Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Selasa, 30 Jun 2009

BILA AGAKNYA KOTA MARUDU AKAN MEMILIKI KOMPLEKS SUKAN SENDIRI???......




(Gambar di atas adalah Kompleks Sukan Ranau yang dalam pembinaan sekarang)
Sumber: Pemuda UMNO Ranau

Sehingga sekarang sekarang saya masih tertanya-tanya bila agaknya Daerah Kota Marudu ini akan mempunyai Kompleks Sukan sendiri.

Saya melihat kepada keperluan masa kini, Kota Marudu wajar memiliki Kompleks Sukan sendiri kerana kita memiliki begitu ramai atlit bertaraf kebangsaan, untuk memudahkan para pelajar, pasukan sukan dan golongan belia untuk menaikkan mutu pencapaian dalam sukan, untuk membolehkan Kota Marudu menjadi penganjur kejohanan sukan pelbagai peringkat yang secara langsung mempromosikan nama Kota Marudu dipersada negara dan banyak lagi sebab lain yang semua pihak boleh fikirkan kenapa logiknya kita perlu memiliki Kompleks Sukan sendiri.

Saya ingin mengimbau dan berkongsi cerita ketika saya di zaman persekolahan dulu. Saya memang atlit ketika di zaman persekolahan.Ketika itu Padang Pekan Kota Marudu bukan dengan rupa seperti mana sekarang ini.
Apa yang mengkagumkan saya ialah, walaupun tiada kemudahan berupa astaka pun di Padang ketika itu, Kota Marudu selalu menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) dimana daerah-daerah yang bertanding adalah Ranau, Kota Belud, Kudat, Pitas dan Kota Marudu sendiri.Ketika itu ukuran padang masih lagi trek 400meter tetapi setelah diubah rupa kepada yang sekarang ini, Kota Marudu langsung tidak mempunyai peluang untuk menjadi penganjur bagi apa pun kejohanan balapan walau peringkat gabungan pun sebelum ini sehingga sekarang ini. Semuanya tertumpu di Kudat kerana memiliki Kompleks Sukan sendiri atas alasan Kota Marudu tiada trek sendiri. Bayangkan betapa kecewanya para atlit kita bila setiap kali beraksi dan merangkul kejayaan, hanya orang lain yang melihat aksi dan bagaimana kejayaan itu diperolehi. Ada juga ibu bapa yang mengeluh kenapa Kota Marudu tidak pernah jadi tuan rumah sukan lagi.Ini untuk memudahkan mereka menyaksikan bagaimana anak mereka bertarung di arena balapan walupun untuk sekali sekala. Kalau disenaraikan bilangan atlit kebangsaan Kota Marudu, memang tidak boleh dihitung dengan jari dan kejayaan mereka dalam membawa nama Kota Marudu wajar diberi pengiktirafan dan penghargaan yang abadi.

Justeru, pihak berwajib perlu mengambil inisiatif supaya Kota Marudu akan memiliki Kompleks Sukan sendiri.Kita merayu kepada Ahli Parlimen kita, Ketua UMNO Bahagian dan semua yang berkenaan supaya meneliti perkara ini.
Adalah satu kerugian besar kepada Kota Marudu jika tidak memiliki Kompleks Sukan sendiri.

Pembangunan Sukan WAJAR dipandang serius oleh semua pihak!.

NOTA: Senarai atlit Kota Marudu bertaraf Kebangsaan akan menyusul selepas ini.

1 comments:

TanakGouton on 30 Jun 2009 9:07 PG berkata...

SANGAT SETUJU..
Kota Marudu wajar ada Kompleks Sukan sendiri!

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009