Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 11 Julai 2009

SEPETANG BERSAMA DO DAN YB.ANITA






Sepetang memancing bersama di kolam Auntie Mollen Simbaku di Salaping
begitu seronok.Sekali sekala ada rekreasi memancing begini baik untuk release tension. Aktiviti rekreasi ini adalah untuk semua AJK Gala Nite Kaamatan Kota Marudu tahun ini dan kami turut mengundang rakan2 lain yang berkesempatan.
Yang bestnya YB.Puan Anita juga memenuhi undangan kami untuk memancing bersama-sama walaupun hari sudah petang iaitu sekitar jam 6.00 petang.
Punya banyak ikan sana kolam Auntie Mollen.2 baldi ba kami dapat. heee

SETENGAH HARI BERSAMA YB.ANITA BARANTING


( Hasil madu yang dipasarkan.Yang istimewanya ada alternatif baru campuran tongkat ali ke dalam madu )

( En.Lotimin pemilik Marudu Honey sedang memberikan penerangan berkaitan madu )




Jelajah sekitar kawasan ladang madu En.Lotimin di sebelah Matunggong


8 JULAI 2009 (Jumaat) Setengah hari bersama YB.Anita Baranting di Matunggong memberikan saya pengalaman berharga berkaitan dengan penghasilan madu.
Kami telah melawat Ladang Madu En.Lotimin di Matunggong dan berada di ladang itu selama sejam memberikan kami banyak ilmu berkenaan dengan madu.
Hasil2 produk madu juga sempat dipamerkan oleh En.Lotimin kepada kami ketika itu seperti yang terdapat dalam gambar paling atas.

Bagi sesiapa yang mahu melihat produk Marudu Honey dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan madu ini bolehlah berkunjung dan berjumpa dengan En.Lotimin di pejabatnya di bangunan Mara Pekan Kota Marudu (Bangunan kedai RM2).

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada YB.Puan Anita kerana mengajak saya pada hari itu.
Dan seruan saya kepada masyarakat kita supaya mencuba penternakan madu ini. Ia mampu melahirkan kita sebagai jutawan senyap jika kita betul2 berusaha untuk melakukannya.
Ingatlah bahawa tiada keberhasilan tanpa kesungguhan untuk berjaya.

Khamis, 9 Julai 2009

PASUKAN BOLA SEPAK SALIMANDUT KE PIALA ADR P.168 KM



Pasukan Marimba Junior



Sekali lagi pada tahun ini Pasukan Salimandut menghantar pasukan untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak Piala ADR P.168 Kota Marudu lagi tahun ini.
Seperti tahun lalu, Kg.Salimandut menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Marimba Junior dan Pasukan Marimba (kalangan elit).
Pasukan Marimba belum sempat aku ambil gambar kerana tak sempat tadi petang masa perlawanan pertama mereka.
Pasukan Marimba Junior pada hari ahad yang lalu tumpas 3-0 kepada Pasukan Radu. Walaubagaimana pun pasukan ini sudah melakar beberapa kejayaan pada kejohanan lain seperti johan bola sepak kaamatan Kg.Tingkalanon.

Hari ini Pasukan Marimba turun padang VS Pasukan Borneo Samudera dengan kemenangan 7-0. Pesta bola pasukan elit ni...

Semoga sekali lagi pada tahun ini Pasukan Bola Salimandut akan menang lagi...yihuuuuuuu!
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009