Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Khamis, 20 Ogos 2009

PERTANDINGAN BINTANG PELADANG DAERAH KOTA MARUDU 2009


Ucapan Perasmian daripada YB.Puan Anita Baranting
ADUN N.5 Tandek

Ucapan Aluan daripada YBHG Datuk George Sangkin
Pengerusi Lembaga Peladang Daerah Kota Marudu.

YBHG. Puan Luvita Koisun (Pegawai Daerah Kota Marudu) menyampaikan cenderahati kepada para pengadil Bintang Peladang Daerah Kota Marudu 2009.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Bintang Peladang

Pengerusi Penganjur En.Jaimbol Dangus menyampaikan saguhati kepada para peserta Bintang Peladang.

Barisan para peserta Bintang Peladang 2009


Orang ramai yang hadir

Semalam, saya berpeluang menyertai YB.Puan Anita Baranting ke Program Pertandingan Bintang Peladang Daerah Kota Marudu bagi tahun 2009 bertempat di Tapak Tamu Pekan Tandek.Kehadiran amat memberangsangkan sekali pada malam itu.

YB.Puan Anita merasmikan Pertandingan ini dan turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Daerah Puan Luvita Koisun, PKR N.5 Tandek En.Hendrus Anding, dan Ahli Lembaga Peladang Daerah Kota Marudu juga orang ramai yang memberikan komitmen.

Kehdairan artis tempatan Sabah iaitu Jimmy Palikat sebagai juri turut menghangatkan lagi suasana program itu.Dan buat julung kalinya Program seumpama ini diadakan di Pekan Tandek menampakkan sedikit perubahan suasana Pekan ini yang selama ini dirundung kesunyian.

Harapan kita pada masa2 akan datang supaya lebih banyak lagi program ADUN atau apa juga program kemasyarakatan akan dilaksanakan di Pekan Tandek ini.Ini akan membuka ruang pelopor kepada tumpuan masyarakat Tandek di pekan ini.

SYABAS & TAHNIAH kepada pihak Penganjur kerana mempunyai idea seistimewa ini untuk menjadikan Pekan Tandek sebagai Pusat penganjuran program ini.Syukur dengan risiko yang mereka ambil telah berjaya menawan hati masyarakat Tandek secara perlahan-lahan. Saya yakin dan percaya permulaan kecil ini akan membuka kepada agenda2 besar selepas ini.

SYABAS & TAHNIAH juga kepada YB.Puan Anita Baranting, Tuan Pegawai Daerah kerana begitu komitmen sehingga habis acara iaitu sekitar jam 11.50 malam.
Inilah jiwa pemimpin yang kita perlukan dalam kelompok masyarakat kita yang pelbagai ini.

SALAM SAM & Salam Perpaduan untuk semua.

0 comments:

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009