Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Selasa, 21 Julai 2009

YES! MARIMBA ELIT MENANG..


MARIMBA ELIT

Pada petang hari ini bertempat di Padang Hospital Kota Marudu, Pasukan Marimba Elit turun padang menentang Pasukan Sebayan sekali lagi dalam pertandingan Piala ADR P.168 Kota Marudu 2009.

Pada pertemuan pertama minggu lepas, keputusan berkesudahan seri iaitu 1-1 dan pada hari ini walaupun pada masa pertama Pasukan Marimba Elit ketinggalan dengan 1 gol tetapi kelemahan itu telah diatasi pada masa ke-2 dan melakar kemenangan 2-1 ke atas Pasukan Sebayan dengan jaringan daripada Bommy Jamadil.

Pada hari dan waktu yang sama juga Pasukan Marimba Junior juga sepatutnya menentang Pasukan Radu bertempat di Padang Pekan Kota Marudu tetapi pihak penganjur membatalkan perlawanan kerana hujan turun denga lebat.

Nasib baik Marimba Junior kena tunda dan semua penyokong terus tertumpu ke arah satu perlawanan saja iaitu Marimba Elit VS Sebayan.

TAHNIAH kepada Pasukan Marimba atas kemenangan ini. Semoga tahun ini pasukan kita muncul johan sekali lagi.
Dan kepada semua penyokong setia yang tidak pernah miss tengok perlawanan ini, SYABAS dan TAHNIAH atas komitmen dan kerjasama menyokong pasukan kampung kita.Inilah semangat warga kampung kita yang unik dan sentiasa berstatu hati.

Semoga Pasukan Marimba Junior juga akan melakar kemenangan menentang Radu.

MAJULAH SUKAN UNTUK BANGSA DAN NEGARA

3 comments:

Tulunbunou on 22 Julai 2009 pada 7:15 PG berkata...

Tahniah kepada pasukan kampungku... semoga berjaya dan berjaya lagi! Marimba boleh!

IsOn on 23 Julai 2009 pada 11:58 PG berkata...

Ai, hebat kow diti mamain buul. ;)

Nanak on 24 Julai 2009 pada 2:10 PTG berkata...

go..go...Marimba..
hari ni main lagi kan?
gudluck :p

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009