Followers
Rabu, 1 Julai 2009
ISTIMEWA BUAT MARIKO SAKAMOTO..
Mariko Sakamoto adalah ahli JOCV yang tidak pernah berhenti mengingati Kg.Salimandut dan penduduknya dari dulu sampai sekarang walaupun sudah puluhan tahun telah berlalu.
Selepas berakhirnya perkhidmatan beliau sebagai ahli JOCV di Kg.Salimandut pada tahun 1989, beliau sudah 3 kali datang berkunjung ke Kg.Salimandut dan kali ketiga adalah pada Ogos tahun lalu.
Sekarang Mariko merupakan seorang Proffesor di salah sebuah Universiti Perubatan Aichi, Jepun dan ketika ini beliau berada di Kepulauan Mindanao, Filipina selama 3 bulan untuk membuat reseach.
Saya dan Mariko sering berbalas email sehingga kini dan ketika ini saya menantikan email gambar daripada beliau..Katanya dia sangat rindukan Kg.Salimandut dan penduduknya.
Beliau juga sudah akses ke blog ini dan merasa sangat gembira.
Apa yang mengkagumkan saya ialah sampai sekarang Mariko masih fasih bertutur Bahasa Melayu.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
tempat jatuh lagi dikenang. begitulah terpahat kenangan dihati Mariko tentang layanan dan budi baik orang-orang Salimandut.
Catat Ulasan