Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Jumaat, 13 Februari 2009

YANG SENTIASA DIRINDU



SEMPAT JUGA AKU MENGAMBIL GAMBAR DESA TERCINTA TADI PETANG.DESA YANG SENTIASA DIRINDU OLEH ANAK2 DI RANTAUAN.DESA YANG MENYAKSIKAN LAHIRNYA ANAK TURUN TEMURUN.DESA YANG SERBA SERBINYA MENYIMPAN BEGITU BANYAK KENANGAN YANG TIDAK MAMPU DIHITUNG DENGAN INGATAN.
DI SINI TERLAKARNYA BANYAK SEJARAH YANG HANYA MAMPU DIKENANG.
TERLALU INDAH KETIKA DILALUI.
PENUH RANJAU DAN LIKU
NAMUN BEGITU MANIS UNTUK DIKENANG.

KUCING




Haaa...inilah kucing kesayangan Adik Totong aku.Sebenarnya kucing ini ada 4 ekor tapi 1 ekor cabut lari sebab tidak mau kena gambar..omomoluan kabarasan,hehe(tak tikobunsut beno).
Sejak 3 tahun yang lalu, ibu la yang menjaga kucing2 adik ni.Kalau kami balik kampung, naah.. 3 hero aku yang mengurus kucing2 ni.
Yang paling atas tu digelar oleh 3 hero sebagai Timmy, gambar tengah c Wanda, dan gambar bawah sekali c Kosmo.Semua nama ini diperolehi dari nama2 watak kartun..
Kalau dulu..kucing adik ni mencecah sampai 15 ekor. sebelum masuk tentera, adik pergi cari kerja di Semenanjung selama 4 tahun. Dan dalam tempoh itulah satu persatu kucing2nya meninggal dunia.Rindu kali sama pengasuh mereka..
Adik Totong ni bukan saja suka piara kucing, malah suka piara ayam dan ikan. Nantilah saya upload gambar2 ayam adik ni kalau ada kesempatan saya mau ambil gambar..Harap2 ini ayam ni inda lah payah dibubut macam ni kucing.Susah betul mau dekat.Kalau kamera yang ada fokus inda apa.Ini ada2 pun dapat fokus sikit jak..alamas babanar. Kalau itu ikan, gambar ja kolam sudah cukup..hehee
Kalau saya ni kan betul2 saya inda suka piara haiwan peliharaan. Malas saya mau jaga. Saya rimas bo.Tapi kalau tegok gambar2 haiwan saya suka pula.hehee. Kalau kucing bilang mama kalau boleh mesti ada 1 ekor dalam rumah tu berguna besar konon ni kucing ni. Bikin kasi takut HANTU bilang mama.Kalau sini d flat tempat kami tinggal ni, manakah ngam piara kucing.
Jumpa kucing masa balik kampung ja la ni..:)


BELOVE MAMA




Hari ini aku balik kampung bersama 3 hero ku..Memang plan ku mau pulang kampung hari ni melawat mama sambil2 mau urus tugasan yang Sanguru amanahkan pada ku.
Ngam2 juga mama ada cal hari ni minta aku bawa 3 hero ni pulang sebab rindu sudah mama dengan cucunya ini setelah seminggu inda berjumpa..

Sempena hari kasih sayang ini, aku uploadkan gambar ibu tercinta ku.Seorang ibu yang cukup kental mengharungi hidup sebagai seorang ibu tunggal..Tapi jangan main2 yuu..tegas mari ini mother ku ini.heheheee.

Maradang uda mama ni aku paksa ambil gambar..gambar ni time2 mama "longo'on" (selesema).Masa mara'at ot rasa.
Aku bagi mama tengok gambar adik aku yang komando tu melalui hp ku... Nama timangan adik ni kalau di kampung c TOTONG/AWIE .Glamour sikit bo. Mengalir air mata mama buat pertama kalinya dia melihat wajah adik ku dalam tempoh 3 tahun terpisah.
"ai..ai..ai..agagas(kurus) no e Otong.Siono po dit koyuwan dit kitotonsi no dimula.." bilang mama sambil mengesat air matanya. "Lumangad oku babanar dika diti oi Otong.." bilang mama.
Aku pura2 ja tunduk padahal air mata ku pun sudah mula gugur.
Abang aku c Jewit diam saja melihat tingkah mama..
Tapi bila mama terlihat gambar adik bersaut lumpur sambil mongokot gobuk, terketawa dia..
hehehee.

Giliran Abang aku pula c Jewit tengok itu gambar.."ai..ai..nunu najangan dialo diti obo..hohohoho.."sambil ketawa.. Aso no rupa dot tulun nopoju dot butak bilang abang.
Kami semua sangat2 mengharap agar adik dapat pulang bercuti secepat yang boleh.. Terlampau rindu uda kami bo sama dia ni.Adik bongsu yang bersemangat waja.
Macam terus akarog (sihat) pula mama bila nampak gambar adik ni..3 tahun inda nampak muka bo.Bayangkan saja perasaan seorang ibu. Hanya dengar suara saja melalui telefon. Inda kobobos...Kerinduan yang tidak bisa terungkap melalui kata2.
Heheheee..

