Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Rabu, 11 Februari 2009

LAHIRNYA SEORANG KOMANDO - BAHAGIAN 2





Salam semua...
Inilah wajah sebenar gerangan manusia berbalut lumpur pada posting saya sebelum ni.
Saya sebenarnya mahu bermain teka-teki dulu nga c Brother Nazri Aldusuni sudah kasi pacah teka-teki saya bo...hehee(kadadapo dika kie Brother, koli ko sitid kampung saya gasak ko sana gerai sup Beliau Manan Ondu)
Ya..memang benar manusia dalam gambar ni adalah adik bongsu saya Komando Jihnawi B Tuyundo, berumur 27 tahun.Nasib2 saya dapat ini gambar adik saya ni. Itu pun saya minta MMS. Kalau mau tunggu dia pulang bawa gambar2 ni, entahlah bila. Aso kolilian. Kalau dia sudah pulang sini baru saya upload lagi gambar2 dia.
Berapa lama kami hilang komunikasi dengan dia ni gara2 latihan komando.Sampai mama pun terlampau rindu.Bayangkan saja sudah 3 tahun kami tidak jumpa.
Masa puasa tahun lalu, adik saya ni ada kirim kad raya berbentuk poskad nga berlatar belakangkan gambar tentera bo..mengalir air mata saya membaca coretannya.. Walaupun ringkas,padat dan berbaur lucu akan tetapi saya dapat selami isi hati adik saya ni. Dia MEMANG sedih ketika menulis. Hati seorang kakak akan bisa menyelami naluri adik yang sama2 membesar mengharungi hidup. Inilah bingkisan adik pada poskadnya;
"Assalamualaikum Semua,
Khas buat mama, abang-abang dan kakak. Adik di sini sihat walafiat.
Janganlah dirisaukan keadaan adik di sini kerana adik sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
Adik memohon ampun dan maaf dari mama, abang-abang dan kakak kerana tidak dapat balik untuk meraihkan Hari Raya bersama-sama sekali lagi pada tahun ini.
Adik tidak dapat cuti bo.
Dan untuk pengetahuan mama, abang2 dan kakak... adik akan mengikuti latihan Komando. Dan selama tempoh latihan itu,adik tidak dapat berhubung dengan kalian kerana kami dilarang memegang hp.
Adik minta maaf kerana mengambil keputusan mengikuti latihan komando tanpa memberitahu dan minta izin daripada mama, abang2 dan kakak. Adik tidak mahu alang2 dalam membina kerjaya selagi kudrat adik masih ada.Adik mahu berjasa pada negara kita..Doakan agar adik berjaya mengharungi semua cabaran dan berjaya menjadi ASKAR KOMANDO!!!!
Akhir sekali..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.
P/s: Sampaikan salam adik pada semua keluarga di kampung.
Dari Adik Jihnawi @ Totong @ Awiress"
Berbulan kami putus komunikasi. Hanya TUHAN yang tahu akan kegusaran dalam hati seorang ibu. Mama terlalu risaukan keselamatan adik. Kami selalu memberikan mama kata2 perangsang bahawa segala sesuatu itu hanya TUHAN yang menentukan. Kita berdoa untuk adik agar dia berjaya mengharungi segala bentuk cabaran.
Dan syukur kepada TUHAN kerana beberapa bulan kemudian akhirnya adik berjaya bergelar seorang Askar Komando.."KOMANDO JIHWANI TUYUNDO" bahagian GERAK KHAS.
Buat pertama kalinya keceriaan dan kegembiraan mama kembali pada dirinya..nokoguli tatod bo bila adik menelefon dengan mengejutkan dan penuh suspen..Sayang betul ba itu surat jemputan hari konvokesyen/penganugerahan komando lewat sampai. Kalau tidak, dapat juga saya dan mama menghadiri hari bersejarah adik Awi kami ni.
Menceritakan pengalaman ketika menjalani latihan, TUHAN saja yang tahu betapa sengsaranya kami bilang Adik. Dan saya percaya mereka2 seperti LtM Muss, Sanguru, Illie dapat memahami situasi ini kerana suatu ketika dulu, mereka juga pernah melaluinya walaupun mungkin tidak seteruk Latihan Komando.. Paling sengsara bilang Adik, berjalan kaki sejauh 300km tanpa henti dengan membawa beban yang sangat berat..Habis kulit kaki koyak gara2 masak dalam kasut. Itu kulit melekat di stokin bilang adik bo. Saya hampir berputus asa dan minta2 supaya saya pengsan bilang adik nga inda juga pengsan2. Sebab,asal pengsan terus OUT ba.Tiada ampunan. Bayangkan saja pegawai2 atasan yang ikut latihan komando pun banyak yang gugur bilang Adik.
Dari Sabah, diorang ada 4 orang tetapi hanya Adik yang berjaya mengharungi semua halangan. Dari 150 orang yang mengikuti latihan komando, yang tinggal hanya 30 orang saja lagi. Selebihnya gugur. Dan dalam 30 orang itu, di sanalah Adik berada. Seorang Komando dari Kg.Salimandut,Tandek Kota Marudu.
Saat yang tidak dilupakan sepanjang latihan bilang Adik ialah semasa latihan 'lari dari musuh'.
3 kali kami dijumpai oleh musuh bilang adik..naah..habis kena pukul. Paling sakit di bahagian kepala bilang.Sampai bergulung menahan kesakitan yang teramat sakit..Seperti mana yang dipaparkan dalam Buliten Utama TV3 baru2 ni tentang keganasan latihan komando, itulah yang kami lalui bilang adik. Cuma apa yang dipaparkan dalam berita baru2 ni tu dipropagandakan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab bilang adik..Ganas memang ganas tapi masih ada sifat perikemanusiaan juga sebab bukan musuh dalam perang. Bayangkan kalau betul2 musuh bilang adik, indadalah nyawa tinggal.Melayang terus...
Lagi satu pengalaman bilang Adik, hampir 3 bulan tiada mandi. Owuwutong no ka bo (Busuk habis) hantu pun takut bilang adik sebab terlampau bau..heheee(mulau,katuk sampai rogon nga rumosi...kalamas dot rogon bo nadarakan kowutong, hahahaaa)
Adesss..belum habis ini cerita saya ni. TO BE CONTINUED kie...
Palan2 bo..




