Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Khamis, 11 Jun 2009

KEJAYAAN KECIL YANG BERHARGA


(Gambar zaman sekolah rendah 1991-tahun 6; SK.Tumunda Salimandut)


Salam pertemuan,
Kenangan indah sewaktu zaman kanak2 dulu terimbau kembali setelah membaca entry Dr.Nellson (HARGA SEBUAH KEJAYAAN) dalam blognya Kimaragang Wagu.
Ketika umur saya 12 tahun (dalam gambar di atas),saya telah menyertai pertandingan pidato di sekolah sempena dengan hari ucapan dan penyampaian hadiah hujung tahun persekolahan. Tahun penamat kami sebagai murid2 sekolah rendah ketika itu.

Saya menyertai pertandingan pidato tersebut hasil dorongan daripada cikgu saya iaitu Cikgu Justina Jamilin(Orang Nolotan). Tajuk pidato saya ialah "RAKYAT BERSATU NEGARA MAJU" hafal bulat2 dari buku teks Bahasa Melayu tahun 6 ketika itu.Yang magicnya, dalam tempoh 2 hari saja saya sudah hafal kesemua petikan pidato tersebut.Saya menghafal sendiri, mencipta gaya sendiri dengan intonasi sendiri kerana tiada siapa yang membantu di rumah. Semuanya bergantung pada diri sendiri.Berdikari sendiri.Hanya adik-adik saya yang sudi mendengar ketika saya berlatih sendiri di rumah..hehehee

Sehari sebelum hari pertandingan, saya tiba-tiba demam panas.Seluruh tubuh saya sangat lemah.Pantang bergerak,saya pasti akan muntah.Tapi demi pertandingan pidato itu dan saat-saat terakhir persekolahan saya di sekolah rendah, saya gagahkan diri datang ke sekolah. Ketika itu rumah kami di kawasan sawah.Terpaksa berjalan kaki kira-kira 0.5 km dan dalam perjalanan ke sekolah,hampir sepanjang jalan saya muntah.Kedua-dua adik lelaki saya ketika itu (Cikgu Juani & Komando Jihnawi) begitu setia memegang tangan saya.Sampai saja di sekolah, saya terus duduk lemah.Bila Cikgu Justina dan Cikgu Sarulin melihat keadaan saya ketika itu, mereka mencadangkan supaya saya tarik diri saja dari bertanding kerana bimbang saya pitam ketika berada di atas pentas tetapi saya tetap berdegil juga untuk bertanding.
Saya tidak menyimpan harapan untuk menang dalam pertandingan itu kerana keadaan kesihatan saya.Cukuplah sekadar mahu memperlihatkan kebolehan saya dalam berpidato.
Kawan2 yang bertanding pun bukan calang2 juga.Semuanya ada bakat dan kemampuan berpidato serta gaya yang tersendiri.
Sebelum tiba giliran saya, saya berdoa dalam hati supaya saya tidak pengsan atau termuntah di atas pentas ketika berpidato.Dan Puji Tuhan kerana saya berjaya menghabiskan pidato saya dengan tepukan paling gemuruh.

Tiba saat pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang, saya sangat terkejut dan tidak percaya bila saya diumumkan sebagai Johan Pertandingan Pidato.Saya menerima hadiah buku dan alat tulis serta wang tunai RM10.Pertama kali pegang duit RM10.Jakun +gembira. Dulu2 nilai RM10 begitu besar.Saya tidak mampu menahan air mata saya gugur ketika menerima hadiah .Cikgu Justina dan Cikgu Sarulin terus memeluk saya.
Saya tidak sabar sudah mau pulang kerana mahu mengkhabarkan kepada mama akan kejayaan saya.Sakit demam yang saya alami juga seakan sembuh dengan kegembiraan itu.
(saya tidak mampu menceritakan keseluruhan kisah ini kerana air mata saya sedang berguguran.Apa yang pasti, usaha gigih dan ikhlas pasti akan membuahkan hasil pada diri kita. Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba).

(memetik kata2 Dr.Nellson di bawah)
Nota: Kita tidak perlu menjadi seperti orang lain untuk mencipta sesuatu sejarah. Kita hanya perlu mencontohi kecekalan dan kesungguhan mereka untuk kita mencipta sejarah tersendiri sekecil mana pun ia.