MAMA..WE LOVE YOU.





Khamis, 12 Februari 2009

KISAH KOMANDO


Yuuu...lain main, terkezut betul saya baca news paper News Sabah Time hari ni sana ruangan SEMASA.Besar2 dipaparkan di sana tajuk: HUKUM MEREKA YANG BOCOR KLIP:PASUKAN KOMANDO.Berikut isi berita tersebut.
JOHOR BAHARU: Persatuan Bekas Komando Negeri Johor mahu anggota Rejimen Gerak Khas yang membocorkan klip video yang memaparkan aktiviti latihan pasukan komando itu kepada sebuh stesen tv swasta baru2 ini, dikenakan hukuman berat.
Penasihatnya, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, sebarang bentuk corak latihan yang dijalani oleh anggota pasukan tersebut merupakan rahsia ketenteraan yang perlu dikawal ketat.
"Mereka yang bersalah perlu dilucutkan hak untuk memakai beret hijau," katanya kepada Bernama.
Namun menurutnya, apa yang dipaparkan di dalam klip video terbabit tidak menggambarkan keadaan sebenar yang dialami oleh anggota komando negara.
"Apa yang disiarkan di dalam klip video itu adalah amat kecil berbanding keseluruhan latihan yang dilalui oleh anggota komando kita," katanya yang pernah berkursus komando di luar negara.
Abdul Aziz yang juga Angguta Dewan Undangan Negeri Nusajaya mencadangkan agar anggota atau jurulatih yang terlibat dalam sebarang bentuk latihan asas dan pakar komando tidak dibenarkan membawa alat komunikasi terutama telefon bimbit yang memiliki kamera.- Bernama.
Rupanya isu ini masih juga hebat diperkatakan setelah dikeluarkan melalui Buletin Utama TV3 minggu lalu..Ngam2 nogi saya pun ada buat posting di sini.Inda kaini sya kena tangkap ah? baaa kaa.. Adik saya tu pun Komando Rejimen Gerak Khas.
Namun secara peribadi, saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Abdul Aziz Sapian berhubung perkara ini. Sepatutnya ini adalah rahsia ketenteraan dan tidak boleh dibocorkan. Kalau sudah bocor begini, mana lagi ada yang mau masuk tentera sebab takut kena raging dan takut menjalani latihan..
Seruan saya kepada semua golongan belia muda hari ini, janganlah sesekali menyemai perasaan takut untuk bergelar seorang tentera lebih2 lagi KOMANDO bila melihat kepada isu ini.. Daripada berpeleseran tanpa tujuan, bagus masuk tentera.Sekurang2nya dapat juga berbakti kepada bangsa dan negara.
SALAM...

