Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 23 Mei 2009

CERAMAH GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW)




Pada 17 MEI 2009 yang lalu, telah diadakan ceramah Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kg.Salimandut yang telah disampaikan oleh Penyelia Kemas Kawasan N.5 Tandek selaku Penyelaras GDW iaitu En.Joba Panguji.
Turut hadir pada ceramah ini ialah Pengerusi JKKK Kg.Salimandut En.Jaipen @ Mohd.Fadzil Tuyundo, Tim.Pengerusi JKKK En.Lobinor Ondu, Setiausaha/Bendahari JKK Pn.Justina Tuyundo, Pengerusi KRT En.Abil Masidul dan beberapa lagi ajk JKKK dan ajk KRT.
Dalam pertemuan itu, En.Joba mahu supaya GDW Kg.Salimandut dihidupkan kembali memandangkan prestasi Kg.Salimandut pada masa kini amat baik dan cemerlang.Beliau juga meminta supaya Kg.Salimandut mengulangi kembali sejarah menjadi Kampung Contoh sekali lagi pada Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang pada tahun ini.
Kami penduduk Kg.Salimandut akan menyahut cabaran ini.


2 comments:

AragangTandik on 24 Mei 2009 4:08 PTG berkata...

hi nong, nunu tabar nu. Alaad ah oku kosuang id blog nu - lumagaad oku dika. Apa kampung yang ikut pertanding desa cemerlang kali ini?
Apa-apa yang dipertandingkan ?

NONG on 24 Mei 2009 11:04 PTG berkata...

Hai Kak Aragang..
Sihat uga sya ni nga semakin sibuk pula dengan banyak tugasan untuk kemajuan kampung.
Sebenarnya Kg.Salimandut ni adalah sebuah kampung dalam GDW (Gerakan Daya Wawasan) sejak tahun 1990-an GDW ditubuhkan diseluruh Malaysia.
Pada tahun 1980-an,Kg.Salimandut merupakan Kampung Contoh dalam Daerah Kota Marudu dan pernah menyandang tempat ke-2 seluruh Sabah ketika JOCV masih berada di kampung ni.Itu sebab wujudnya nama Kampung Contoh Salimandut yang masih meniti dibibir2 masyarakat sekarang..
Namun dalam sekitar 1990-an,Kg.Salimandut ada sedikit slow kerana faktor2 tertentu.
Justeru sekarang ni kami mahu kasi aktif balik itu GDW.
Dan kategori2 yang dipertandingkan termasuklah keceriaan dan kebersihan dalam kampung.
Selain itu,ada banyak perkara lain yang dinilai termasuklah profile kampung..
Waduh..panjangnya ulasan saya ni ..hehehee.
Jadi sekarang ni,saya selaku Setiausaha JKKK & GDW kena buat profile kampung.
Pertandingan Desa Cemerlang ini dalam perancangan akan berlangsung pada bulan 9 tahun ni..ni yang kena kerja keras ni..:)

Ada program PPS?
jemput aku kie..hehehee

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009