiri sangat terkejut bila mendengar namanya tersenarai di antara yang bengkok sedangkan selama ini beliau seorang yang lurus dan mudah bekerjasama.Begitu juga dengan En.Kadir Samsuddin.
Rupa2nya ada DALANG disebalik semua cerita ini dan saya mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada CIKGU ANDROD SADIAN(SANGURU) atas keberanian beliau berjuang untuk menegakkan kebenaran dalam kemelut ini.(Inilah contoh pemimpin yang kita mahu tonjolkan.Berjuang untuk masyarakat dan bukan untuk diri sendiri).

Berdasarkan cerita yang saya dengar dari pihak2 yang boleh dipercayai, peruntukan untuk menaik taraf jalan Tandek - Longob ini mencecah lebih RM30 Juta. Dan rasanya jumlah ini sudah lebih dari cukup untuk MELURUSKAN mana2 jalan yang bengkok. Bukannya banyak pun jalan yang bengkok ba.Hanya ada 3 tempat sahaja iaitu di Kg.Tingkalanon, Nolotan dan Salimandut. Janganlah kerana terlalu tamak + tabarus + orusuk dalam mengaut keuntungan, spek sebenar diabaikan dengan mencipta alasan bahawa tuan tanah tidak mahu bekerjasama dan di cop sebagai penghalang pembangunan.

Hari ini siapakah yang tidak mensyukuri melihat desa sendiri menikmati pembangunan yang sudah berabad2 dinanti2? Jalan teruk Tandek - Longob selama ini akhirnya dinaik taraf dan saya di antara masyarakat Tandek sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kami jalan yang baik.. rasanya inilah hadiah ulang tahun saya yang paling mahal dan berharga setelah selama 29 tahun saya hidup di dunia ini bertemankan jalan yang teruk. Dan akhirnya ketiaka usia meniti ambang 30-an, jalan raya kami sudah beraspal dan saya mampu bersorak dan berlari di atas jalan raya walaupun hanya berkaki ayam.

Namun, keriangan ini seakan dihalang dengan kemelut jalan bengkok yang sepatutnya lurus! kenapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti ini? Bagilah ba kami peluang untuk menikmati pembangunan ini.

Saya bagi pihak warga Kg.Salimandut MERAYU supaya jalan kami diLURUSKAN dan jangan biarkan BENGKOK seumur2..
KAMI MAHU JALAN YANG LURUS!!!!!!!!!!!!............
KAMI MAHU JALAN YANG LURUS!!!!!!!!!!!!............

TOLONGLAH dengar luahan kami.Orang Tandek adalah orang yang paling tinggi nilai kemanusiaan dan toleransinya. Jangan sampai WAJAH ke-2 kami muncul kerana selama ini kami sudah cukup bersabar dan memberi peluang tapi BUKAN UNTUK KALI INI!...
Kami bukan mengugut, cuma mahukan penyelesaian dengan hasil terbaik yang telah dispekkan.

SALAM LURUS untuk semua..

10 comments:

SURINIT on 22 April 2009 3:13 PTG berkata...

nong, sampai mana sudah tu jalan beraspal diurang buat sekarang? masih lagi sana tampat c dorima ka? ai lambat juga itu projek bagarak klu begitu...

saya pun ada terdengar tentang dalang2 yg berkenaan, tp tdk berapa pasti siapa urangnya. hari tu ada org sebut beberapa nama yg saya inda kenali, tp yg pasti projek itu tidak berjalan dgn lancar bukan kerana keengganan tuan tanah bekerjasama. tp seperti yg ko sebutkan, ada dalang disebaliknya. dengar kata, ada org bagi duit kat dalang tu supaya buat pasal. tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tp kalau itulah yg berlaku mimang aluk dot tad garason ie ino tulun... hidup di dunia menyusahkan orang saja...

-m.i.r.a.c.l.e- on 22 April 2009 10:31 PTG berkata...

isai ot araat babanar dino?!

Nani Aling on 23 April 2009 11:27 PG berkata...

lama suda tidak masuk blog kau ni nong... kau ni kan bukan berblog suka2 bah ni. tapi baguslah kalau kau mau tegakkan kebenaran...tukar wajah lagi blog kau kio...

Furen Laoshi on 23 April 2009 5:52 PTG berkata...

