Followers
Rabu, 18 Mac 2009
SETIA GIGIH JAYA, KEJAYAAN PASTI TERCAPAI
Salam semua rakan2 blogger..
Baru mau update blog hari ni. Bukannya tiada idea atau bahan untuk dikongsikan bersama tetapi masa sebenarnya yang terlalu sukar untuk dibahagi-bahagi. Justeru, saya dahulukan perkara2 penting dahulu.
Hari ini posting saya mungkin agak unik sedikit bila melihat kepada tajuk posting saya iaitu 'SETIA GIGIH JAYA, KEJAYAAN PASTI TERCAPAI".
Sebenarnya, saya mendapat ilham ini bila membaca entry Dr.Nellson (MENGAPA KANDAS DI TENGAH JALAN?) dalam http://marudubloggers.blogspot.com. Terus terang saya cakap, saya menangis bila membaca entry tersebut. Semangat saya seakan TERBAKAR dengan motivasi itu untuk memotivasikan anak2 saya juga mana2 ahli keluarga juga masyarakat kita.
SETIA GIGIH JAYA merupakan motto SMK.Tandek, manakala KEJAYAAN PASTI TERCAPAI merupakan motto SMK.Kota Marudu. Saya gabungkan kedua-duanya sekali kerana saya pernah bergelar pelajar di kedua-dua sekolah ini suatu ketika dulu. Seakan kedua2 motto ini punya kesinambungan dan membawa makna bahawa jika kita gigih dalam mengejar impian dan cita2, sudah pasti kejayaan akan tercapai.
Berbalik kepada tujuan utama posting saya kali ini, saya ingin mengajak rakan2 semua berkongsi cerita kerana hanya mereka yang pernah susah dan mengalami kesukaran hidup yang mampu mencanang kisah kejayaan mereka dengan lebih berkesan dan mendalam.
Saya tidak tahu dari mana harus saya mulakan bicara ini kerana terlalu banyak cabang yang cuba mencantas emosi saya. Bagaimana saya harus kongsikan kisah saya sendiri disamping mengongsikan sebahagian lagi kisah rakan2 kita yang telah berjaya melakar kejayaan hasil kepayahan suatu ketika dulu..
Pertama sekali saya ingin mengulas sedikit berhubung masalah yang sering diungkapkan oleh sesetengah pelajar ekoran pelajaran yang kandas separuh jalan. Antara alasan yang diberi ialah 1. Tiada duit belanja, 2. Jauh ke sekolah dan 3. Tiada motivasi dan saya sangat2 bersetuju dengan Dr.Nellson bahawa faktor paling dominan yang mencantas perjuangan para pelajar kita pada hari ini adalah kerana TIADA MOTIVASI.
Kita papa sekali pun, biar jauh beribu batu untuk ke sekolah kalau ada motivasi, semua itu akan jadi mudah kerana kita sudah nampak visi kita. Seakan2 visi itu melambai2 memanggil kita dan disitulah bermulanya langkah perjuangan sehingga kita meraih kajayaan.
Saya tidak akan pernah lupa kisah kami adik beradik..dan saya ingin kongsikan di sini sedikit. Semoga ia dapat menambahkan lagi motivasi dalam diri kita semua untuk dikongsikan pada orang lain pula..
Kami adik beradik kandung ada 5 orang semuanya.Saya seorang ja anak perempuan. Perceraian kedua orang tua pada usia kami masih kanak2 memang benar2 mencabar wibawa ibu kami dalam mendidik dan membesarkan kami.Bayangkan saja perceraian itu berlaku ketika saya masih belum bersekolah.Adik saya yang dua orang lagi tidak mengerti. Masa usia kecil,mereka berdua langsung tak kenal wajah ayah..pun begitu,kami tidak pernah membenci ayah malah kami sentiasa mengasihinya. Ayah yang tinggal sekampung dengan kami pun sentiasa juga mengambil tahu.
Saya dulu bukan juga tergolong dalam pelajar genius, bukan juga yang inda pandai dan bukan juga yang sedang2. Maksudnya, kalau betul2 mau tumpuhkan perhatian terhadap pembelajaran, mampu menjadi yang genius.Tapi untuk jatuh ranking inda juga bo.;)
Masa sekolah rendah, kami pergi sekolah tanpa duit belanja. Makan nasi di rumah sebagai sarapan supaya itu perut tidak cepat lapar. Kadang2 mama bagi kami duit 20 sen saja untuk belanja.Pun begitu saya dan adik2 simpan dalam tabung masing2. Masa itu, saya paling takut kalau tertinggal pelajaran.Walau demam panas pun saya jalan juga pergi sekolah. Keadaan rumah kami masa itu tak usah cakap kerana tiada kata2 yang mampu mengungkapkan keadaan dan kepayahan itu. Dalam usia seawal 8 tahun, saya sudah tumabang (gotong-royong) di sawah orang ganti tempat mama sebab dia tidak dapat datang. Bawa bekalan saja kerana seharian di sawah orang. Memang perit dan sangat payah. Paling sandi kalau burungan (Main sukat) itu kawasan yang perlu disiapkan. Tidak kira panas dan hujan, saya pernah rasa semua itu dalam usia paling muda. Dalam masa yang sama, saya dan adik beradik meneruskan juga persekolahan. Pagi pergi sekolah, petang turun sawah. Itulah rutin kami dulu2.