11 comments:

IsOn on 11 Februari 2009 pada 3:42 PTG berkata...

Musuh sudah dikesan 'over'. Bersedia untuk bertindak 'over'. Serannggg!!!

Tahniah kepada KOMANDO JIHWANI TUYUNDO!

Best wishes,
-Bro. Ison-

JMimie on 11 Februari 2009 pada 5:28 PTG berkata...

Awasi iti sorita nu Nong...osiuk mambasa om ogumu pangajaran..

Tahniah Komando Salimandut! Teruskan perjuangan.

ALL THE BEST!

ILLIE on 11 Februari 2009 pada 8:21 PTG berkata...

nong...mimang singsara latihan komando biarpun sia inda parnah mengikutinya..tapi sia parnah menghadiri percubaan pemilihan untuk mengikuti latihan komandao sewaktu masih dalam pusat latihan rekrut tentera...sia suda berjaya menghabiskan hampir keseluruhan program latihan..sementara menunggu giliran untuk percubaan terakhir..sia sempat bersembang dengan seorang jurulatih dari Sabah,urg Tambunan..sia tanya dia pasal cuti..dia bilang lapas masuk komando..tiada istilah "cuti"..kebetulan time sia sama si N masih ada hubungan..jadi sia pun hilang semangat untuk meneruskan hasrat masuk komando..jadi sia pun pura2 tidak melepasi halangan terakhir..padahal sanang sija bah..cuma panjat tali..hehehe

Tapi syukurlah..ada juga anak tempatan Tandek yang berjaya menjadi komando..sesungguhnya jalan yang kami rintis dahulu kini berkembang luas..kini ramai anak2 Tandek segak bergaya dengan kerjaya sebagai Tentera.20 tahun lalu..saya telah berjaya mengajak kawan2 saya untuk memasuki perkhidmatan Tentera.. mereka2 ialah.. Peter,Ghani,Naigu,Binsai,Jogan,Roslan dan saya..memang seronok bila kami ramai2 masuk askar..tetapi saya hanya 6 tahun berkhidmat..sementara ada diantara kawan2 sia ni sekarang masih lagi berkhidmat...

