( cuba teka apa benda warna hitam itu? ) ( Wajah padang Pekan Tandek )
(Banyak kedai yang sudah tutup kerana para peniaga sudah tidak sanggup berhadapan dengan masalah tiada orang di Pekan Tandek. Rugi saja bisnes tapi tiada orang diorang bilang) Hari ini 5 MAC 2009 (Khamis), saya jalan2 pergi tamu Pekan Tandek setelah sekian lama tidak datang kemari. Bercampur baur perasaan saya bila menjejakkan kaki ke Pekan Tandek. Ternyata apa yang diperkatakan teman2 adalah benar dan tepat. Sebenarnya ada banyak gambar yang saya ambil tapi susah untuk saya memilih mana satu yang saya mau upload. Gambar2 yang jaraknya hanya 200 meter pun susah mau upload sebab nampak belukar saja. Kalau diperhatikan gambar yang ada ayam kampung tu, sebenarnya rumput latar belakang gambar itu tersangatlah panjang. Kalau main sembunyi2 kan memang tidak nampak tapi jangan sesekali main sembunyi2 di tempat seperti ini. Silap2 ada ular berbisa, matai kena patuk.
Yang hairannya, pihak berwajib datang kutip cukai kepada semua penjual tetapi kenapa harus dibiar wajah tamu ini tidak berubah. Susah ba mau cakap ni. Penat jari jemari 'monujok' (menekan) keyboard ini untuk meluahkan rasa. Paling bagus, datang sendiri di tamu Pekan Tandek dan lihat sendiri keadaannya kemudian buat kesimpulan sendiri.
Sempat juga saya berbual dengan beberapa orang peniaga di Pekan Tandek. Mereka kata kalau hari2 biasa, memang sunyi sangat ini Pekan Tandek. Kadang2 hari tamu pun sikit saja orang yang datang dan tidak sampai tengahari tamu pun habis. Berapa dekad telah berlalu, wajah Pekan Tandek tidak berubah. Saya tidak tahu di mana silapnya. Kemana perginya dana khas untuk Pekan Tandek.Mustahil juga kalau langsung tiada.
Satu lagi kekecewaan yang diluahkan oleh beberapa orang peniaga ialah pembinaan bangunan permis perniagaan yang betul2 dekat dengan pintu masuk SMK.Tandek. Kenapa pula bangunan itu diletakkan di sana sedangkan masih besar lagi tanah yang berhampiran dengan bangunan lama. Mana lagi para pelajar dapat tebus menziarahi kedai kami bila kedai baru itu bakal dibuka. Pertanyaan paling sadis mereka ialah "Kenapa kerajaan buat begitu?" Demikian luahan rasa mereka. Saya hanya membisu tanpa memberikan komen. Kawan2 semua tolong saya jawab untuk soalan mereka itu.
Dari segi kehijauan semulajadi, saya tabik dua tangan ini Pekan Tandek sebab betul2 hidup di tengah2 kehijauan belukar yang menakutkan.
Justeru, saya mewakili anak watan Tandek sesungguhnya melahirkan kekecewaan atas semua ni pun begitu kami juga sentiasa mengharapkan agar pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk Pekan ini N.5 Tandek...SEKIAN TERIMA KASIH kerana mendengar rintihan kami..:)
NOTA: Gambar2 lain tak payahlah upload sini ah..sukuplah.Kalau mu tengok realiti..datanglah ke Pekan Tandek.
4 comments:
Osian yo aman inan dilo wo olosuan do tadau, owutangan po dilo tetee karabau, okudik po ot tulun mongoi momoli. Suda no awagatan mangakat tongo jujualan mongoi silod talob, awagatan po nono kebagu mongowit muli tu amu aawi dot tulun momoli.
Ades...
Hi nong, thx for the pics upload. Sedihnya saya tinguk gambar2 ni. Kenapalah kampung Tandek sudah jadi begini?!! Dulu masa saya kecil2 walaupun tiada pembangunan tapi orang masih ramai berkumpul di pekan tandek. Jangankan tamu, hari biasa pun ramai orang berjualan. petang2 mesti saya naik basikal ke pekan tandek. saya rasa ong di pekan tandek baru tu tidak berapa bagus la. fungsui pekan tandek lama juga yang paling ngam!!
Lama tidak masuk salimandut villa ' osibuk bo' jadi terpakasalah baca pos2 yg lama supaya tdk otingalan. Tapi tiba2 air mata sya inda dapat d tahan ...keluar titik demi titik inda dapat d tahan, banyak memori silam bermunculan melihat gambar pacik Tuyundo ( Al-Fatiha utk rohnya ),dan melihat gambar2 lama kampung kelahiran ku....
Ison...
yoku nga osianan oku dat Pekan Tandek dot irad dilo kinowowoyoon. Tongo tulun pojual na lumansad e id tanah.Tingko tatee nogi miyon dit gerai.Langsung tiada usaha pihak berwajib buka itu tahi. Sampai keras itu tahi,tidak dibuka.
Kee Heritage..
TQ sudi masuk laman ini. agak sukar juga menerima hakikat bahawa Pekan Tandek tetap tidak berubah wajah walaupun telah lama berlalu. Tanak sumolusuk nga seperti mewarisi kedaifan ini Pekan Tandek. Terlalu menghibakan. Harap2 ada perubahan positif la nanti.
Nazri..yang pergi tetap pergi manakala kita yang tinggal ini pun akan tetap pergi juga nanti,cuma saja masa yang membezakan. Walaupun arwah bapa tinggal berasingan dengan kami dulu, kasih itu tercipta dan terjalin juga akhirnya..Saya rindukan arwah bapa. Disaat kasih kami semakin erat, dia pergi begitu cepat... aduuh...
Catat Ulasan