Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Isnin, 22 Jun 2009

KENAPA DATUK PAIRIN TIDAK DAPAT GELARAN TAN SRI??..




Rata-rata pemimpin dan masyarakat kadazandusun kecewa dengan sifat Kerajaan Persekutuan menidakkan hak Huguan Siou (Paramount Leader) mereka untuk mendapatkan gelaran yang lebih tinggi dari gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ yang ada sekarang.

Pairin, pemimpin yang sangat digeruni oleh Dr. Mahatir diantara tahun 1985 -1994 sudahpun kembali ke dalam keluarga Barisan Nasional pada 23 Januari 2002. Namun mana silapnya? Sudah 7 tahun menunggu…. lebih ramai pemimpin ‘Junior’ Datuk Pairin yang mendapat gelaran tersebut sebelum Pairin.
Adakah Pairin sudah kehilangan ‘Taringnya’ atau Kerajaan Persekutuan menganggap ada pemimpin KDM sekarang yang lebih hebat dari Datuk Pairin?

Dari segi parti politik pula, Untuk rekod PBRS sudah mempunyai 2 orang penyandang Tan Sri iaitu Presiden Joseph Kurup & Penasihat Herman Luping
UPKO 2 orang, Presiden Bernard Dompok & Penasihat Tan Sri Suffian Koroh
PBS tidak seorangpun memiliki gelaran Tan Sri. Mungkin ini bertujuan untuk mengajar pemimpin parti-parti komponen lain supaya sentiasa setia dengan BN?

Senarai Tan Sri Sabah sedia ada
Tan Sri Dr Mohan Swami
Tan Sri Joseph Kurup
Tan Sri Simon Sipaun
Tan Sri Chong Kah Kiat
Tan Sri Bernard Dompok
Tan Sri Dr Herman Luping
Tan Sri Ampong Puyon
Tan Sri Liew Yun Fah (apa sumbangan ni orang?)
Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia
Tan Sri Suffian Koroh
Tan Sri Thomas Jayasuriya
Tan Sri Abdul Ghani Gilong
Tan Sri Steve Shim Lip Kiong
Tan Sri Abdul Hamid Egoh
Tan Sri Richard Malanjun
Tan Sri Khalil Jamalul
Tan Sri Kasitah Gaddam,
Tan Sri Richard Lind
Kuota Cuma 75 penyandang hidup boleh memiliki gelaran Tan Sri (PMN) dan 250 orang Tan Sri (PSM) di Malaysia.



Itulah kau Huguan Siou..siapa suruh kasi main2 leaders sana Federal Government dan dalam masa yang sama kau kasi main kami rakyat Sabah.Ada sya mau tanya bah,bukan kau baitu yang jadi saksi semasa Harris Salleh menandatangani perjanjian dengan petronas pada tahun 1976?yg memberikan sepenuhnya kuasa eksekutif kepada Petronas untuk eksploit hasil gas dan minyak di Sabah .
Akibatnya Sabah hanya dapat royalti 5% sahaja daripada keuntungan Petronas di Sabah )...sebap itu sya mau tanya,kenapa bah kamu pigi sign tu agreement? lepas itu kamurang tidak pula rasa bertanggungjawab dan apabila ada suara2 pemimpin lain bersuara kamu diam2 saja...



SUMBER: SONSOGON
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009