NONG on 11 Februari 2009 pada 9:11 PTG berkata...

Dr.Ison..bersyukur tokou tu waro noko'olot tulun daton nakajadi dot komando.

Mimie..ya,ogumu banar ot pengajaran diti sorita diti terutamanya tentang disiplin om semangat juang.Ong amu okuat ot semangat, apa pun keberhasilan tidak dapat dicapai.Untuk mendapatkan tempat yang baik, kita terpaksa bersusah payah dan hasilnya pasti memuaskan dan berbaloi..

Illie..Sedangkan latihan rekrut tentera yg biasa pun sengsara, apa lagi latihan komando..Kadapo dino tongo tentera dino, sadang ko perbarisn tiya sukan nga ka'ansak dot kulit om tipatai e ot ourimanan, sampod po tongo latihan tentera..Miwiliu oku yoku dino ong yoku ot kayawa.hehehee
E Peter diri nga mad asasawat no ot pangkat dialo diri maka'a. alalaad no aku nokito yalo.
Mimang ko aso ot cuti ka di Adik ku bo Illie.Nga korosian ot komando ka do'o.heheheee

AragangTandik on 12 Februari 2009 pada 9:28 PG berkata...

TAHNIAH - macam mau mengalir air mata saya membaca post mu ni Nong. Bangga ada, sedih pun ada, nda dapat aku bayangkan perasaan mama kamu bila terputus hubungan dengan adik kamu. Walaupun begitu, TAHNIAH pada adik yang sanggup berkorban untuk tanah air. Inilah contoh PEMUDA HARAPAN BANGSA.

NONG on 12 Februari 2009 pada 9:51 PG berkata...

Ya AragangTandik...
Kata2 saja belum mampu mengintepritasikan perasaan kita sebagai manusia lebih2 perasaan seorang ibu tua yang begitu menyayangi anak2nya.
Secara peribadi saya TABIK, KAGUM dan HORMAT dengan adik saya ni. Selama tempoh kami terputus komunikasi tu, terus terang saya cakap terlalu banyak andaian yang saya fikirkan.Banyak yang negatif tapi syukur berkat kekuatan dan kepercayaan dalam hati, adik masih juga HIDUP malah mengukir kejayaan.
Saya berharap akan lebih ramai lagi anak2 muda kita akan mengikut jejak seperti ini daripada duduk membuang masa saja..

Om Yus on 12 Februari 2009 pada 4:39 PTG berkata...

bagus sekali. sekarang ada suda rambo V pula, tapi asal salimandut la heheh.

NONG on 12 Februari 2009 pada 11:42 PTG berkata...

Sensei..hehehee.Syukurlah bakita ada rambo uda.

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar on 13 Februari 2009 pada 1:33 PG berkata...

baru pulak saya tau Bro Illie ini bekas tentra rupanya. Pencen muda ka itu Bro? Patutlah segak semacam saja Bro Illie ni..hehehe

ILLIE on 13 Februari 2009 pada 9:01 PG berkata...

boring sia Lt.Muss..lapas masuk unit..indada juga mau dibuat..hari2 membersih kawasan kem sija..sia dapat unit paling relak lah..372 Air Despatch(Unit Hantaran Udara) Taiping..parnah juga lah ikut operasi kasi gugur makanan..sekarang itu unit sia suda kana bubar..TUDM yg ambil alih..kawan2 sia dalam unit dulu...ramai kana serap di PUTD(pasukan udara TD)..

tAtA on 14 Februari 2009 pada 10:45 PTG berkata...

allo kak nong... em, sagai no gima bertahun2 sa xda sdh pernah jmpa c jinawi@awi... sna sdh pla dia jumadi do Komando... uii!!! blh tahan sdh dia ni... tahap tertinggi sdh tu cabaran dlm pertahanan negara... syukurlh dia lepas & kta sokong sja niat & tekad suci nya...org2 mcm drg nilh... yg mnjaga kta smua....
smpikan salam sa nti sma c jinawi..

salam

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009