Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 13 Jun 2009

PERSIDANGAN PUTERI UMNO CAWANGAN SALIMANDUT '09


Pemerhati persidangan :kak Sharamah Jamaluddin yang memakai baju pink tu.

dari kanan; Pengerusi tetap persidangan (Joeiza), Tim.Pengerusi Persidangan (Suida) dan Pen.Setiausaha (Cik Nur Arina)

Ahli Puteri UMNO Cawangan yang datang.



Agenda Persidangan Puteri UMNO 2009

1. Bacaan Doa
2. Nyanyian Lagu Negaraku,UMNO Bersatu dan Lagu Puteri
3. Pengumuman Pengerusi Persidangan mengenai jumlah ahli Puteri UMNO Cawangan yang
hadir.
4. Ucapan Ketua Puteri UMNO Cawangan
5. Ucapan Ketua UMNO Cawangan
6. Pesanan Pengerusi Persidangan tentang tatacara persidangan
7. Membentangkan Peringatan Persidangan Tahun lalu oleh Pen.Setiausaha Puteri Cawangan
8. Membentangkan Panyata Tahunan Pergerakan Puteri Cawangan (Kertas Mesyuarat bil.2)
9. Membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu oleh Bendahari Puteri Cawangan (Kertas Mesyuarat bil.3)
10. Memilih 2 orang wakil cawangan ke persidangan Puteri UMNO Bahagian 2009 (Fasal 19.4.3)
11. Mencalonkan 2 wakil Puteri UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO
Malaysia di Kuala Lumpur (fasal 19.4.5)
12. Membahas usul (Jika Ada)
13. Tangguhan Mesyuarat
14. Ucapan Penangguhan
15. Mesyuarat ditangguhkan

Jumaat, 12 Jun 2009

MESYUARAT PERTUBUHAN BELIA






SEMOGA TERUS GAH WAHAI BELIA KAMPUNG KU!

Entry AJK Pertubuhan Belia Tumunda Salimandut (PBTS) akan menyusul selepas ini.

Khamis, 11 Jun 2009

KEJAYAAN KECIL YANG BERHARGA


(Gambar zaman sekolah rendah 1991-tahun 6; SK.Tumunda Salimandut)


Salam pertemuan,
Kenangan indah sewaktu zaman kanak2 dulu terimbau kembali setelah membaca entry Dr.Nellson (HARGA SEBUAH KEJAYAAN) dalam blognya Kimaragang Wagu.
Ketika umur saya 12 tahun (dalam gambar di atas),saya telah menyertai pertandingan pidato di sekolah sempena dengan hari ucapan dan penyampaian hadiah hujung tahun persekolahan. Tahun penamat kami sebagai murid2 sekolah rendah ketika itu.

Saya menyertai pertandingan pidato tersebut hasil dorongan daripada cikgu saya iaitu Cikgu Justina Jamilin(Orang Nolotan). Tajuk pidato saya ialah "RAKYAT BERSATU NEGARA MAJU" hafal bulat2 dari buku teks Bahasa Melayu tahun 6 ketika itu.Yang magicnya, dalam tempoh 2 hari saja saya sudah hafal kesemua petikan pidato tersebut.Saya menghafal sendiri, mencipta gaya sendiri dengan intonasi sendiri kerana tiada siapa yang membantu di rumah. Semuanya bergantung pada diri sendiri.Berdikari sendiri.Hanya adik-adik saya yang sudi mendengar ketika saya berlatih sendiri di rumah..hehehee

Sehari sebelum hari pertandingan, saya tiba-tiba demam panas.Seluruh tubuh saya sangat lemah.Pantang bergerak,saya pasti akan muntah.Tapi demi pertandingan pidato itu dan saat-saat terakhir persekolahan saya di sekolah rendah, saya gagahkan diri datang ke sekolah. Ketika itu rumah kami di kawasan sawah.Terpaksa berjalan kaki kira-kira 0.5 km dan dalam perjalanan ke sekolah,hampir sepanjang jalan saya muntah.Kedua-dua adik lelaki saya ketika itu (Cikgu Juani & Komando Jihnawi) begitu setia memegang tangan saya.Sampai saja di sekolah, saya terus duduk lemah.Bila Cikgu Justina dan Cikgu Sarulin melihat keadaan saya ketika itu, mereka mencadangkan supaya saya tarik diri saja dari bertanding kerana bimbang saya pitam ketika berada di atas pentas tetapi saya tetap berdegil juga untuk bertanding.
Saya tidak menyimpan harapan untuk menang dalam pertandingan itu kerana keadaan kesihatan saya.Cukuplah sekadar mahu memperlihatkan kebolehan saya dalam berpidato.
Kawan2 yang bertanding pun bukan calang2 juga.Semuanya ada bakat dan kemampuan berpidato serta gaya yang tersendiri.
Sebelum tiba giliran saya, saya berdoa dalam hati supaya saya tidak pengsan atau termuntah di atas pentas ketika berpidato.Dan Puji Tuhan kerana saya berjaya menghabiskan pidato saya dengan tepukan paling gemuruh.

