Followers
Rabu, 5 Ogos 2009
JOHAN PERTANDINGAN DESA CEMERLANG DAERAH KOTA MARUDU 2009
Barisan Hakim Anugerah Desa Cemerlang 2009
Dari Kiri: En.Gulahis Gondihan (wakil Pejabat Pertanian KM), En.Joba Panguji (Penyelia KEMAS N.5 Tandek merangkap Penyelaras GDW), En,Jeffrey Yusuf (Wakil Jabatan Haiwan), En.Anang Ating (ADO Pembangunan merangkap Ketua Hakim, Wakil dari Pejabat Daerah), En.Johnny Gampawi (Wakil dari JPKN) & En.Mohd.Sukardi Lantong (Pegawai Giatmara KM)
AJK GDW Kg.Salimandut & Kesemua Hakim
Barisan AJK GDW Kg.Salimandut
En.Anang Ating (Wakil Pejabat Daerah,selaku Ketua Hakim) diiringi oleh Pengerusi GDW Kg.Salimandut En.Jaipen@Mohd.Fadzil Tuyundo(Yang senyum itu)
Para hakim disambut dengan paluan gong pinakang oleh kumpulan kebudayaan Kg.Salimandut.
Buku Profil Kampung yang banyak mengangkat kemenangan ini.
DESA TERCINTA
(SALIMANDUT VILLA)
Pada 3 OGOS 2009 (ISNIN) baru-baru ini, giliran Kg.Salimandut pula untuk dinilai oleh pihak hakim Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Kota Marudu bagi tahun 2009.
Seramai 6 orang juri yang hadir pada hari itu dari pelbagai Jabatan di Daerah Kota Marudu.
Kami sebenarnya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang sehingga muncul sebagai JOHAN dalam Anugerah Desa Cemerlang ini tetapi berkat kesungguhan dan kerjasama dari semua penduduk kampung yang mahu melihat kampung ini sekali lagi menjadi sebuah kampung contoh, maka kami mengerah segala tenaga yang ada.Dan berkat kerjasama dan kesungguhan ini, akhirnya kami berjaya meraih kejayaan.
Walaupun hanya 3 buah kampung yang bertanding untuk merebut gelaran JOHAN iaitu terdiri daripada Kg.Salimandut, Kg.Tingkalanon dan Kg.Pinatau, namun ia sudah cukup menyengitkan persaingan.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi berhubung hal ini tetapi pihak Penyelaras GDW (Gerakan Daya Wawasan) telah pun menghubungi kami dan memaklumkan berita ini.
Pastinya seluruh warga Kg.Salimandut sangat gembira dengan berita kejayaan ini dan sekali lagi akan mencabar kami untuk membawa nama daerah Kota Marudu untuk bertanding di Peringkat Negeri pula.
Bagi saya, sama ada johan atau tidak bukanlah satu ukuran.Apa yang penting ialah bagaimana kita mampu mendapat motivasi untuk menjadikan kampung kita berubah wajah juga bagaimana kita akan menjadi sumber inspirasi kepada semua kampung sekitar kita pada masa2 akan datang.
Acara berakhir sekitar jam 5.35 petang selepas sesi soal jawab di antara pihak hakim & AJK GDW Kg.Salimandut.
Harapan saya, semoga pada tahun2 akan datang, lebih banyak lagi kampung akan bertanding dalam Anugerah Desa Cemerlang.
SYABAS & TAHNIAH kepada semua warga Kg.Salimandut.
NOTA: Perlawanan Bola Sepak Final Piala ADR lagi Jumaat ni.Semoga kita beroleh kejayaan.Amin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
besok aku balik awal ni..mau tgk bola..heee
Tahniah..saya kira kemenangan ini adalah bukti penyatuan 1 suara dan harapan warga kg. salimandut tercinta.
Tahniah Salimandut.Teruskan bersatu dan berpadu.Salimandut boleh!
Catat Ulasan