Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Khamis, 20 Ogos 2009

SALAM MERDEKA KE-52...





SALAM MERDEKA UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERCINTA.
1MALAYSIA

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

PERTANDINGAN BINTANG PELADANG DAERAH KOTA MARUDU 2009


Ucapan Perasmian daripada YB.Puan Anita Baranting
ADUN N.5 Tandek

Ucapan Aluan daripada YBHG Datuk George Sangkin
Pengerusi Lembaga Peladang Daerah Kota Marudu.

YBHG. Puan Luvita Koisun (Pegawai Daerah Kota Marudu) menyampaikan cenderahati kepada para pengadil Bintang Peladang Daerah Kota Marudu 2009.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Bintang Peladang

Pengerusi Penganjur En.Jaimbol Dangus menyampaikan saguhati kepada para peserta Bintang Peladang.

Barisan para peserta Bintang Peladang 2009


Orang ramai yang hadir

Semalam, saya berpeluang menyertai YB.Puan Anita Baranting ke Program Pertandingan Bintang Peladang Daerah Kota Marudu bagi tahun 2009 bertempat di Tapak Tamu Pekan Tandek.Kehadiran amat memberangsangkan sekali pada malam itu.

YB.Puan Anita merasmikan Pertandingan ini dan turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Daerah Puan Luvita Koisun, PKR N.5 Tandek En.Hendrus Anding, dan Ahli Lembaga Peladang Daerah Kota Marudu juga orang ramai yang memberikan komitmen.

Kehdairan artis tempatan Sabah iaitu Jimmy Palikat sebagai juri turut menghangatkan lagi suasana program itu.Dan buat julung kalinya Program seumpama ini diadakan di Pekan Tandek menampakkan sedikit perubahan suasana Pekan ini yang selama ini dirundung kesunyian.

Harapan kita pada masa2 akan datang supaya lebih banyak lagi program ADUN atau apa juga program kemasyarakatan akan dilaksanakan di Pekan Tandek ini.Ini akan membuka ruang pelopor kepada tumpuan masyarakat Tandek di pekan ini.

SYABAS & TAHNIAH kepada pihak Penganjur kerana mempunyai idea seistimewa ini untuk menjadikan Pekan Tandek sebagai Pusat penganjuran program ini.Syukur dengan risiko yang mereka ambil telah berjaya menawan hati masyarakat Tandek secara perlahan-lahan. Saya yakin dan percaya permulaan kecil ini akan membuka kepada agenda2 besar selepas ini.

SYABAS & TAHNIAH juga kepada YB.Puan Anita Baranting, Tuan Pegawai Daerah kerana begitu komitmen sehingga habis acara iaitu sekitar jam 11.50 malam.
Inilah jiwa pemimpin yang kita perlukan dalam kelompok masyarakat kita yang pelbagai ini.

SALAM SAM & Salam Perpaduan untuk semua.

KEMBARA JALUR GEMILANG DAERAH KOTA MARUDU 2009


Sebanyak 50 buah boat telah dinaiki untuk kembara jalur gemilang dari Kg.Tanjung Batu menuju ke Salaping.


Makan tengahari di Dewan Komuniti Kota Marudu
bersama semua kontinjen


( YB.Puan Anita & Pegawai Daerah menaikkan bendera di destinasi terakhir di Kg.Tanjung Batu)

( YB.Anita & Pegawai Daerah bersama Pengetua SMK.Tandek )

( YB.Puan Anita Baranting sedang menandatangani buku lawatan SMK.Tandek )

( Destinasi : SMK.Tandek )

( Destinasi Kg.Morion)

(Destinasi: Kg.Masolog )

(Destinasi : Kg.Damai )

Kota Marudu, hari ini 19 OGOS 2009 ( RABU), Kembara Jalur Gemilang telah diadakan sempena dengan Bulan Kemerdekaan Ke - 52 bagi tahun 2009 ini.
Turut bersama2 dalam Kembara Jalur Gemilang ini ialah YB.Puan Anita Baranting ADUN N.5 Tandek, Tuan Pegawai Daerah Kota Marudu (Puan Luvita Koisun),Ketua2 Jabatan, kakitangan2 Awam, ahli2 parti setiap komponen BN dan tidak kurang juga orang ramai yang turut mengambil bahagian dalam kembara ini.

Sebanyak 5 destinasi yang telah dituju, antaranya ialah Kg.Damai, Kg.Masolog, Kg. Morion, SMK.Tandek dan Kg.Tanjung Batu di mana kesemua destinasi ini telah diadakan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku diiringi dengan menaikkan bendera Sabah dan jalur gemilang kita.

Destinasi ke 6 ialah Salaping di mana semua kontinjen yang menyertai kembara ini telah menaiki bot merentasi laut menuju ke Salaping.Dan dianggarkan kira2 50 buah bot telah bergerak dalam Kembara Jalur Gemilang di Laut.

Saya percaya program2 seumpama ini wajib diteruskan untuk tahun2 akan datang bagi membakar semangat juang masyarakat kita untuk mencintai negara Malaysia tercinta.

TAHNIAH kepada YB.Puan Anita Baranting dan Tuan Pegawai Daerah juga semua pihak yang bersama2 menjayakan Program Kembara Jalur Gemilang ini.Semoga usaha seumpama ini tidak akan berakhir setakat di sini saja tetapi juga pada tahun2 akan datang.

PROGRAM 48 JAM UTARAFM (RADIO ONLINE SABAHAN)


YB.Puan Anita Baranting ketika ditemubual oleh UtaraFM.
TAHNIAH YB atas sokongan kepada kami.


Penaung KUSNET & UtaraFM Sanguru menyampaikan T'shirt kenang-kenangan kepada YB.Puan Anita Baranting kerana sudi hadir untuk ditemuramah oleh Radio Online Sabahan UtaraFM.

Kemuncak Program di mana sebahagian KUSNETIAN memegang banner 48jam UtaraFM bersiaran tanpa henti.


Bergambar bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu En.Wetrom Bahanda bersama2 dengan Pengerusi Gabungan NGO Sabah merangkap Penasihat KUSNET iaitu En.Androd Sadian dan beberapa orang DJ UtaraFM

SALAM RAMADHAN




SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA RAKAN2
.

MESYUARAT GERAKAN DAYA WAWASAN




Pada 16 OGOS 2009 (Ahad), satu mesyuarat Gerakan Daya Wawasan Kg.Salimandut telah diadakan bagi membincangkan persediaan kampung untuk menghadapi Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang GDW Peringkat Negeri Sabah mewakili Daerah Kota Marudu.

Terima kasih kepada semua yang hadir meluangkan masa walaupun banyak komitmen kerja seharian yang terpaksa ditangguhkan semata-mata mesyuarat ini.

Terima Kasih juga kepada semua AJK GDW yang hadir pada hari itu.
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009