Tiba saat pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang, saya sangat terkejut dan tidak percaya bila saya diumumkan sebagai Johan Pertandingan Pidato.Saya menerima hadiah buku dan alat tulis serta wang tunai RM10.Pertama kali pegang duit RM10.Jakun +gembira. Dulu2 nilai RM10 begitu besar.Saya tidak mampu menahan air mata saya gugur ketika menerima hadiah .Cikgu Justina dan Cikgu Sarulin terus memeluk saya.
Saya tidak sabar sudah mau pulang kerana mahu mengkhabarkan kepada mama akan kejayaan saya.Sakit demam yang saya alami juga seakan sembuh dengan kegembiraan itu.
(saya tidak mampu menceritakan keseluruhan kisah ini kerana air mata saya sedang berguguran.Apa yang pasti, usaha gigih dan ikhlas pasti akan membuahkan hasil pada diri kita. Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba).

(memetik kata2 Dr.Nellson di bawah)
Nota: Kita tidak perlu menjadi seperti orang lain untuk mencipta sesuatu sejarah. Kita hanya perlu mencontohi kecekalan dan kesungguhan mereka untuk kita mencipta sejarah tersendiri sekecil mana pun ia.

Betul kata Dr.Nellson di atas. Kita hanya perlu cekal dan bersungguh-sungguh untuk mencipta sejarah tersendiri walau sekecil mana pun ia. (Ison,inilah sebenarnya kisah saya ketika umur 12 tahun seperti yang saya katakan dalan ulasan saya). Syukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan bakat ini pada diri saya.
Sejak hari itu, saya tidak lagi malu,gementar,gugup atau segan bila berdepan dengan orang ramai sehingga ke hari ini.Dan untuk pengetahuan, ketika kursus jentera pilihanraya seluruh Sabah tahun lalu di Eco Lake Center Membakut, saya satu-satunya peserta yang berjaya membahas hasil kajian sikap yang kami laksanakan.Begitu GAH nama Kota Marudu menjadi sebutan dan meniti dibibir termasuk Pengarah BTN Sabah.Dan banyak lagi kejayaan diri yang dicipta.

Nota: Kepada generasi muda wanita hari ini, cabarlah diri sendiri untuk mencipta sejarah dan kejayaan diri.Jadilah wanita biasa yang luar biasa.

SALAM PERPADUAN, SALAM SETIAKAWAN & PEACE MALAYSIA


TAHNIAH!..SUARA ANAK MARUDU (100 FOLLOWERS)




Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, supaya kita selalu melihat ke depan.
Pandanglah masa depan kita dan pertahankan untuk tegar.
Kita dilahirkan dengan dua telinga kiri dan kanan supaya kita mampu mendengar semuanya dari dua buah sisi untuk berupaya mengumpul pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kita sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya.Kaya dengan jati diri untuk membela bangsa dan negara.

"KEMERDUAN NYANYIAN LAGU PUISI, SEINDAH SUARA KEHIDUPAN MENGIRINGI GERAK USIA
BLOG SUARA ANAK MARUDU"



Isnin, 8 Jun 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU


PASANGAN PENGANTIN BERSAMA NENEK (OKONDONG & MAILIN)

PASANGAN PENGANTIN

BERGAMBAR BERSAMA FLOWER GIRL

BERGAMBAR BERSAMA SEBAHAGIAN KELUARGA
PENGANTIN PEREMPUAN

PEEEWEEET...
POSING PEACE GITU.HEHEE

PERKAHWINAN



07.06.2009
3 perkahwinan serentak berlangsung di Kg.Salimandut.
Ketiga-tiga pengantin merupakan anak buah saya dan yang paling membingungkan hanya satu perkahwinan saja saya dapat hadiri.
Tak dapat bahagi-bahagikan masa dan badan ni mahu pergi ke rumah anak buah yang dua orang lagi.
Anyway..
SELAMAT PENGANTIN BARU
&
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009