Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 11 Julai 2009

SETENGAH HARI BERSAMA YB.ANITA BARANTING


( Hasil madu yang dipasarkan.Yang istimewanya ada alternatif baru campuran tongkat ali ke dalam madu )

( En.Lotimin pemilik Marudu Honey sedang memberikan penerangan berkaitan madu )




Jelajah sekitar kawasan ladang madu En.Lotimin di sebelah Matunggong


8 JULAI 2009 (Jumaat) Setengah hari bersama YB.Anita Baranting di Matunggong memberikan saya pengalaman berharga berkaitan dengan penghasilan madu.
Kami telah melawat Ladang Madu En.Lotimin di Matunggong dan berada di ladang itu selama sejam memberikan kami banyak ilmu berkenaan dengan madu.
Hasil2 produk madu juga sempat dipamerkan oleh En.Lotimin kepada kami ketika itu seperti yang terdapat dalam gambar paling atas.

Bagi sesiapa yang mahu melihat produk Marudu Honey dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan madu ini bolehlah berkunjung dan berjumpa dengan En.Lotimin di pejabatnya di bangunan Mara Pekan Kota Marudu (Bangunan kedai RM2).

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada YB.Puan Anita kerana mengajak saya pada hari itu.
Dan seruan saya kepada masyarakat kita supaya mencuba penternakan madu ini. Ia mampu melahirkan kita sebagai jutawan senyap jika kita betul2 berusaha untuk melakukannya.
Ingatlah bahawa tiada keberhasilan tanpa kesungguhan untuk berjaya.

1 comments:

Little Mike (LM) on 11 Julai 2009 pada 11:01 PTG berkata...

kasi post di sam...

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009