Betul kata Dr.Nellson di atas. Kita hanya perlu cekal dan bersungguh-sungguh untuk mencipta sejarah tersendiri walau sekecil mana pun ia. (Ison,inilah sebenarnya kisah saya ketika umur 12 tahun seperti yang saya katakan dalan ulasan saya). Syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan bakat ini pada diri saya.
Sejak hari itu, saya tidak lagi malu,gementar,gugup atau segan bila berdepan dengan orang ramai sehingga ke hari ini.Dan untuk pengetahuan, ketika kursus jentera pilihanraya seluruh Sabah tahun lalu di Eco Lake Center Membakut, saya satu-satunya peserta yang berjaya membahas hasil kajian sikap yang kami laksanakan.Begitu GAH nama Kota Marudu menjadi sebutan dan meniti dibibir termasuk Pengarah BTN Sabah.Dan banyak lagi kejayaan diri yang dicipta.

Nota: Kepada generasi muda wanita hari ini, cabarlah diri sendiri untuk mencipta sejarah dan kejayaan diri.Jadilah wanita biasa yang luar biasa.

SALAM PERPADUAN, SALAM SETIAKAWAN & PEACE MALAYSIA


6 comments:

IsOn on 11 Jun 2009 pada 3:45 PTG berkata...

Ikau ilo silod toning ponong gibang da guru dikoo kon nong? Subala ko ikau aso otuututunan ku silo. Hehe...

Sesungguhnya setiap kejayaan kecil yang kita kecapi hasil daripada usaha yang bersungguh2 pasti membakar jiwa dan menjadi kenangan yang sangat indah.

Tahniah! nong.

JMimie on 11 Jun 2009 pada 9:22 PTG berkata...

gambar di muula nong...cikgu justina, cg james, cg harris..koni oi?
ogumu po otutunan ku dat pelajar tongondu, kadung ko at kusai i hellymon po om i wendry otutunan ku at rabas.
aku banar andaman iti tuturan nu diti nong, yangko amu i osodu pialatan tumur dito. tahun 6 kow, tahun 5 oku yoku tiya dino, nga paling aku olingan mimang ko tarkanal ko ong main bula po mari.

syabas nong di atas cerita 'kecil' tapi besar maknanya dalam erti sebuah perjuangan yang berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Setiap kejayaan adalah sesuatu yang amat manis untuk diingati. Kecil atau besar, ia tetap sebuah kejayaan.

Sesuatu kejayaan yang begitu manis itu akan lebih bermakna jika adanya gambar2 sebegini di dalam simpanan kita kerana ia akan menjadi sentiasa segar apabila kita melihatnya kembali di lain masa.

Nota: Cikgu Harris dulu-dulu memang steady ba. Terjumpa dia baru-baru ini dan sempat berseloroh dengan beliau
" Dulu di perut saya ini ada 6 biji muscle. Sekarang tinggal 1 biji dia bilang "...hehehe

Nasib kau ada ni gambar nong, dapat juga melihat kembali muka-muka lama cikgu2 yang banyak berjasa di sk salimandut dulu.
Akan di ingati / hargai sepanjang hayat.

NONG berkata...

Ison,
Aku tobo olingan iti kisah ku diti.
i Cikgu Justina Jamilin at cikgu tongondu dilo.Yoku nono kabarasan ad tonging ponong gibang.Mi'insomok sompi 'Justina' hehehe.Di sinilah bermulanya langkah saya pada hari ini walaupun seperti apa yang pernah dicita-citakan.

JMimie,
o..gambar dimula nogi ilo.Niatag ku banar tu orubat ong oliong.Ilo no at guru dilo noreet nu.Ondomo pogi tiya yo Norlis, Norlinah Jenalin om waro po tanganak suwai minitanding okoi pidato tiya diti mimie. Amu no reton bo mibula tu kaki bula oku dimula..olongkop iti Tandek sungon kangku..Yokoi nogi d Uku(One moment) ot miambabaya banar sumuung..hehehe.Pengalaman pertama berpidato dan terus menang walaupun dalam sakit terlalu sukar untuk dilupakan..top oku id sukan nga totoop kopo id akademik bo mimie.. hehe:)

Anil,
Intangai pogi yojim nga sampai po tidino mantain.Madi lumomu yojim dilo kasawo ong lumomu.Ong irad di kaki(Bapa kamu) tu mimang2 nga agagas,na aso no boroson bo.
Waro po mari gambar dagai do Ojim diti kie tiya sid pantai kasagaan okoi..ongoraat bo tanganak po. hahahaaa. Sampai po tidino ong asambat oku di Cikgu Harris mari, retan oku d gulupu..hahaha. Waro i kisah mari dino kie. nawi oku d cikgu Harris too.

Tanpa Nama berkata...

natarik oku dilo gambar tongo tanganak biano nong...

NONG on 28 Jun 2009 pada 9:26 PG berkata...

kokito ku diti ulassan nu surinit..
hehehe..zaman 80-1n dagai do Yung belo.

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009