Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Jumaat, 10 April 2009

SIBUK KONON



Adesss...selamat berjumpa kembali wahai kawan2 ku semua. Sudah lama ku tinggalkan rumah ini tak berasap.Nasib baik tiada tikus membuat rumun(Sarang). Peluang mengupdate blog ni pun main tahan mata saja padahal kerja2 masih bertimbun melanyak otak sampai bingung2 sudah ini fikiran.

Tugas dan komitmen yang diamanahkan oleh Tuan Pegawai Daerah kepada saya sebagai Pengerusi Gala Night Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu pada tahun ini betul2 mencabar saya dalam melaksanakan tanggungjawab.Mujur ada barisan ajk yang begitu komited dan cukup berpengalaman dalam tugas2 yang diberikan.Kalau tidak, air mata darah pun yang menitis kerja berat ini tidak akan tertanggung.

Gala Night Kota Marudu yang akan berlangsung pada 7 MEI 2009 akan memperlihatkan aksi catwalk para peserta unduk ngadau daerah.Pada malan itu juga beberapa artis seperti Felix AF2, Jo-Anna,Ampal, Hilmy akan bersama2 dengan kita. Sebanyak 50 meja dijual dengan harga RM500 1 meja.Tiket berharga RM50 seorang.Kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan acara pada malam itu,sila berhubung dengan saya dan Richado Tawith untuk urusan tiket.

Jangan lepaskan peluang ini..Semoga acara pada hari itu akan berjalan dengan jayanya.

Selain daripada tugas sebagai Pengerusi Gala Night Daerah, saya juga sibuk dengan persiapan sambutan Pesta Kaamatan Kg.Salimandut pada 2&3 Mei ini. Pendek kata ke hulu ke hilir nopo saya bertugas.Bagus kalau ada gaji..hehehee.Tapi bagi saya, bukan wang jadi ukuran tetapi cara bagaimana kita diekspos kepada dunia luar.Mana tahu suatu hari nanti kita jadi pemimpin, maka kita tidak terlalu terkial2 dan terkakai-kakai untuk berdepan dengan masyarakat umum. Dan yang paling penting, kita ikhlas menjalankan tugas sebaik mungkin. Saya percaya segala sesuatu itu pasti ada hikmah dari TUHAN..:)

Thanks kepada rakan2 yang setia mengunjungi blog ini walaupun teda urang.Macam Dr.Ison, tidak habis di shoutmix,dia sma lagi sama saya..hehehee

8 comments:

aranam on 11 April 2009 pada 12:14 PG berkata...

Sibuk betul tu Nong. Bukan sibuk konon lagi tu.

:)

Bro Jinggo on 11 April 2009 pada 2:35 PG berkata...

salam nong

Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com
Anda boleh melayari laman ini melalui http://www.prokhairy.blogspot.com
Terima Kasih kerana melayari blog kami.
admin: Bro Jinggo

TT on 11 April 2009 pada 7:48 PG berkata...

Superwoman bah tu namanya hehehee.. Bah nanti sya cari c Cado bili tikit dari dia.

IsOn on 11 April 2009 pada 9:24 PG berkata...

Palan2 to nong. Oturo po banar ino gamaan nu. Nga manganu i masa rumiat om mangakan bo tu isai suul kowudukut alagaan tongo dugal kembagu. ;)

Dearie Pearls on 11 April 2009 pada 10:21 PG berkata...

Salam Kenal..
bah..
rehat2 juga bah.
nanti sakit boo..

ILLIE on 11 April 2009 pada 11:50 PG berkata...

kada olingai boh mangakan takanon..kakatuk kosibuk..

NONG on 12 April 2009 pada 3:06 PTG berkata...

amu e too olingan mangakan ti. alapis bo..hahahaa

Unknown on 30 April 2009 pada 10:32 PG berkata...

BULIH TAHAN.....

MENCARI KETENANGAN HATI ATAU JIWA
Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah:

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009