Satu sikap yang saya betul2 tabik sama mama dulu, dia GARANG dan DISIPLIN habis pasal pendidikan. Tiada alasan tidak pergi sekolah kecuali ampai2 demam. Kalau ada niat mau ponteng sekolah kerana malas, sedialah kena kena rotan. Pulang dari sekolah pun tidak boleh lewat kecuali ada gerko..Balik rumah, makan lepas itu siapkan kerja sekolah kalau ada. Diberi masa tidur tengahari kerana jam 2.30 petang turun di sawah. Masa itu rumah kami di sawah. turun saja sawah padi..jiran dekat pun tiada.Jauh2 semua itu jiran. Di sekolah sajalah dapat ramai kawan..hehee.
Di pendekkan cerita, abang saya yang sulung Abang Juanon terpaksa berkorban dari sekolah untuk membantu mama kami kerja sawah. Sekarang bekerja sebagai Polis Bantuan di Sunway Lagoon, Abang Jemrol masuk UPM dan jadi cikgu kini mengajar di SMK.Talaga Pitas. Adik saya Juani masuk UMS dan dapat KPLI juga jadi cikgu kini bertugas di SK.Padang, Banggi. Adik bongsu kami Jihnawi, tidak berminat untuk meneruskan persekolahan selepas menduduki SPM dan masuk tentera, kini merupakan seorang KOMANDO dan saya?...
TO BE CONTINUE......

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Memang pahit menelan kesusahan hidup. Bukan kita pinta. Bukan juga kita rayu jadi begitu. Kadang2 timbul persoalan, kenapa lahir di tengah keluarga yang susah. Kadang2 timbul rasa iri hati, kenapa orang lain hidup senang. Pun demikian, apalah ertinya menyalahkan ibubapa. Apalah ertinya meyalahkan orang lain. Apalah ertinya menyalahkan nasib. Apalah ertinya menyalahkan takdir.
Kalau hendak seribu daya. Kalau tak hendak seribu dalih. Jika memang ingin berjaya, gunung tinggi sanggup didaki. Lautan luas sanggup direnang. Dapat sampai ke puncak atau ke seberang lautan, itu perkara kedua. Kalau berusaha, pasti berjaya.
Di saat jalan tidak kelihatan. Tuhan sebenarnya mahu kita melihat dengan lebih jelas bahawa ada jalan yang disediakanNya bagi kita. Tapi tangan harus menyelak. Kaki harus dibuka langkah. Mata harus menyelinap mengintai peluang. Kata2 harus bijak manfaatkan bahasa. Barulah alam akan berbicara. Barulah tuah menampakkan diri.
Moto sekolah dijadikan misi peribadi. USAHA GIGIH JAYA. KEJAYAAN PASTI TERCAPAI. Tuhan memberkati anak2 bangsa kita.
Betul apa ko cakap Ison..
Saya sendiri pernah hampir berputus asa suatu ketika dulu namun kekuatan mama telah memberi kekuatan pada diri saya..
Saya juga percaya bahawa kejayaan yang dikecapi oleh setiap individu adalah berbeza-beza. Tuhan sudah menyediakan apa yang terbaik untuk umatNYA..
Kita adalah antara individu yang pernah merasa pahit getir hidup masa lalu. Namun berkat usaha yang kental dan kekebalan perasaan, akhirnya kita mampu mengharunginya dan mencapai cita2 walaupun tidak setinggi bintang di angkasa. Akhirnya kita mampu menghela nafas lega bila melihat senyuma manis terukir di bibir orang tua kita apabila melihat kita merangkul kejayaan pada hari ini.. Alangkah indahnya hidup ini jika orang2 kesayangan kita dapat melihat, merasa dan menikmati hasil kejayaan kita hari ini..(Dedikasi buat arwah bapa kami dan mendiang mama kamu Ison). Saya pasti mereka juga bahagia melihat hidup anak2 mereka yang tidak sia2 walaupun mereka tiada di sisi kita untuk menikmati semua ini..mogiad oku diri Ison..sagai ningkayadan kupo monulis at posting ku.Aku atanan iti romou ku bo ong andaman ku no it tongo kisah dimula..betul2 menCABAR..pun syukur kepada TUHAN atas apa yang kita kecapi hari ini. Semoga kisah kita akan menjadi motivasi kepada semua orang.
Catat Ulasan