Nong,
Kemungkinan besar apa yg ramai org nampak di luar tu bukan corita sebenar. Kes ini pernah berlaku di tempat lain. Tapi dlm kes ini sebaliknya ramai yang berlumba2 mau jalan tu limpas di tanah dia, sebab biasanya kalau tanah kana ambil, dapatlah pampasan..itu yg jalan lurus bulih bengkok, jalan bengkok bulih lurus. Ada sesetgh tempat, pampasan sbb tanah diambil utk dibuat jalanraya sampai membolehkan diaorg berniaga dan membina rumah banglo. Itu fikiran saya saja la yg milom tu tumuhun ih mikiuwas momoros tih hal. A'aso te tih ela'anku..hehe

LeTtY on 23 April 2009 11:16 PTG berkata...

Tidak prasan pula sya Kg. Salimandut dan Kg. Nolotan tidak lurus sbab mata sya suka tengok keindahan sawah padi d kiri dan kanan swaktu memandu ke kampung2 tersebut.

Kalau Kg.Tingkalanon sya prasan la tidak lurus tapi ar.. nong kalu diluruskan jalan kampung ni hilang la keunikan jalan tersebut :( Sya dah beberapa kali masuk kampung ni sya suka tengok kehijauan pokok2 sepanjang perjalanan ke kampung tersebut. Habuk pun tiada o..

ison on 24 April 2009 5:56 PTG berkata...

Siapa bilang tiada habuk Letty. Mangkali time kau jln tu bukan kemarau. Jln tidak berapa kering. Cuba kalau panas melulu 1-2 minggu. makan habuk kalau kereta telimpas dakat kau tu.

And then sungai Taarasak dan sungai Moopogun kalau banjir, nah orang Salimandut lugai2 inda buli limpas tu sungai yang memotong jalan..

Jalan lurus tu kemudahan untuk memendekkan jarak dan masa perjalanan. Jln2 lama boleh terus kekal jadi jln kampung.

Apa pun besok saya raun2 sana dulu tingu tu keadaan jalan. Mana tau saya tesubuk sesuatu. Hehe...

LeTtY on 25 April 2009 12:08 PG berkata...

Hi ison,
o.. begitu ka? Okay skarang time kemarau kan, jadi kebetulan pada hari ahad ini sya ada mesyuarat d Kg. Batition dan Nolotan, nah sya juga mo ambil kesempatan round2 kawasan yang dmaksud tu sebelum pigi mesyuarat.

Tanpa Nama berkata...

hi Letty..
rasanya kalau sekarang ni setelah jalan raya sudah aspal memanglah tiada habuk..cuma tinggal selekoh2 tu lagi yang mau ditunggu untuk diaspal.Rasanya ko sebagai orang kuat mesti menyokong jalan lurus mengikut spek sebenar kan?

LeTtY on 26 April 2009 12:15 PG berkata...

Of course Tanpa Nama. Orang kuat? O tidak..

ApairosaOnline on 10 Jun 2009 7:48 PG berkata...

Saya teringat semasa pilihanraya tahun 1986 iaitu PBS menjatuhkan Berjaya dan saya masa itu ada bertugas di Bandau dan menjadi seorang pengiring undi di Matunggong dan pemenang ialah Matius Majihi. Tetapi minggu lepas semasa saya melalui Langkon saya dapati banyak kelapa sawit telah tiada dan banyak rumah rumah kecil dan kilang sawit didirikan. Lain lain perubahan hingga ke Kudat, Ranau, Tamparuli, Kundasang, Kota Belud macam sama sehaja setelah saya berpindah ke Sarawak pada tahun 1991. Tetapi pembangunan di Sabah saya nampak ialah jalanraya telah banyak diperbaiki dan dinaik taraf dan focus pembangunan banyak tertumpu ke kawasan Kota Kinabalu, Papar, Beaufort dan Sepitang.
Lain kawasan saya tiada komen cuma Bandaraya Kota Kinabalu sesak kerana kurang tempat letak kereta semenjak saya masih bertugas di sana dari tahun 1983 hingga 1991 sampai kini. Dan banyak kawasan hutan yang masih terbiar selain daripada ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh syarikat gergasi seperti di Sarawak.
Harap kamu semua besabar dan berusaha mencapai perubahan suatu hari nanti tetapi saya hormati orang Sabah kerana menjaga alam sekitar nengri nya sendiri dengan pantai nya yang bersih dan rakyat nya yang mesra.

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009