Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 4 Mac 2009

BANGLO SI MISKIN DAN BANGLO SI KAYA



(yang mana satu...pilihan kalbu..)
Saya ingin mengajak kita semua meneliti dan menghitung akan PERBEZAAN dua banglo di atas.
Kemelut politik negara yang tidak menentu membuatkan ramai para pemimpin politik kita seakan melupakan perkembangan di tempat sendiri.
Mereka lebih teruja dan tertarik dengan isu2 global daripada melihat benda2 yang memang mereka nampak cuma pura2 tidak nampak yang mungkin bertujuan untuk mengelak atau akan cuba menafikan benda itu dengan alasan 'tidak tahu' jika diajukan pada mereka.
Sayang mata yang celik tetapi buta.
Macam kata pepatah 'Kuman di mata orang nampak, gajah di mata sendiri tidak nampak'.
Bagi saya, tidak salah jika warga Tandek sudah mula mengaum kerana sudah terlalu lama bersabar dan diambil kesempatan. Tandek yang dari dulu memang sudah jadi KUBU pada kemenangan tapi sudahnya Tandek masih belum merdeka dalam aspek pembangunan walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun. Lalu kita harus tunding jari pada siapa?
Yang paling menyedihkan kenapa masih wujud golongan kita yang terpinggir seperti ini? Pun begitu, saya tabik dua2 tangan pada pemilik banglo paling atas kerana berjaya membina banglo setanding dengan banglo mewah lain atas usaha dan keringat sendiri. Banglo mewah bukan itu pemilik yang buat ba tu. Dorang upah orang lain juga mau buat. Yang diupah itu pun nasib2 kalau orang tempatan. Ini silap2 pendatang juga ini. Mitaan tokou poji'in pogi.
Terlalu banyak contoh sebenarnya yang kita boleh ekspos bagi mewakili masyarakat kita yang terpinggir, tersisih dari memiliki kemudahan dan bantuan yang sepatutnya mereka perolehi.
Saya mahu berkongsi satu cerita di sini..tapi sebelum itu saya minta maaf seribu ampun jika individu yang saya maksudkan ini terasa. Saya tidak juga sebut nama ko di sini ba AMAN.. 'siapa makan cili dia terasa pedas la bo...
Begini soritanya...lepas PRU ke-12 baru2 ni, datanglah ini aman mesyuarat dan memberitahu bahawa beliau merupakan penyelia kawasan P.168 Kota Marudu yang bertanggungjawab menyenaraikan dan memBANTU kearah meluluskan sesiapa yang layak menerima bantuan perumahan atau duit dari badan kebajikan. Dia cakap depan orang ramai tidak kira yang mengundi kerajaan atau pembangkang pada PRU ke-12 baru2 ini TETAP akan dapat bantuan jika benar2 layak. Tahu apa jadi?...Dalam diam dia hanya beri sokongan pada mereka2 yang dia rasa2 telah mengundi kerajaan. Patutkah dia buat begitu? LOWONG ba ini urang saya cakap. SELFISH bilang urang putih. Kalau PBS kalah baru2 ni di Kota Marudu ah..bagus kalau dia dapat duduk di kerusi dia sekarang o..
Ini di tempat kita..mungkin di tempat lain pun ada keadaan yang sama juga. Tapi saya tak peduli sangatlah di tempat lain. Ambil peduli tempat sendiri dulu sebab tanggungjawab sebagai anak watan. Macam posting c ARANAM pula ini 'PEDULI ATAU TIDAK' sana blog dia menelusuri ilham. heheee
Kesimpulannya, walau siapa pun individu sama ada dia telah mengundi kerajaan atau pembangkang kita sebagai individu yang telah diberi mandat harus menjalankan tanggungjawab sebaik, seadil dan seikhlas mungkin tanpa mengambil kira semua ini. Tulun om bansa daton owelo. Subai ko kiakal manarik dot rasa. okonko podurunan nogi. Aso pensalah dat tongo koruang tu minongundi dot pembangkang. Titik tolaknya bermula dari pemimpin sendiri dan kroni mereka.
Iti no pemimpin nga jangan terlalu mengharap dengan orang bawahan. Sekali sekala 'jalan kaki' ba masuk keluar kampung rakyat. Lihat dengan mata sendiri. Kalau mengharap laporan saja, naahhh...indah khabar dari rupa dati. Tengok saja rupa Pekan Tandek sekarang yang macam kena 'shout down' bilang c LMike dan niyonon dot tongo segala rogon bilang c Surinit. Terlalu sadis dan hiba bila melihat semua ini. Ko'upu dot tutok ong kasagayan..heee.
Apa pun...kita sebagai rakyat yang BAIK HATI akan sentiasa mengharapkan perubahan positif para pemimpin kita...AMIN!.

8 comments:

aranam on 4 Mac 2009 pada 2:43 PTG berkata...

NONG
Terbatuk-batuk orang di sini sebab namanya disebut. Sebut sekali, batuknya lebih...:)
Kita peduli sebab kita sayang.

NONG on 4 Mac 2009 pada 2:53 PTG berkata...

hehee..TQ melawat teman mu di sini Aranam. Betul tu aranam,kita peduli sebab kita sayang. Kalau kita tidak 'sayang' kepada pemimpin kita ini, mana mungkin kita sanggup menekan2 board ini. Mau tertanggal pinggang kita duduk demi 'sayang' pda mereka ini..:)

Tanpa Nama berkata...

psl kereta tu Nong bagus cadangan kau tapi kalaulah aku mampu sudah mungkin sudah booking tau sama kau..hehehe...

mmg pun prado ni impian ramai orang..

pasal entry kau ni pula, manusia mmg mudah lupa bah. bila sudah senang, orang kampung sendiri pun dia lupakan apatah lagi yang teramat miskin ini.

Raja Mogudan on 5 Mac 2009 pada 11:44 PG berkata...

aiks nah rumah yb. datuk japlin bah tu, kenapa tidak upload rumah baru yb. datuk dr. maximus j. ongkili yang berharga RM15 juta terletak di kg. kolopis penampang

NONG on 5 Mac 2009 pada 1:29 PTG berkata...

BN...cuba ko upload ka rumah YB Dr.Max.TQ

TT on 5 Mac 2009 pada 2:04 PTG berkata...

BN, informasi dari mana o.. ko dpt c YB Dtk punya banglo RM14juta? Manada begitu mahal?

Nong, sya mo kasitau, kamurang punya blog SAM dpt perhatian yb termasuk blog ni heheee..

Regards
letty

NONG on 5 Mac 2009 pada 2:14 PTG berkata...

Hai Letty..
Nice to meet you here. Entahlah c BN(Barisan Najis) ni dari mana dia dapat ini info..biralah dia cari info..hehee.
Ya kah!!!...baguslah kalau YB dapat access ini blog kami. Sekurang2nya dapat juga mereka info yang tercicir. Ada banyak lagi blog ni.:)

Raja Mogudan on 6 Mac 2009 pada 1:42 PTG berkata...

wakakakakkaka rupiah bah sya bilang tu tersilap tulis -:)

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009