Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Isnin, 20 Julai 2009

MARIMBA ELIT & MARIMBA JUNIOR


Pasukan Marimba Elit

Marimba Junior


Pada hari esok bersamaan 20 JULAI 2009, kedua-dua Pasukan Marimba dari Kg.Salimandut ini akan turun padang untuk beraksi dalam Perlawanan Bola Sepak Piala ADR P.168 Kota Marudu 2009.

Bila kedua-dua pasukan ini turun padang serentak, pastinya penyokong2 akan terbelah dua dan saya harap keadaan ini tidak akan menjadi gangguan psikologi kepada kedua2 pasukan ini.

Marimba Elit akan bertemu dengan Pasukan hasil perlawanan Sebayan VS Tagaroh yang berlangsung hari ini.Jika Pasukan Sebayan menang, maka dengan itu sekali lagi Pasukan Sebayan dan Marimba Elit akan bertemu kembali esok. Manakala Marimba Junior sekali lagi akan menentang Radu di mana kedua2 pasukan ini sudah bertemu pertama kali pada perlawanan pusingan pertama dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Radu.
Kita nantikan sekali lagi pada hari esok akan perlawanan pasukan ini untuk kali ke-2.

Banyak feedback yang kami terima dengan sistem perlawanan ini namun semuanya terletak ditangan pihak penganjur.

Harapan saya, semoga kedua-dua Pasukan Marimba ini akan melakar kejayaan.
Kalau boleh, saya mahu lihat Pasukan Marimba ini beraksi di pusingan akhir..
SEMOGA BERJAYA PASUKAN KAMPUNGKU..

0 comments:

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009