Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Sabtu, 7 Mac 2009

KHAIRY JAMALUDDIN DI KAMPUNG SALIMANDUT


(YB.Khairy sedang memerhai persembahan Tarian Pinakang yang dipersembahkan oleh kanak2 Kg.Salimandut)

(Jamuan ringan; Dari kiri Pakcik Ondu Manggong(Ketua Cawangan UMNO Kg.Salimandut, Redwan Yaakub(Perwakilan Pemuda P.168 Kota Marudu, YB.Khairy Jamaluddin(Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Ahli Parlimen Bahagian Rembau dan En.Jemso Majalin (Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu)

( Ketibaan YB.Khairy )

(Dari kiri; Pengerusi JKKK En.Jaipen Tuyundo, En.Ondu Manggong, YB.Khairy, En.Jemso, En.Faizal Datuk Saidi, En.Mohd.Shukri Majalin)

(Kenangan bergambar bersama YB.Khairy Jamaluddin..tingginya KJ ni.)

Hari ini memang kami warga Kg.Salimandut sama sekali tidak menduga akan dikunjungi oleh YB. Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Kesempatan menjelajah Bahagian Pemuda dipergunakan sebaiknya oleh Khairy. Sebelum tiba di Kg.Salimandut pada jam 12.30 tengahari tadi, beliau terlebih dahulu dibawa oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu, En.Jemso melawat tempat2 yang dilanda banjir baru2 ini seperti Kg.Talantang. Round Talantang KJ hari ini. Merasa juga beliau berjalan kaki menyeberang sungai..tabik KJ..:)
Turut hadir mengiringi beliau pada hari ini adalah Ketua2 Pemuda dari beberapa bahagian termasuklah dari beberapa orang dari Semenanjung, Pulau Labuan, KK, Penampang, Sepanggar dan lain2.
Pada majlis serba ringkas hari ini, sempat juga kami bergotong royong menyediakan jamuan ringan setakat yang terdaya. Terkejut juga beliau dan rombongan kerana disajikan dengan jamuan ringan sedangkan lawatan beliau bukannya rasmi dan tidak dirancang. Macam2 kuih kami hidangkan termasuklah kuih golong, karipap, kuih bulan, kiuh pisang, dan kuih jumput.
KJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Jemso kerana membawa beliau mengelilingi kampung pada hari ini..Kesempatan ini juga KJ tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Sabah kerana telah menjadi penyelamat besar pada PRU baru2 ini. Dan yang paling penting ialah KJ mohon sokongan daripada Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu untuk Pemilihan Pemuda UMNO Pusat pada 26 Mac ini dimana beliau bertanding untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau menyatakan bahawa semoga nilai setiakawan akan terus kekal dalam Pemuda dan khidmat beliau untuk Pemuda UMNO akan terus tercurah...
Harapan kita semoga semua yang bertanding pada pemilihan kali ini akan mendapat manfaat terbaik.
Untuk KJ, all the best to you. God Bless you and your family.



1 comments:

Raja Mogudan on 11 Mac 2009 pada 1:46 PTG berkata...

KJ mmg tinggi dan handsome bah patutlah kena gelar beruk di parlimen -:) dan pontianak (maya karin)pun sangat suka LoL

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009