Sejarah kami bermula di sini...

Followers

Ahad, 25 Januari 2009

..TAKZIAH UNTUK KELUARGA ARWAH USTAZ ISMAIL (PITAS)..


Salam buat semua..
Sudah lama saya tidak post apa2 dalam blog saya ini.. bukan tiada idea. Mencurah-curah ja idea ni tapi saya sibuk pasang manik di baju pengantin kawan saya bo.. Itu yang macam alamas ja tu..hehe.Nanti kalau saya sudah siap pasang manik, saya akan ambil gambar dan upload di sini..(Sambil2 promosi bo..hehe. subai kiakal ka ri.)

Entry saya dalam ruangan blog Salimandut Villa kali ini ialah ucapan TAKZIAH kepada keluarga Arwah Ustaz Ismail dari Pitas yang mencurahkan khidmat bakti kepada murid2 SK.Tumunda Salimandut atas pemergian arwah buat selamanya.

Walaupun saya tidak mengenali arwah, namun pemergian arwah begitu ditangisi oleh kanak2 SK.Tumunda Salimandut yang tidak disangka2. Jelas arwah seorang yang begitu disenangi.

Berita ini saya dengar petang tadi.. sampai saja di rumah dari KK, sya mengajak My3 Hero pulang kampung.. kami melepak di Gerai Sup Beliau Maman Ondu, sebab ngam2 mama saya pun ada di sana masa tu minum kupi (bilang Sanguru). Rancak betul dorang bercerita tentang Arwah Ustaz Ismail yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Pitas.

Menurut berita, arwah dalam perjalanan dari Pitas setelah mengadakan kenduri 100 hari arwah bapanya dan menuju ke KK untuk berlepas pulang ke Semenanjung melawat isteri yang baru selamat melahirkan anak pertama..(Aduhh..sebak betul saya). Isteri arwah juga seorang guru. Belum separuh jalan, arwah menemui ajal di jalan raya.. Ramai murid2, ibubapa murid, rakan2 guru yang datang ziarah hari ini di rumah arwah di Pitas.

Hasrat untuk melihat cahayamata tidak kesampaian.. Saya tak dapat bayangkan perasaan isteri tercinta arwah bila mendapat berita DUKA ini. Semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada isteri arwah, dan mencucuri rahmat kepada arwah dan ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman..Amin.

Ajal, maut dan segalanya ditangan Tuhan..

NOTA: Berhati-hatilah di jalan raya.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya kenal arwah. saya nampak bekas tempat kejadian, sisa kerosakan kereta masih ada dan kecederaan arwah menurut cerita teruk di bahagian kepala... dia koma sejurus kemalangan berlaku tapi sya tidak tau pula arwah dalam perjalanan ke kk...

tengahari tadi baru laki saya bagitau, saya terkejut juga menerima berita pemergian arwah, dalam hati memang tidak tau mau cakap....semoga roh alyarham dicucuri rahmat...

Kee Heritage on 26 Januari 2009 pada 12:52 PG berkata...

takziah buat arwah sekeluarga.

DrSam on 26 Januari 2009 pada 2:41 PG berkata...

salam takziah kepada keluarga arwah. ajal maut ditangan Tuhan.

AragangTandik on 26 Januari 2009 pada 9:43 PG berkata...

Nong sedih saya mendengar berita. Salam takziah. Oh ya kasi email saja no. phone ko. kio tks.

ILLIE on 26 Januari 2009 pada 4:48 PTG berkata...

TAKZIAH untuk seluruh keluarga allayarham..semoga Tuhan menempatkan roh allahyarham ditempat yang mulia.

Tanpa Nama berkata...

salam...
tq byk2 coz prihatin pd arwah suami sy. maaf ye,ada beberapa fakta cerita yg sy nk betulkn..
1)khamis,22.1.2009-arwah uruskan kenduri ke 40 arwah bapanya.
2)jumaat,23.1.2009-sesudah dari kuburan arwah bapa, arwah menuju ke sekolah.kereta arwah bertembung dgn iswara.arwah dibw ke hosp. pitas & seterusnya ke queen. (arwah koma)
3)sabtu,24.1.2009-arwah sepatutnya pulang ke n.9. arwah masih koma. jam 7pg,sy smpai di queen.
4)ahad,25.1.2009-arwah kembali ke rahmatullah pd jam 10.25am. AL-FATIHAH utk suami tercinta...

buat pengetahuan semua, arwah sempat brsama dgn anak kami selama 12hari sblm plg ke sabah utk mnjlnkn tugas..semoga kami bertemu di akhirat nanti,amin...

-----IBU KAMIL-----

 

SALIMANDUT VILLA Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Blogger Template © 2009