Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Khamis, 20 Ogos 2009

KEMBARA JALUR GEMILANG DAERAH KOTA MARUDU 2009


Sebanyak 50 buah boat telah dinaiki untuk kembara jalur gemilang dari Kg.Tanjung Batu menuju ke Salaping.


Makan tengahari di Dewan Komuniti Kota Marudu
bersama semua kontinjen


( YB.Puan Anita & Pegawai Daerah menaikkan bendera di destinasi terakhir di Kg.Tanjung Batu)

( YB.Anita & Pegawai Daerah bersama Pengetua SMK.Tandek )

( YB.Puan Anita Baranting sedang menandatangani buku lawatan SMK.Tandek )

( Destinasi : SMK.Tandek )

( Destinasi Kg.Morion)

(Destinasi: Kg.Masolog )

(Destinasi : Kg.Damai )

Kota Marudu, hari ini 19 OGOS 2009 ( RABU), Kembara Jalur Gemilang telah diadakan sempena dengan Bulan Kemerdekaan Ke - 52 bagi tahun 2009 ini.
Turut bersama2 dalam Kembara Jalur Gemilang ini ialah YB.Puan Anita Baranting ADUN N.5 Tandek, Tuan Pegawai Daerah Kota Marudu (Puan Luvita Koisun),Ketua2 Jabatan, kakitangan2 Awam, ahli2 parti setiap komponen BN dan tidak kurang juga orang ramai yang turut mengambil bahagian dalam kembara ini.

Sebanyak 5 destinasi yang telah dituju, antaranya ialah Kg.Damai, Kg.Masolog, Kg. Morion, SMK.Tandek dan Kg.Tanjung Batu di mana kesemua destinasi ini telah diadakan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku diiringi dengan menaikkan bendera Sabah dan jalur gemilang kita.

Destinasi ke 6 ialah Salaping di mana semua kontinjen yang menyertai kembara ini telah menaiki bot merentasi laut menuju ke Salaping.Dan dianggarkan kira2 50 buah bot telah bergerak dalam Kembara Jalur Gemilang di Laut.

Saya percaya program2 seumpama ini wajib diteruskan untuk tahun2 akan datang bagi membakar semangat juang masyarakat kita untuk mencintai negara Malaysia tercinta.

TAHNIAH kepada YB.Puan Anita Baranting dan Tuan Pegawai Daerah juga semua pihak yang bersama2 menjayakan Program Kembara Jalur Gemilang ini.Semoga usaha seumpama ini tidak akan berakhir setakat di sini saja tetapi juga pada tahun2 akan datang.

0 comments:

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009