Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Ahad, 12 April 2009

PERKUMPULAN PEREMPUAN SABAH BERSAMA WARGA WANITA KG.SALIMANDUT


Menu makanan seimbang yang dimasak melalui demo masakan.









Sabtu bersamaan 11 APRIL 2009, Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) telah melakukan aktiviti lawatan luar bandar ke Kg.Salimandut.Perjumpaan tersebut diadakan di bangunan KRT Kg.Salimandut.Seramai lebih 30 orang ahli-ahli PPS dari Kota Kinabalu yang turun padang bersama2 menyertai program tersebut.
Saya selaku wakil wanita Kg.Salimandut berasa sangat bersyukur dan gembira dengan peluang keemasan seperti ini.Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman hidup yang dapat diperolehi khusus untuk membangunkan golongan wanita.
Turut berucap pada program ini selaku wakil PPS ialah Setiausaha Agung PPS iaitu Puan Hajah Kee Norliah Haji Kee Abdul Jalil. Beliau melahirkan rasa syukur dengan terlaksananya program ini yang beliau lebih sifatkan kepada jejak kasih kerana setelah sekian lama,akhirnya beliau dapat bertemu dengan sebahagian ahli keluarga beliau.
Melalui program itu juga,PPS telah menyumbangkan pakaian terpakai untuk penduduk Kg.Salimandut juga beberapa cenderahati untuk diserahkan kepada Surau Kg.Salimandut khusus untuk jemaah mualaf.
Semoga usaha2 murni seperti ini akan berterusan dan akan menjadi contoh kepada mana2 pertubuhan lain selepas ini.
Akhir sekali, saya selaku wakil warga Kg.Salimandut merakamkan setinggi2 penghargaan kepada PPS atas kesudian mengadakan program ini dan memilih Kg.Salimandut sebagai lokasi pertama.
Untuk warga Kg.Salimandut, tahniah di atas komitmen dan kerjasama yang tidak pernah putus2 sejak dulu lagi.Semoga kesepaduan kita ini akan berkekalan demi kesejahteraan kampung kita juga akan menjai contoh kepada kampung2 lain di daerah kita.
"AKAR KELADI MELILIT SELASIH
SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
KEKAL KENANGAN SEPANJANG ZAMAN"









6 comments:

AragangTandik on 13 April 2009 pada 7:14 PG berkata...

Nong, Terima kasih kerana melayan kami dengan mesra sekali. Terima kasih banyak. Kami juga minta maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata2. Harap2 kita dapat lagi mengadakan program ramah mesra - main futsal kah? he he he - Madko iko no bo amanang kadung mi futsal tokow to intangan po di kokoruang ku dino - alamas kah kah kah.

sabahwatch on 13 April 2009 pada 11:08 PG berkata...

welcome to wwwsabahwatch.blogspot.com

NONG on 13 April 2009 pada 11:50 PG berkata...

Hai kak..
kami amat berterima kasih dan bersyukur dengan program PPS d kampung.Sodih sangat time berpisah tu.huhuhu...

sabahwatch..
thanks 4 visit my blog:)

IsOn on 13 April 2009 pada 4:27 PTG berkata...

sagai alamas kono sid longob songkoniab. nalamas ko mantad sid solimondut bala'ai. hehe...

DrSam on 18 April 2009 pada 5:45 PTG berkata...

sibuk betul Nong dengan aktiviti. Memang bagus kalau aktiviti menjenguk masyarakat dilakukan selalu.

NONG on 19 April 2009 pada 12:23 PG berkata...

Aik? ada 2 orang Doktor pula ni kali. Dr.Nellson & DrSam..
Secara peribadi,saya memang rasa sangat berharga bila diperlawa untuk berkhidmat dalam masyarakat walaupun hanya sebagai pekerja sosial yang tidak bergaji. Saya merasa puas hati bila dapat melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik walaupun bukan yang terbaik kerana bukan perkara mudah untuk melakukan yang terbaik.Setidak-tidaknya kita telah mencuba sedaya upaya..:)

Semoga segala keikhlasan ini akan mengangkat nama saya dalam ingatan semua orang setelah saya sudah tiada kelak..hehehee

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009