Pakcik Botong & YB.Khairy serta En.Jameso Majalin (Ketua Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu)
Followers
Isnin, 25 Mei 2009
KUMPULAN KEBUDAYAAN SRI TUMUNDA KIMARAGANG KG.SALIMANDUT
Pakcik Botong & YB.Khairy serta En.Jameso Majalin (Ketua Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu)
Nampaknya Kumpulan Kebudayaan Sri Warisan Kimaragang Kg.Salimandut terus gah mengorak langkah.Dalam bulan ini sahaja sudah banyak aktiviti kebudayaan yang mereka laksanakan di luar Kg.Salimandut.
Pengerusi Kumpulan ini iaitu Pakcik Ondu Manggong dengan kerjasama Pakcik Botong Anjuk dapat mengembleng tenaga bersama-sama demi mempertahankan dan seterusnya memperkenalkan lagi budaya Kimaragang di luar Daerah Kota Marudu.
Baru-baru ini,pihak RTM telah datang membuat penggambaran di Kg.Salimandut berhubung dengan kebudayaan Suku Kaum Kimaragang bersempena dengan bulan Kaamatan pada tahun ini.
Mulanya pihak yang dihubungi oleh pihak RTM meminta bantuan daripada kampung2 terdekat berhubung perkara ini tetapi semuanya menolak dengan pelbagai alasan antaranya tidak bersedia dari awal.
Bayangkan Kg.Salimandut dihubungi untuk menyediakan segala persiapan pada hari penggambaran tersebut diadakan dan saya dimaklumkan oleh Pengerusi JKKK Kg.Salimandut En.Mohd.Fadzil bahawa kru2 Kg.Salimandut dapat bersiap sedia hanya dalam tempoh 3 jam. Inilah berkat kerjasama yang padu dari kalangan penduduk Kg.Salimandut.
Pihak berwajib sangat2 bersyukur dengan komitmen penduduk Kg.Salimandut yang telah 'MENYELAMATKAN' maruah mereka kerana mampu menyahut cabaran walaupun saat2 akhir.
Sayang sekali saya tidak dapat datang pada hari tersebut untuk mengambil gambar kerana kebetulan saya ada komitmen lain.Kalau awal2 saya tahu mungkin saya boleh set masa saya.
Inilah istimewa dan keunikan penduduk Kg.Salimandut yang sangat2 dikagumi oleh semua pihak..
Selain itu,sempena Sambutan Pesta Kaamatan UPKO Peringkat Negeri yang berpusat di Daerah Ranau pada 23hb(Sabtu lepas) sekali lagi Kumpulan Kebudayaan Kg.Salimandut ini diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan tarian Pinakang (tarian Suku kaum Kimaragang).
Dan baru petang tadi saya dimaklumkan oleh Pengerusi KRT Singgahmata Kg.Salimandut iaitu En.Abil Masidul bahawa pada 27hb ini iaitu hari Rabu, Kumpulan Kebudayaan Kg.Salimandut akan membuat persembahan untuk menyambut kumpulan anak-anak angkat KRT dari Semenanjung bertempat di Dewan Komuniti Kota Marudu.
Kg.Salimandut ada mengambil sebanyak 10 orang untuk dijadikan anak angkat oleh penduduk Kg.Salimandut.Antara yang mengambil ialah, Pn.Jamatiah Majalin, Pn.Maileh Majalin, En.Bandly Tuyundo, En.Jomin Tuyundo dan Pn.Mailin Salion (mama saya).
SYABAS DAN TAHNIAH UNTUK KUMPULAN KEBUDAYAAN SRI TUMUNDA KIMARAGANG KG.SALIMANDUT...TERUSKAN USAHA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 comments:
kalau ada sumandak mr. aki mau 3 unt kasi cukup bintang 4 hehehe
yu..masi bule tahan lagi kaitu tawak Mr.Aki?..nanti jem itu tawak nah,susah c omogun..hehehee
NUNGA...
mangapat ko gam Mr.Aki?
Ojem ot tawak ka d Yuni dilo..hahaha
18SG: ...kat'an e dara tongo tawak ma'kaa poh nga osibuk banar iti. Garenti amu nonoh kapanau siti silo. hehehe. (gurau aaa...)
Syabas kampung aki lombusku. SALIMANDUT BOLEH, SEMAKIN GEMILANG!
Ino no ot awasi. Teruskan perjuangan...
hahahaah aki..takai oku poh dot rusap
NUNGA..
tongo dot songrusap pokionuwon nu di aki illie? Pamatog tawak oi? hahahaaa
Catat Ulasan