Pada 2 MEI yang lalu, adik saya Komando Jihnawi telah berkesempatan bercuti selama seminggu sahaja.Itu pun katanya nasib2 saja dapat cuti sebab dia akan bertugas di Melaka.
Walaupun hanya seminggu berada di kampung, kami gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa setelah hampir 3 tahun terpisah.
Bercerita tentang pengalamannya ketika dalam tempoh latihan memang ada yang lucu tapi lebih banyak menyeksakan.
Ada banyak gambar semasa dalam latihan yang dibawanya pulang. Ada satu gambar itu di mana mereka berada dalam keadaan bogel.Hanya alat sulit yang ditutup dengan daun..mulau. Ditambat macam tawanan perang dengan kurungan lebih rendah dari ketinggian kita ketika duduk. Jadi terpaksa membongkok dalam duduk.Siangnya di darat, malamnya dalam air.
Ada lagi gambar ketika ekspedisi berjalan kaki, sampai ada yang kena gantung air tapi masih juga berjalan bo..ambulans eskot dari belakang. Sampai ada yang sawan. Latihan terjun dari helikopter,mengesan periuk api, meredah sungai yang dalam,lebar,deras malah berbuaya, mengangkat perahu besi dengan pelatihnya duduk di atas perahu,kena simbah air panas dan banyak lagi bilang adik. Makanan yang pelatih2 bakar dan hidang seperti monyet,biawak,ular hanya dipamer tetapi tidak boleh dimakan.Sesiapa yang makan akan dibelasah. Semua makanan itu hanya dijadikan sebagai penguji kelaparan mereka..
Kepulangannya itu kami ambil kesempatan membuat kenduri doa selamat.
TAHNIAH kepada adik JIHNAWI TUYUNDO kerana berjaya mengharungi semua kesukaran itu dengan kental sehingga berjaya...
9 comments:
Narrr...nokuro tu subai ko itomon obo ot wuros tiya monorima dat anugerah dilo Nong?
Teruskan perjuangan komando Jihnwani!
tau no dilo mimie tu subai ko itomon at rabas..
kerak oku mari korongou dit tuturan tadi ku diti kie om kokito dit tongo gambar doo..
Pananawau po pomuabaan dagai nokengarau po muli belo mimie.. amu elaan sera om koli nogi lo kembagu..ilo no bo tu arapon nopo dot awawasi i sorid sodu.
Tahniah kepada dia..kagum saya dengan semangat dia tuh...Mudah2an sentiasa dilindungi Tuhan.
itulah yang kita harapkan Furen..
akhirnya adik berjaya juga buktikan kemampuannya yang suatu ketika dulu degil tidak mahu sambung sekolah lepas spm..malas saya perah otak belajar dia bilang bo..hehehe.
kada kosusa nong..adtuwadai yaloi komando dino..nakalabus noh id torening nunu poh ot maan..siongo2 pama yalo dino nga aso ih masala..ong kalaga noh ot kolian...kouli toh yalo ino okon koh asasarok boh..kirim salam katoh dih komando kih..wowosion id tugas om selamat berjuang untuk bangsa dan negara katoh dialo...
tahniah juga dari saya, bukan senang nie untuk menjadi KOMANDO!
tahniah. Komando dari tandek. sudah ada beberapa orang Tandek jadi komando. Bagussss...
(ex-officer. T7504455)
Illie..
banar peno wo.Minangai di eyai ku koruduai bo dit kalaga sid walai. Sampai kawawaya oku mogiad.amu nogi koyuu dit pelatih daalo bo ino dilo.
Srixon..
Ya..saya pun tidak menyangka sekuat itu semangatnya untuk mengejar cita2.
Sanguru..
Saya begitu bangga dengan adik ni. Walaupun inda tinggi sekolahnya tapi mampu berdikari untuk mencari makna hidup yang lebih bererti.
Nilai penghormatan kepada orang tua dan adik beradik pun cukup tinggi..TABIK SPRING KOMANDO.
Haha..slm Nong..ya..saya da test sedikit ketabahannya..Jihnawi bole pergi jauh dlm profesionnya..bdknya baik..sesuai utk jd komando..
Catat Ulasan