Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 17 Jun 2009

KONVOKESYEN INSTITUT PERGURUAN ZON SABAH 2009


Cikgu Juani Tuyundo

Cikgu Yanidah Majanon

Aku, Adik Juani & Mama

16 JUN 2009 (Selasa),
Saya dan mama menemani adik saya Juani untuk Konvokesyen Institut Perguruan Zon Sabah 2009 bertempat di Gradn Ballroom The Megellen Sutera, Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu.Seramai 1000 lebih graduan telah menjalani konvo tersebut dari empat buah IPM Sabah iaitu IP Kent (Tuaran), IP Gaya (Kota Kinabalu), IP Keningau & IP Tawau.

Konvokesyen itu telah disempurnakan oleh YBHG.dato' Misrah B. Haji Ibrahim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.Dalam ucap tama beliau, beliau menyeru kepada semua guru bertuah yang konvo pada hari itu supaya dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya keguruan yang memikul tanggungjawab berat dalam melahirkan warga yang berjaya untuk negara bangsa Malaysia.

Apa yang mengharukan saya ialah rupanya banyak Permata Bangsa dari Kota Marudu yang bertuah menjadi guru untuk mendidik bangsa Malaysia.
TAHNIAH untuk:

1. Cikgu Theresa Kambayuan
2. Cikgu Faridah Jabil
3. Cikgu Fancy Sami
4. Cikgu Winnie Jonib
5. Cikgu Usvert Simbir
6. Cikgu Anwar Ibrahim
7.Cikgu Mita
dan ada lagi beberapa orang yang saya betul2 lupa nama mereka.

NOTA: Jadilah warga pendidik yang matang ke arah memartabatkan maruah bangsa generasi muda Malaysia yang semakin mencabar dunia.

7 comments:

Umar al-Longobi on 17 Jun 2009 12:11 PTG berkata...

tahniah nopolah utk semua! apb terbaca entri ini, tiba2 sy teringat time study di maktab gaya dulu. hampir jadi guru... aisemen. gd luck everybody!

-m.i.r.a.c.l.e- on 17 Jun 2009 12:42 PTG berkata...

Tahniah kepada guru-guru semua... Cikgu Juani dan Cikgu Yanidah, selamat berbakti kepada anak bangsa!
(emmm... saya juga yang masih melukut di tepi gantang...)

NONG on 17 Jun 2009 2:10 PTG berkata...

Umar,
bersyukur tokou bo tu semakin ogumu guru mantad daton.:)

Miracle,
katuk ong melukut tepi gantang no.
hehe..

kyro on 17 Jun 2009 4:03 PTG berkata...

Tahniah kepada semua guru-guru permata Tandek.Tapi saya terkejut siiikit oo baca nama cikgu yang no 6 tu hehe.Anyway....jangan pandang belakang...Teruskan perjuangan demi bangsa dan negara.Sekali lagi Tahniah.

m.i.r.a.c.l.e,
melukut di tepi gantang kira ok juga asal jangan menukut di tepi sagantang nanti maapaaning.hehehe siou ki main2 ja.

NONG berkata...

Hai Pakcik Kyro,
Thanks sudi berkunjung.Bila lagi Pakcik sambung ceta zaman dulu2 oi. Tak sabar sudah saya ni dengar ceta menarik.

Hehehe..jangan amalkan MUDUKUT DI TEPI SAGANTANG AH..

Nanak on 17 Jun 2009 10:54 PTG berkata...

tahniah..

ILLIE on 18 Jun 2009 10:19 PG berkata...

sibuk si kyro tu sikarang mangkali..

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009