Rabu, 11 Februari 2009

LAHIRNYA SEORANG KOMANDO - BAHAGIAN 2





Salam semua...
Inilah wajah sebenar gerangan manusia berbalut lumpur pada posting saya sebelum ni.
Saya sebenarnya mahu bermain teka-teki dulu nga c Brother Nazri Aldusuni sudah kasi pacah teka-teki saya bo...hehee(kadadapo dika kie Brother, koli ko sitid kampung saya gasak ko sana gerai sup Beliau Manan Ondu)
Ya..memang benar manusia dalam gambar ni adalah adik bongsu saya Komando Jihnawi B Tuyundo, berumur 27 tahun.Nasib2 saya dapat ini gambar adik saya ni. Itu pun saya minta MMS. Kalau mau tunggu dia pulang bawa gambar2 ni, entahlah bila. Aso kolilian. Kalau dia sudah pulang sini baru saya upload lagi gambar2 dia.
Berapa lama kami hilang komunikasi dengan dia ni gara2 latihan komando.Sampai mama pun terlampau rindu.Bayangkan saja sudah 3 tahun kami tidak jumpa.
Masa puasa tahun lalu, adik saya ni ada kirim kad raya berbentuk poskad nga berlatar belakangkan gambar tentera bo..mengalir air mata saya membaca coretannya.. Walaupun ringkas,padat dan berbaur lucu akan tetapi saya dapat selami isi hati adik saya ni. Dia MEMANG sedih ketika menulis. Hati seorang kakak akan bisa menyelami naluri adik yang sama2 membesar mengharungi hidup. Inilah bingkisan adik pada poskadnya;
"Assalamualaikum Semua,
Khas buat mama, abang-abang dan kakak. Adik di sini sihat walafiat.
Janganlah dirisaukan keadaan adik di sini kerana adik sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
Adik memohon ampun dan maaf dari mama, abang-abang dan kakak kerana tidak dapat balik untuk meraihkan Hari Raya bersama-sama sekali lagi pada tahun ini.
Adik tidak dapat cuti bo.
Dan untuk pengetahuan mama, abang2 dan kakak... adik akan mengikuti latihan Komando. Dan selama tempoh latihan itu,adik tidak dapat berhubung dengan kalian kerana kami dilarang memegang hp.
Adik minta maaf kerana mengambil keputusan mengikuti latihan komando tanpa memberitahu dan minta izin daripada mama, abang2 dan kakak. Adik tidak mahu alang2 dalam membina kerjaya selagi kudrat adik masih ada.Adik mahu berjasa pada negara kita..Doakan agar adik berjaya mengharungi semua cabaran dan berjaya menjadi ASKAR KOMANDO!!!!
Akhir sekali..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.
P/s: Sampaikan salam adik pada semua keluarga di kampung.
Dari Adik Jihnawi @ Totong @ Awiress"
Berbulan kami putus komunikasi. Hanya TUHAN yang tahu akan kegusaran dalam hati seorang ibu. Mama terlalu risaukan keselamatan adik. Kami selalu memberikan mama kata2 perangsang bahawa segala sesuatu itu hanya TUHAN yang menentukan. Kita berdoa untuk adik agar dia berjaya mengharungi segala bentuk cabaran.
Dan syukur kepada TUHAN kerana beberapa bulan kemudian akhirnya adik berjaya bergelar seorang Askar Komando.."KOMANDO JIHWANI TUYUNDO" bahagian GERAK KHAS.
Buat pertama kalinya keceriaan dan kegembiraan mama kembali pada dirinya..nokoguli tatod bo bila adik menelefon dengan mengejutkan dan penuh suspen..Sayang betul ba itu surat jemputan hari konvokesyen/penganugerahan komando lewat sampai. Kalau tidak, dapat juga saya dan mama menghadiri hari bersejarah adik Awi kami ni.
Menceritakan pengalaman ketika menjalani latihan, TUHAN saja yang tahu betapa sengsaranya kami bilang Adik. Dan saya percaya mereka2 seperti LtM Muss, Sanguru, Illie dapat memahami situasi ini kerana suatu ketika dulu, mereka juga pernah melaluinya walaupun mungkin tidak seteruk Latihan Komando.. Paling sengsara bilang Adik, berjalan kaki sejauh 300km tanpa henti dengan membawa beban yang sangat berat..Habis kulit kaki koyak gara2 masak dalam kasut. Itu kulit melekat di stokin bilang adik bo. Saya hampir berputus asa dan minta2 supaya saya pengsan bilang adik nga inda juga pengsan2. Sebab,asal pengsan terus OUT ba.Tiada ampunan. Bayangkan saja pegawai2 atasan yang ikut latihan komando pun banyak yang gugur bilang Adik.
Dari Sabah, diorang ada 4 orang tetapi hanya Adik yang berjaya mengharungi semua halangan. Dari 150 orang yang mengikuti latihan komando, yang tinggal hanya 30 orang saja lagi. Selebihnya gugur. Dan dalam 30 orang itu, di sanalah Adik berada. Seorang Komando dari Kg.Salimandut,Tandek Kota Marudu.
Saat yang tidak dilupakan sepanjang latihan bilang Adik ialah semasa latihan 'lari dari musuh'.
3 kali kami dijumpai oleh musuh bilang adik..naah..habis kena pukul. Paling sakit di bahagian kepala bilang.Sampai bergulung menahan kesakitan yang teramat sakit..Seperti mana yang dipaparkan dalam Buliten Utama TV3 baru2 ni tentang keganasan latihan komando, itulah yang kami lalui bilang adik. Cuma apa yang dipaparkan dalam berita baru2 ni tu dipropagandakan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab bilang adik..Ganas memang ganas tapi masih ada sifat perikemanusiaan juga sebab bukan musuh dalam perang. Bayangkan kalau betul2 musuh bilang adik, indadalah nyawa tinggal.Melayang terus...
Lagi satu pengalaman bilang Adik, hampir 3 bulan tiada mandi. Owuwutong no ka bo (Busuk habis) hantu pun takut bilang adik sebab terlampau bau..heheee(mulau,katuk sampai rogon nga rumosi...kalamas dot rogon bo nadarakan kowutong, hahahaaa)
Adesss..belum habis ini cerita saya ni. TO BE CONTINUED kie...
Palan2 bo..




Isnin, 9 Februari 2009

LAHIRNYA SEORANG KOMANDO - BAHAGIAN 1






SIAPAKAH GERANGAN MANUSIA YANG MAKAN MONYET ITU?..
MAKHLUK ASING KA?..
ULTRAMAN KA?..
ATAU..JANGAN2... VIRUS TROJAN KA?
TENGOK KEPALA MANUSIA NI..WADUUH-WADUUH!!!!...
SADIS SUNGGUH PENGALAMAN INI.

NANTI SAYA SAMBUNG CERITA SAYA TENTANG SIAPA MANUSIA INI..
KEZUTAN BO..
HE..HE..HE..HE..HEEE
 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009